Cara Diet Detox 7 Hari Tanpa Produk

Assalamualaikum dan salam sayang uollss… Macam biasa cik tom memang suka bab mencuba jenis yang ada ni. Boleh katakan agak obses. hihi… Kawan baik cik tom kalau baca entri diet detox 7 hari tanpa produk ni confirm tersengih sorang2 je sebab dah tau habit cik tom kalau dah semangat diet habis cik tom akan search info satu hari suntuk. Haha…

alamak rasa diri dah gemuk la... hangin je bila orang kurus cakap camni kan?
alamak rasa diri dah gemuk la… hangin je bila orang kurus cakap camni kan?

Diet detox 7 hari tanpa produk cik tom dah pernah praktis dua kali. Kali pertama bulan Jun yang lepas tapi hari kedua dah surrender sebab rasa loya makan sayur. Sepatutnya cik tom pelbagaikan menu baru okay. Tapi dah malas padan muka!

Detox diet 7 hari ni cik tom tak tahulah siapa pengasasnya malas nak mengoogle bab pengasas bagai..haha .. Jom kita terus baca dulu bagaimana cara diet detox 7 hari ni ye.

Hari Pertama (1) Diet Detox 7 Hari: Buah-buahan

  • Makan buah sepanjang hari
  • Elak pisang
  • Suggest watermelon dan cantaloupe
  • 8-10 gelas air masak sehari
Diet makan buah-buahan
Diet makan buah-buahan

Hari pertama ni korang hanya boleh makan buah-buahan dan minum air masak je satu hari. Jauhi air manis, bergas atau caffein. Sebab boleh menganggu proses detox dalam badan korang. Buah pulak korang JANGAN makan buah pisang ye.

Disarankan untuk korang makan tembikai (orang ganu panggil timun cina) dan cantaloupe. Tak nak bagi muak pelbagai jenis buah macam oren, epal hijau, epal merah, tembikai susu dan lain-lain. Korang jangan skip breakfast, lunch and dinner. Makan ikut aturan dan air masak sekurang-kurangna 8 gelas sehari. Air masak tu kalau tak nak bagi rasa mual kosong je dicadangkan masukkan green tea atau air perahan lemon. Ingat tanpa gula ye!

Hari Kedua (2) Diet Detox 7 Hari: Sayur-sayuran

  • Breakfast kentang rebus (kuantiti yang banyak)
  • Bagus buat salad
  • Makan dengan rempah ratus esp:black pepper atau cayenne
  • Elak guna minyak dan mayonis
  • Makan banyak dan jangan biarkan perut berlapar
menu hari kedua-sayur-sayuran
menu hari kedua-sayur-sayuran. Sumber: http://menubayisehat.com

Korang hanya dibenarkan makan sayur-sayuran dan minum air masak je sepanjang hari. Tapi untuk sarapan pagi korang boleh makan kentang rebus. Cik tom sarankan makan kentang jenis ubi color purple atau kuning tu (keledek ek nama?). Makan dengan kuantiti banyak tapi jangan melampau sampai terlebih kenyang. Tak elok jugakk.

Kalau masak sayur ni elak guna minyak atau mayonis. Jangan skip waktu makan dan makan sayur banyak untuk elakkan perut lapar. Kalau perut lapar, metabolisma dalam badan takde tenaga. Kalau takde tenaga metabolisma kan rendah untuk bakar lemak. Hasilnya lambat la turun berat korang ok!

Hari Ketiga (3) Diet Detox 7 Hari: Sayur dan Buah

  • Campuran sayur dan buah
  • Elak pisang dan kentang

Haa yang ni dah masuk hari ke-3 korang boleh campur akan sayur dan juga buah Takde boring sangat kan menu? Pelbagai menu tak nak bagi muak. Buat la salad buah atau sayur ke? Sup sayur ke? Hari ni tak dibenarkan lagi untuk korang makan kentang mahupun pisang. Sebaiknya menu sayur korang tu dicampur dengan rempah ratus macam blackpepper/cayenne akan percepatkan lagi proses pembakaran lemak.

Hari Keempat (4) Diet Detox 7 Hari: Pisang dan susu

  • Breakfast: 3 biji pisang dengan 1 gelas susu
  • Lunch:3 biji pisang dengan 1 gelas susu
  • Dinner: 2 biji pisang dengan 1 gelas susu
Diet dengan pisang dan susu
Diet dengan pisang dan susu

Hari ni enjoy minum susu bagi yang suka susu la. Cik tom suka minum susu. Korang ikut je menu macam cik tom list kat atas tu. Jangan lebih dari 8 biji pisang tau. Untuk susu, cik tom sarankan minum susu rendah lemak atau biasa orang nak diet ni akan minum susu skim.  Cik tom biasa guna susu skim brand Sunlac.

Hari Kelima (5) Diet Detox 7 Hari: Tomato (6 biji)

  • Boleh makan secawan nasi tanpa lauk waktu breakfast.
  • 12 gelas air atau lebih lagi bagus
Diet dengan buah tomato
Diet dengan buah tomato. Sumber: http://wanista.com

Yahooo! Ini hari yang cik tom paling suka boleh makan tomato. Tapi sedih langsung tak kenyang beb! Yelah makan tomato je tengahari dan malam. Sarapan pagi boleh makan nasi jadi kira kenyang sampai tengahari. Tak nak bagi lapar kena minum air kosong banyak2.

Hari Keenam (6) Diet Detox 7 Hari: Sayur-sayuran

  • Boleh makan secawan nasi tanpa lauk waktu breakfast.
  • Waktu lunch dan dinner hanya sayuran sahaja
  • Elakkan minyak dan mayonis
  • Minum air masak secukupnya 8-12 gelas

Okay balik kepada sayur lagi. Makan sayuran sepanjang hari. Boleh buat sup sayur, tomyam sayur tapi elakkan guna minyak ek. Sarapan pagi boleh makan nasi secawan ye bukan semangkuk dan tanpa lauk. Ada ke mampu buat makan nasi tanpa lauk. Cik tom tak buat tak sedap la. Cik tom makan gak nasi dengan sup sayur. Hehe..

Hari Ketujuh (7)  Diet Detox 7 Hari: Sayur dan Buah

  • Boleh makan secawan nasi tanpa lauk waktu breakfast.
  • Cik tom cadangkan buat sup
Idea menu buah dan sayuran
Idea menu buah dan sayuran

Yeay!! Mesti semua tak sabar nak tunggu hari last diet detox ni ye. Hari last ni boleh makan campur buah dan juga sayuran. Waktu pagi pulak makan secawan nasi tanpa lauk. Keesokkan paginya boleh timbang berat dah berat badan korang . Berkurang ke tak? Kalau naik confirm korang banyak cheat masa diet detox ni kan???

Rasa nak makan epal ke tak? hehe… Sumber: http://gambargambar-lucu.blogspot.my

Nanti entri akan datang cik tom akan kongsikan pengalaman cik tom berdiet detox 7 hari ni ye. Maklum entri dah terpanjang. So, korang rasa macam mana? Senang tak diet detox 7 hari tanpa produk ni berbanding dengan diet atkins??

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Cara Diet Detox 7 Hari Tanpa Produk

    • December 14, 2015 at 12:50 am
      Permalink

      ala sekarang pun akak masih muda..aktif lagi berblog tu..hehe

      Reply
  • December 6, 2015 at 10:12 pm
    Permalink

    Dengar hari pertama makan buah sepanjang hari.. dah rasa tak sangup..
    Tapi kalau suatu hari nanti badan naik semacam, kena cuba juga nie. heee

    Reply
    • December 14, 2015 at 12:49 am
      Permalink

      ciktom dah cuba okay je makan buah sebab pelbagaikan jenis buahnya..tapi dah kurus slim melim maybe fikir banyak kali nak buat kot..haha

      Reply
    • December 14, 2015 at 12:43 am
      Permalink

      yup memang hari2 lawas…tu salah satu cara untuk nyah toksin dari badan…ciktom rasa okay sebabb buat 7 hari saja..lepas tu makan seperti biasa dan kawal portion makan mengikut jumlah kalori perday.

      Reply
    • December 14, 2015 at 12:39 am
      Permalink

      kali pertama cuba berjaya 2 hari je..kali kedua cuba berjaya buat full seminggu..tapi ada juga cheat sikit makan biskut sbb lapar..hahaha

      Reply
    • December 14, 2015 at 12:35 am
      Permalink

      diet buah-buahan bagus..cuma kalau ikut betul2 ni bukan pemakanan seimbang..tapi cuba untuk 7 hari detoxkan (nyah toksin) badan ciktom rasa takde masalah kecuali malas..haha

      Reply
  • December 7, 2015 at 9:00 pm
    Permalink

    Uish tahan ke ciktom buat diet detox camni?

    Kagum2 😮

    Reply
  • December 8, 2015 at 9:17 pm
    Permalink

    Sehari makan buah dan sayur memang tak boleh..nak cari nasi juga

    Reply
    • December 13, 2015 at 10:15 am
      Permalink

      ciktom okay je sebab memang tak berapa gemar makan nasi sangat..hee

      Reply
  • December 16, 2015 at 12:24 pm
    Permalink

    olaaa cik tomm…tomato tu blh replace dgn benda lain blh eh?

    Reply
    • December 19, 2015 at 12:21 pm
      Permalink

      tak sure pulak..ciktom follow je makan tomato..kalau nak jugak cuba replace dgn makan buah-buahan jugak..

      Reply
  • December 26, 2015 at 10:34 am
    Permalink

    saya sudah coba
    yang biasa saya lakukan dengan minum air putih teratur
    dengan sedikit buah buahan

    kalo sambil minum susu tiap pagi dan bangun tidur tidak papa kah mbak ?

    makasih info nya

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE