Cara Kuruskan Badan dengan Cuka Epal

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Entri kali ini cik tom nak kongsikan cara mudah kuruskan badan dengan cuka epal. Cuka epal ni banyak khasiatnya tau selain dari untuk kuruskan badan. Selama ini cik tom tak pernah ambil tahu mengenai jenis-jenis cuka yang ada. Yang cik tom biasa dengar cuka masakan atau cuka kurma. Sehinggalah pada pertengahan tahun lepas, cik tom bersungguh nak kuruskan badan dengan diet atkins.

Bagaimana cara nak kurus dengan cuka epal??
Bagaimana cara nak kurus dengan cuka epal??

Jenama cuka epal yang bagus diminum untuk kuruskan badan

Kebanyakan atkiners (panggilan bagi pengamal diet atkins) cadangkan minum cuka epal selain amalkan menu induction untuk fasa pertama atkins. Diorang sarankan amal cuka epal jenama “BRAGG” sebab raw-unfiltered ialah jenis organik tanpa bahan pengawet. Cik tom cuba cari di Jengka tapi takde. Jadi cik tom beli cuka epal jenama lain. Selepas beli jenama lain baru cik tom terjumpa jenama Bragg ni kat bahagian bahan organik di Jaya Jusco.

Cuka epal jenama Bragg
Cuka epal jenama Bragg
Fasa 1: Induction Diet Atkins
Fasa 1: Induction Diet Atkins

Untuk pengalaman cik tom buat diet atkins insyaAllah lain kali cik tom kongsikan sebab fokus utama entri ini ialah cuka epal. Pada yang tahu lanjut mengenai diet atkins iaitu diet tanpa berlapar dan tanpa makan ubat, korang boleh baca lanjut di>>Panduan Diet Atkins.

Harga cuka epal

Barulah cik tom tahu rupanya terdapat pelbagai jenis cuka seperti cuka epal, cuka kurma, cuka zaiton dan cuka delima. Yang ini pun tahu masa cari cuka epal kat kedai Takzim di Jengka dan ternampak ada jual jugak cuka jenis yang lain. Hehe… Cuka epal jenama Kemal Kukrer ni cik tom beli dengan harga RM15.

Cuka epal jenama Kemal Kukrer
Cuka epal jenama Kemal Kukrer

Cuka epal ialah salah satu cara kuruskan badan yang baru terkenal yang membantu menurunkan dan mengawal berat badan dengan lebih mudah, selamat dan insyaAllah berkesan. Ianya mengandungi bahan aktif yang bertindak degan 3 cara iaitu mengurangkan selera korang untuk makan berlebihan, menghalang penyerapan lebihan lemak dan minyak dalam tubuh dan membantu melancarkan sistem pelawasan.

Jom baca lagi mendalam bagaimana cara cuka epal ini dapat membantu dalam proses kuruskan badan. Jom tengokk;

Khasiat cuka epal pada ulasan produk di Takzim Textile, Jengka
Khasiat cuka epal pada ulasan produk di Takzim Textile, Jengka

Cara Kuruskan Badan dengan Cuka Epal

  1. Cuka epal membantu badan memecahkan lemak dan secara tidak langsung menolong proses penurunan berat badan dengan lebih cepat.
  2. Cuka epal meningkatkan kadar metabolisma badan yang menyebabkan kadar pembakaran lemak lebih tinggi dari biasa. Ini akan menukarkan lemak kepada tenaga. Semakin kurang lemak maka makin berkuranglah berat badan. Ini bermakna cuka epal membantu menurunkan berat badan.
  3. Cuka epal memulihkan sistem penghadaman badan. Bila sistem penghadaman badan bagus akan lagi mudah untuk proses mencernakan bahan makanan yang dimakan.
  4. Cuka epal membantu menurunkan kadar kolesterol dan kadar triglyceride dalam badan. Ini membantu menurunkan berat badan oleh lemak.
  5. Cuka epal juga bagus untuk detox iaitu menyingkirkan sisa toksin dalam badan. Salah satu sebab badan susah nak kurus ialah banyak sisa toksin dalam badan. Jadi bila sisa toksin keluar melalui najis. Ianya akan memudahkan lagi proses kuruskan badan.
  6. Jika korang minum cuka epal sebelum makan, korang akan lebih cepat rasa kenyang.
  7. Once dah minum cuka epal akan menolong badan melambatkan rasa lapar. Dah lambat rasa lapar takdelah mulut korang asyik nonstop je nak makan itu ini. Nafsu makan pun kurang. Automatik ianya salah satu cara terbaik untuk kuruskan badan dengan cuka epal!

Selain dari kuruskan badan cuka epal juga berkhasiat untuk mengubati pelbagai penyakit atau masalah kesihatan seperti alergik samada kesan dari binatang kesayangan atau tak kesayangan, makanan atau persekitaran yang berhabuk.

Jangkitan sinus, selsema, jerawat, kolesterol yang tinggi, keletihan yang kronik, sakit ulu hati, sakit tekak, dermatitis, artritis iaitu penyakit bengkak sendi, gout dan menurunkan darah tinggi.

Ingat nak bagi ayah makan cuka epal ni jugak sebab ada penyakit darah tinggi. Tapi ayah bagitau dah terlampau banyak jenis ubat dia makan. Dia tak nak. Maybe kena usaha pujuk ayah bersungguh baru dia nak minum cuka epal.

Dengarnya bagus jugak untuk kencing manis. Lagi bagus masa memasak gantikan cuka masakan kepada cuka epal.

Cara terbaik kuruskan badan amalkan minum cuka epal

1-2 sudu cuka epal bersama satu cawan air sebanyak 2-3 kali sehari semasa perut kosong atau sebelum makan. Sekiranya tidak tahan masam atau korang ada penyakit gastrik dicadangkan cuka epal dicampur dengan pati delima, jus buah atau teh dan paling bagus ialah bersama madu yang dicampur bersama air suam. Jangan campur gula pulak.

Cuka epal seeloknya diminum pagi sebelum sarapan dan waktu malam sebelum tidur.

Saranan cara makan cuka epal yang disarankan di instagram @diy.remedies
Saranan cara minum cuka epal yang disarankan di instagram @diy.remedies

Bagi tips untuk sapuan untuk sengal-sengal badan, letak 3 bahagian cuka bersamaan 1 bahagian minyak urut dan sapu dua kali sehari.

Cik tom pernah dah review pengalaman cik tom minum jus delima, boleh baca dengan klik>>Pengalaman cik tom minum jus delima gulsan. Nanti kalau berkesempatan cik tom akan review pengalaman cik tom minum cuka epal semenjak dari Mac 2015 yang lepas ye!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

40 thoughts on “Cara Kuruskan Badan dengan Cuka Epal

  • October 30, 2015 at 12:17 am
    Permalink

    mudah sahaja untuk kurus, makan epal 🙂

    Reply
    • November 2, 2015 at 10:59 am
      Permalink

      kalau makan epal je memang kurus. 😉

      Reply
      • November 28, 2016 at 4:10 pm
        Permalink

        cuka epal apa2 brand pun boleh pakai ke sis..

        Reply
        • November 28, 2016 at 5:26 pm
          Permalink

          yup boleh je..tapi ciktom prefer lagi Braggs.

  • October 30, 2015 at 3:43 am
    Permalink

    Berpatutan sungguh harga ni, tapi susah nak cari kat tempat saya. Banyak kali dah cari masih tak jumpa.

    Reply
    • November 2, 2015 at 10:59 am
      Permalink

      cuba cari kedai yang jual produk2 negeri arab…supermarket macam giant dan teco pun ada jual tapi brand lain..cari je apple cider atau cuka epal..insyaAllah jumpa.

      Reply
    • November 2, 2015 at 10:48 am
      Permalink

      cik tom suka minum air lemon untuk detox..memang bagus.

      Reply
    • November 2, 2015 at 10:46 am
      Permalink

      ciktom memang praktiskan setiap hari..selamat mencuba..

      Reply
    • November 2, 2015 at 10:44 am
      Permalink

      berat ideal memang jadi idaman semua orang

      Reply
    • November 2, 2015 at 10:41 am
      Permalink

      insyaAllah satu hari nati leh ke negara sejuk..buat cuka epal byk2 ye. hihi

      Reply
    • December 6, 2015 at 1:44 am
      Permalink

      rasanya lebih kurang manfaat cuka kurma dan epal ni…cuma ciktom prefer cuka epal lagi..kurma makan buah jelah..hehe

      Reply
  • May 14, 2016 at 8:25 am
    Permalink

    Cik tom, Antara cuka, epal dan gulsan delima yg mana lebih elok kita amalkan atau kedua2nya sekali elok.

    Reply
    • May 18, 2016 at 2:48 pm
      Permalink

      cik tom amalkan kedua2nya sekali..kalau rasa ciktom prefer cuka epal lagi..hehe

      Reply
  • June 3, 2016 at 3:23 pm
    Permalink

    Info yang menarik. Cuka epal cider mempunyai asid asetik yang mempunyai pH 4.76. Asid asetik ini memberikan banyak kebaikan kepada kesihatan. Antara khasiat cuka epal cider ialah ia boleh membantu mengawal paras gula dan kolesterol di dalam badan.

    Reply
  • August 13, 2016 at 10:51 pm
    Permalink

    Dlm seminggu brpe kli mnum cuka epal?boleh ke mnum hri2?

    Reply
    • September 1, 2016 at 5:26 am
      Permalink

      boleh minum hari2. cik tom minum 2x sehari. 1x pagi lepas bangun tidur dan 1x before masuk tidur. bancuh 1 sudu besar cuka epal dengan segelas air suam. memang best!

      Reply
  • September 6, 2016 at 7:48 pm
    Permalink

    Cik tom.. sy ada beli cuka brand bragg baru nie.. di btol tulis xperlu smpn peti sejuk. Tp dahtersimpan… boleh ke guna? Khasiat dia masih sama ke wlpn dh smpan dlm peti?

    Reply
    • October 20, 2016 at 11:18 am
      Permalink

      boleh je guna walaupun tersimpan dalam peti sebab cuka ni yg pekat..high concentrated..

      Reply
  • November 19, 2016 at 12:01 am
    Permalink

    cik tom, boleh tak nk link review cik tom untuk article ni?

    Reply
  • December 1, 2016 at 3:05 pm
    Permalink

    Saya bru beli kat takzim jengka ,cuka ni,,,sy nk tau boleh ke makan terus…tanpa campur air

    Reply
  • February 26, 2018 at 11:36 am
    Permalink

    Ingin bertanya cuka epal boleh ke di minum oleh ibu yang masih meyusukan anak

    Reply
    • March 13, 2018 at 2:32 pm
      Permalink

      Maaf saya kurang pasti. Maybe boleh cuba dulu minum then tgok perut anak meragam tak?kalau meragam stop minum. kalau ok macam biasa boleh proceed minum.

      Reply
  • May 31, 2018 at 5:09 am
    Permalink

    Hi nk tanya bole ke minum apple cider ni selepas makan??

    Reply
  • May 31, 2018 at 5:11 am
    Permalink

    Hi.. Nk tanya bole ke mkn apple cider ni selepas makan??

    Reply
  • August 15, 2018 at 8:13 pm
    Permalink

    Nq tanye rse die mcm mne

    Reply
  • August 19, 2018 at 10:01 am
    Permalink

    mkn cuka epal ni bleh membuang ke sis..(susah nk berak)..upp sory ye.sy bru baca blogger cik tom ni..best la

    Reply
  • August 21, 2018 at 11:43 am
    Permalink

    PREGNANT BLEH AMBIL X MINUMAN INI?

    Reply
    • August 29, 2018 at 2:27 pm
      Permalink

      sebaiknya elak dl minm sis sbb ni berasid..sis try tnye doc dulu utk kepastian sblum cuba ye..ciktom risau jika ada side efek pada baby je..

      Reply
  • December 7, 2018 at 4:14 am
    Permalink

    Cuka epal heinz blh ke..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!