Cara Mudah Buat Ayam Goreng Berempah Sedap

Assalamualaikum dan salam sayang.. Resepi ayam goreng berempah sedap kali ini hasil cik tom godek dari blog kak Azie Kitchen. Cik tom memang suka cuba resepi dari blog Kak Azie sebab resepinya insyaAllah memang menjadi selama ini cik tom cuba. Resepinya pun telus je cara nak buat tanpa tertinggal mana-mana step. Terima kasih Kak Azie atas resepi ayam goreng berempah yang awesome ni.

Selama ni cik tom biasa beli je ayam goreng berempah ni kat pasar malam. Tak pernah pulak cuba masak. Dah cuba masak sekali ni tak sangka pulak rupanya mudah je cara penyediaan ayam goreng berempah. Rajin ke idok je nak buat. Haha…

Padin cakap lagi suka makan ayam goreng berempah dari ayam goreng kunyit. Macam bagi hint nak suruh cik tom masak banyak2 dan setiap hari la tue. Siap request lain kali masak nak rempah banyak lagi. Haha…Tapi ayam goreng kunyit lagi mudah dan cepat nak sediakan. Itulah selalunya masak ayam goreng kunyit. Sebenarnya malas. hehe..

Cara Mudah Buat Ayam Goreng Berempah Sedap

Resepi  Mudah Ayam Goreng Berempah Sedap

Oleh: Azie Kitchen
Percubaan: Cik tom

Bahan-bahan Ayam Goreng Berempah Sedap

Bahan Utama

½ ekor ayam (dipotong kecil)
1 sudu besar serbuk kari ayam/daging
1 sudu kecil cili serbuk/ cili kisar
Garam secukup rasa
Beberapa helai daun limau purut (dipotong halus)
Minyak secukupnya untuk menggoreng

Bahan kisar Halus

2 sudu besar biji ketumbar
1 sudu kecil jintan manis
1 sudu kecil jintan putih

Bahan kisar Kasar

6 biji bawang merah
2 ulas bawang putih
2 inci halia
2 inci lengkuas

Cara Mudah Buat Ayam Goreng Berempah Sedap

  1. Ayam dipotong kecil mengikut saiz pilihan masing2 dan dicuci bersih.
  2. Kemudian masukkan ayam telah dipotong bersama bahan kisar halus dan kasar beserta kesemua bahan lain. Gaulkan ayam dengan rempah sehingga sebati.
  3. Perap ayam sekurang-kurangnya selama sejam. Nak lagi sedap kalau perap semalaman dalam peti sejuk. Lagi terasa rempahnya terserap dengan ayam.
  4. Goreng ayam dalam minyak penuh dengan api sederhana. Balik-balikkan ayam sehingga masak.
  5. Siap masak boleh angkat dan toskan ayam goreng berempah. Toskan sekali rempah-rempah yang jatuh ke dasar kuali sebab rempah ini la yang paling sedap dan rangup makan dengan nasi.hihi..

Lagi sedap dihidangkan panas2 dengan nasi panas. Memang pembuka selera makan. Boleh jadi gemuk makan banyak hari-hari. Haha…

Mudah je kan resepinya? Selamat mencuba resepi mudah ayam goreng berempah.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Cara Mudah Buat Ayam Goreng Berempah Sedap

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!