Cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari

Assalamualaikum dan salam sayang.. Opss macam pakar jerawat tajuk cik tom kali ni. haha.. Ok beberapa hari ni tengok banyak pulak keyword masuk blog ni nak cari tips, petua atau cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari. Itu terhasilnya idea nak kongsi cara cik tom hilangkan jerawat dalam masa singkat.

Tak tahulah kalau cik tom sorang atau semua yang ada masalah jerawat mengalami perasaan yang sama macam cik tom. Tapi geram je bila banyak jerawat muncul. Tangan gatal je nak picit. Tapi banyak tahan sabar je. Nak tengok cermin pun malas. Nak keluar rumah pun segan. Rasa self confident tue drop 80% bila muka naik jerawat. huk3…

Sebelum kita masuk topik cara nak hilangkan jerawat dalam masa 3 hari. Baik korang lihat dulu kenapa jerawat boleh muncul pada muka korang berdasarkan lokasi jerawat tu muncul. Atas hidung ke? Kat pipi ke? Nak tau lanjut klik je link berikut –>Jom baca penyebab jerawat muncul pada muka!

Ok dah tau penyebab jerawat, senang la nak bendung dari terjadi jerawat kan???

Antara tips hilangkan jerawat mudah yang pernah cik tom kongsikan di blog ni secara tradisional hanya menggunakan bahan-bahan yang terdapat di dapur sahaja, boleh cuba baca di sini –>Alternatif Cara Hilang Jerawat dengan Madu dan Cinnamon atau Tips Cara Hilangkan Jerawat Cara Mudah dan Cepat.

Kalau nak cara moden sikit guna cara ni boleh hilang jerawat dan parut sekaligus –>Oh Jerawat!! Macam Mana Nak Hilangkan Jerawat + Parut (2 in 1).

Itu semua cara nak hilangkan jerawat kan? Kalau nak atasi jerawat muncul pada muka kena la guna pencuci muka yang bersesuaian. Ini antara produk yang cik tom pernah guna selama ini yang bersesuaian untuk muka berminyak dan ada masalah jerawat–>Set pencuci muka bagus untuk jerawat.

Cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari

So, apa ubat jerawat yang cik tom gunakan untuk hilangkan jerawat pada muka dalam masa singkat?

Untuk jerawat yang kecil atau baru naik, biasanya cik tom guna gel jerawat T3 macam gambar dibawah ni. Cik tom suka sebab baunya lembut. Gel pun warna putih. Kalau sapu kat muka memang takde siapa perasan korang sapu gel jerawat pada muka. Alhamdulillah memang berkesan surut jerawat kurang dari 3 hari. Kadang2 sehari je dah surut.

pimple gel T3

Tapii untuk jerawat besar, kalau sapu memang takde efek pe la. Yang cik tom kureng suka gel ni sebab agak berminyak. Lambat serap pada permukaan kulit.

Untuk jerawat besar atau degil, cik tom suka guna topicil. Baunya kurang best sebab bau ubat. Kandungan chemical yang ni agak kuat sebab tu lagi efektif. Ibu mengandung dan menyusu tak digalakkan guna.

Kalau sapu kat muka confirm sekejap je jerawat besar tu surut. hoho.. Tapi sapu nipis je tau pada kawasan jerawat tue. Kesan long term jerawat kecil pun takut nak naik kat kawasan korang rajin sapu Topicil.

Lagi satu yang best Topicil ni cecair ala alcohol yang cepat serap pada kulit once uolls apply on face.

Kawan cik tom, yan rekemen guna krim jerawat “Differine” atau “Papulex”. Tapi krim Differine hanya boleh sapu waktu malam je sebab tak boleh kena sinaran uv.

krim gel jerawat differin

Yang krim gel “Papulex” harga dan fungsi sama je tapi kelebihan boleh apply waktu siang dan malam. Gambar cilok dari google. Yang krim jerawat yan syorkan kat tengah tue ye.

krim jerawat papulex

Yang Differin dan Papulex, cik tom tak pernah guna jadi tak boleh komen lebih. Yan bagitau harga dua produk tue lebih kurang dalam range RM50++.

Harga Topicil tu ciktom beli RM38. Dah setahun beli tak habis2 lagi sebab sapu nipis je. Yang T3 tue tak silap RM10++. Dua2 beli kat farmasi.

Cik tom memang pengguna T3 dan Topicil. Semua tu pengalaman sapu kat muka cik tom. Muka korang tak tahu la macam mana. Nak tau? Kena cuba sebab muka masing2 berbeza. Ada sesuai atau tak.

Kita dah usaha, ikhtiar macam-macam cara. Jangan di lupa pulak untuk berdoa mohon dengan Allah agar cepat jerawat yang naik tu surut–>Ikhtiar- Doa Hilangkan Jerawat.

Psstt… pada sesiapa nak cuba hilangkan jerawat terutamanya jerawat resdung dari segi dalaman menggunakan Virgin Coconut Oil keluaran Catalyst, boleh hubungi cik tom samaada SMS/Whatsapp: 0196032338 atau email; [email protected]

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE