Cara Mudah Buat Kuih Ketayap Inti Telur Hancur

Assalamualaikum dan salam ceria… Hari ini cik tom nak share satu resepi mudah dan teramat senang nak buat iaitu resepi kuih ketayap inti telur hancur. Takde stok kelapa parut kat rumah jadi kita guna je bahan sediaada dan mudah dengan telur je.

Idea inti telur hancur ni padin yang request jadi kita layankan jelah buat bila dah ada orang teringin nak makan. Then, dia request lagi nak makan kuih ketayap tu cicah sos cheezy. Yang sos cheezy tu senang je cik tom bancuh guna serbuk cheese instant jual kat kedai.

Cara Mudah Buat Kuih Ketayap Inti Telur Hancur

Cara Mudah Buat Kuih Ketayap Inti Telur Hancur

Bahan-bahan Buat Kuih Ketayap Inti Telur Hancur;

Bahan Untuk Kulit Kuih Ketayap:

Setengah gelas gandum
¾ gelas air
1 biji telur
Sedikit garam
Pewarna hijau @ 1 helai daun pandan

Bahan Untuk Inti Telur Hancur:

2 biji telur
Seasoning Maggi secukup rasa
Garam secukup rasa
½ sudu kecil serbuk lada hitam

Cara-cara Nak Buat Kuih Ketayap Inti Telur Hancur;

  1. Mula-mula kita sediakan inti telur hancur dulu ye. Pecahkan telur ke dalam mangkuk dan masukkan garam. Pukul sehingga sebati.
  2. Masukkan sedikit minyak dalam kuali dan tuang telur yang telah dipukul ke dalamnya.
  3. Gaul telur dengan sudip sehingga menjadi hancur. Masukkan seasoning dan juga serbuk lada hitam. Gaul sebati dan sehingga masak. Dah masak ketepikan.
  4. Kemudian, kita buat pula untuk kulit kuih ketayap. Campurkan kesemua bahan-bahan dan gaul sehingga sebati. Untuk mudah boleh campur kesemua dan kisar guna blender sehingga sebati. (Kalau guna daun pandan. Tapis terlebih dahulu adunan.)
  5. Ambil setengah senduk adunan tadi masukkan ke dalam kuali. Buat nipis2 je.
  6. Masak hanya sebelah lapisan je. Tidak perlu pusing untuk masak kedua belah bahagian.
  7. Keluarkan kulit dah siap masak ke atas pinggan dan letak 1 sudu kecil inti telur hancur ke atasnya. Kemudian lipat dan gulung. (Lipat & gulung kulit waktu panas kerana tekstur lembut)
  8. Ulang kesemua sehingga habis adunan.
  9. Siap untuk dimakan bagi menu petang atau pagi.

Cik tom tak letak pewarna hijau atau daun pandan sebab lupa nak beli. So, masak jela guna bahan sediaada jadi pucat la warna kuih ketayap ciktom. Hihi… InsyaAllah next time cik tom share gambar kuih ketayap guna warna hijau.

Selamat mencuba resepi kuih ketayap inti telur hancur!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Cara Mudah Buat Kuih Ketayap Inti Telur Hancur

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE