Cara diet kuruskan badan mengikut bentuk badan

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Pasti ramai yang mempunyai masalah berat badan runsing memikirkan diet apa yang sesuai untuk mereka. Adakalanya dirasakan pelbagai tips dan diet telah dicuba namun masih gagal untuk turunkan berat badan seperti yang diimpikan. Kenapakah ini semua terjadi?

Pernah tak terlintas dalam diri korang yang sebenarnya diet yang korang lakukan itu tidak sesuai? Mungkin korang tak sedar yang bentuk badan juga memainkan peranan dalam memilih diet  yang sesuai.

Cik tom pernah mengamalkan diet atkins dan juga diet detox 7 hari. InsyaAllah kalau berkesempatan akan share mengenai diet atkins dan juga detox 7 hari. Sementara nak tunggu cik tom rajin update boleh rujuk jugak website>>Panduan Diet Atkins

Jom selidik bentuk badan yang korang miliki dengan rujuk gambar dibawah;

Bentuk Tubuh Badan Wanita
Bentuk Tubuh Badan Wanita. (Source: Ayu)

Jadi macam mana? Mana satu bentuk badan korang? Bentuk badan cik tom ialah bentuk PEAR. Korang pulak bentuk badan yang bagaimana?

Cara diet kuruskan badan mengikut bentuk badan;

Bentuk tubuh badan PEAR

Mempunyai lebihan lemak yang terkumpul pada bahagian peha dan punggung. Diet terbaik dengan mengamalkan latihan olahraga dengan kerap untuk meningkatkan kadar metabolisma badan. Antaranya ialah menggunakan lebih banyak otot kaki.

Bentuk tubuh badan LURUS

Bentuk tubuh badan lurus biasanya mempunyai masalah kegemukan ketara di kawasan perut. Jadi korang yang bentuk badan lurus perlu mempelbagaikan jeis olahraga yang berbeza untuk setiap posisi tubuh korang.

Cara Kuruskan Badan Mengikut Bentuk Tubuh Badan
Cara Kuruskan Badan Mengikut Bentuk Tubuh Badan. (Source: Aidarashid)

Bentuk tubuh badan EPAL

Boleh bayang epal bentuk macam mana? Haa macam itulah lebih kurang bentuk badan korang. Hehe… Biasanya yang korang yang berbentuk epal ni mempunyai  kaki yang panjang dan jenjang, tetapi memiliki lemak pada bahagian tubuh dan ianya menyebabkan korang mudah untuk kelihatan gemuk. Cara diet terbaik untuk kuruskan badan ialah melakukan latihan kardio untuk membakar lemak terutamanaya pergerakan pada bahagian perut dan ke bawah. Jangan sesekali menambah bebanan pada bahagian atas badan kerana ia menambahkan berat badan.

Entri cik tom juga: Jom Kuruskan Badan dengan Cuka Epal

Bentuk tubuh badan JAM PASIR

Korang yang memiliki bentuk jam pasir ialah yang berpinggang ramping tetapi lemak mudah terjadi di tempat yang mudah terkumpul lemak. Cadangan untuk kuruskan badan korang boleh cuba lakukan dengan aktiviti senaman seperti berlari dan latihan kardio. Untuk jangka masa panjang, pastikan senaman yang korang lakukan meliputi gerakan pada seluruh tubuh badan.

Sumber rujukan: Nur Hasyimah Othaman, iSihat (April 2014), Diet Ikut Berat Badan, PP 55.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

7 thoughts on “Cara diet kuruskan badan mengikut bentuk badan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!