Cara mudah buat homemade mayonis atkins

Assalamualaikum dan salam sayang… Cik tom nak kongsikan satu menu diet atkins yang cik tom dah pernah cik tom buat. Resepinya ialah homemade mayonis atkins.Cik tom rujuk resepi homemade mayonis ni dari Kelab Diet Atkins Malaysia. Berdasarkan gambar perkongsian, resepi homemade mayonis tanpa masak tu dari Yaya Hidayah. Terima kasih Yaya kerana berkongsi resepi awesome ni. Cik tom buat alhamdulillah memang menjadi mayonisnya. Ingatkan susah nak buat mayonis sendiri. Rupanya teramat mudah!

Resepi ni insyaAllah gerenti jadi mayonisnya. Jangan lupa baca Bismillah sebelum mula. Hehe.. Jom kita tengok apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat mayonis.

Cara mudah buat homemade mayonis atkins
alhamdulillah homemade mayonis atkins mudah dan sedap rasanya

Resepi homemade mayonis atkins

Sumber : Kelab Diet Atkins Malaysia
Resepi: Yaya Hidayah
Testimoni berjaya: Cik tom 😉
Fasa: 1,2,3,4

Bahan-bahan untuk buat homemade mayonis atkins;

2 biji telur
3 sudu besar cuka masak/ cuka epal/ lemon (ct guna air perahan lemon)
1 peket/titis pemanis tiruan/gula (ct masukkan 1 peket pemanis stevia)
Garam secukup rasa (ct letak ½ sudu kecil garam bukit)
Minyak masak/ olive oil secukupnya (minyak ni bergantung kepada tahap  kepekatan mayonis yang korang nak)

Cara mudah buat homemade mayonis atkins;

  1. Campurkan semua bahan-bahan kecuali minyak ke dalam blender dan blend sehingga sebati.
  2. Kemudian masukkan minyak sikit demi sedikit sambil blend sehinggalah mayonis menjadi pekat dan likat seperti tekstur mayonis yang korang biasa makan.

Kalau nak buat homemade mayonis berperisa boleh jugak masukkan sebarang perisa macam blackpepper, cheese, serbuk kari atau apa sahaja mengikut selera masing2 ya. Cik tom buat original je senang. Hehe.. Kalau korang suka mayonis jenis cair tak payah letak banyak minyak tau. Cik tom buat ni dalam 1 cawan lebih jugak nak bagi pekat mayonisnya. Tapi semuanya bergantung kepada selera masing.masing kan. Nanti bila letak dalam freezer akan bertambah pekat dan cantik tekstur mayonis ni.

Rasanya sedap dan cik tom buat masam memang rasa macam mayonis kewpie. Rasa masam-masam gitu. Hehe.. Tekstur mayonisnya pun pekat. Lagipun cik tom rasa better buat sendiri. Takde was-was apa yang diorang taruk dalam mayonis beli tue kan. Yang ni dijamin korang tahu kebersihan dan isi kandungannnya. Lagi bagus korang boleh kawal kuantiti gula dan juga garam supaya tak terlebih bahayakan kesihatan.

Selamat mencuba homemade mayonis atkins yang amat mudah dan sedap!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Cara mudah buat homemade mayonis atkins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE