Post navigation

Cara Hilang Nervous Interview

Posted on by

Salam kepada semua yang berkunjung ke blog cik tom. Status cik tom sekarang masih pencari kerja yang tegar. Tapi bila dapat peluang untuk interview mesti still rasa nervous sebelum dan juga semasa interview. Macam-macam cara yang cik tom buat untuk persiapan dan tips temuduga untuk hilangkan rasa gementar masa temuduga seperti makan gula-gula berangin sebelum interview, tarik dan hembus nafas perlahan-lahan tapi paling utama ialah baca ayat seribu dinar sambil mohon ditenangkan hati serta dipermudahkan segala urusan interview. Bagi yang nak amalkan tips hilangkan gugup atau takut yang sama boleh baca ayat di bawah atau rujuk pada Al-Quran Surah At-Talaq Ayat 2-3.

Maksud (Ayat 2 & 3, Surat At-Talaq):

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani. Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhanNya dan meninggalkanlaranganNya), nescaya akan dijadikan baginya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkannya). Serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terlintas hatinya. Dan (ingatlah), sesiapa berserah diri bulat-bulat kepada Allah, maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap melakukan segala perkara yang di kehendakiNya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap-tiap sesuatu.

*************************************

Oleh sebab kat atas tue tips yang cik tom biasa guna dan tak tahulah sesuai tak untuk korang. So, cik tom dengan penuh kerajinan tanya encik google tips untuk temuduga sebagai kredit tambahan buat korang yang berminat untuk cuba tips lain.

Tips Hilangkan Rasa Gementar Ketika Temuduga

1. Apabila mendengar atau menjawab soalan panel penemuduga, pandang terus pada matanya. Akan tetapi jangan pandang dengan pandangan yang tajam pula. Pandang dengan biasa – fokus. Ia akan meningkatkan keberanian dan keyakinan!

2. Apabila menjawab soalan, jawablah dengan jelas dan terang supaya panel penemuduga dapat mendengarnya dan memahami apa yang anda perkatakan dengan jelas. Apabila kita bercakap dengan jelas dan terang, ini akan meningkatkan lagi keberanian untuk sesi yang seterusnya.

3. Apabila rasa nervous, ambil masa seketika dan tarik nafas perlahan-lahan. Kemudian, lepaskannya perlahan-lahan juga. Ini akan membuatkan dada terasa lapang dan kita akan menjadi lebih bersemangat.

4. Kita disyorkan untuk membaca ayat Seribu Dinar atau ayat Kursi di dalam hati semoga Allah menenangkan hati.

5. Tips paling best semasa temuduga, bayangkan panel penemuduga itu adalah orang yang biasa anda kenali atau rakan anda. Dengan anggapan seperti ini, kita akan menjadi lebih relaks dan tenang sepanjang sesi temuduga.

6. Apabila menjawab soalan tegakkan badan dan berkeadaan menghadap lurus berhadapan panel penemuduga. Dengan badan yang tegak kita akan lebih bersemangat dan yakin.

Sumber: Tips Gugup, Gagap, Gementar Semasa Temuduga

********************************************************
klik sini


35 thoughts on “Cara Hilang Nervous Interview

    • fuh dah lama tue akak…11 tahun yang lalu..tue la akak…dah lama cik tom cari kerja kan..huk3…sedih jugak tapi nak buat camane takde rezeki lagi…

    • tue la cik tom dah ada pengalaman interview tapi kadang2 sampai turn nak interview tue still berdebar jugak lagi..hehee…

  1. itu ayat seribu dinar ya,,mafaat juga masa utk temuduga..dup dap…jantung hanya Tuhan yang tahu huu…

    dah lepas temuduga rasa tenag skli heee

  2. terus ingat rasa cuak saya masa jalani ujian JPJ heeee
    terima kasih cik tom atas doa yg d beri…jom jalan2 vRoommmmm..

  3. Wan pulak, dalam setahun da melalui 5~6 interview kerja. Nanti saya wat entry pasal pengalaman saya interview. Bila da selalu interview, nervous akan kurang sikit, hehe

    • wah byk pengalaman interview tue..bagus jugak kalau wan share pengalaman interview…cik tom baru 2 pengalaman interview tahun ni…hehe

    • yup memang betul ramai yang terlepas padang isu ni..sebab nak hilangkan nervous tue main point..kl dah nervous konpem2 akan hilang confident…interview paling penting ialah confident..hee

    • hahahah..biasalah zara kadang2 penemuduga ni memang suka berpura-pura sebab nak ambil pekerja kan..nanti dia gertak2 kan xde pulak yang nak kerja..heee…jom cari kerja sama2 ye..

  4. salam,bagus tips yg ciktom bagi ni.Lagi satu saya nak tambah drpd apa yg sy blaja dari guru2 agama,ayat seribu dinar juga merupakan ayat pendinding diri.Jadi selepas solat fardu digalakkan membaca ayat ini.Pastu , ayat ini juga elok dibaca semasa hendak memulakan perjalanan.
    Ayat ini menerangkan kekuasaaan Allah yg berkuasa menentukan segalanya.Klau kita berhajat atau ditimpa musibah ayat inilah yg elok diamal selalu.
    saiful recently posted..11 JENIS MANUSIA YG DI DOAKAN OLEH MALAIKATMy Profile