Cara Mudah Buat Nasi Goreng Kampung

Assalamualaikum dan salam ceria.. Sebelum ni cik tom tak pernah pun terasa nak masak nasi goreng kampung. Lagi-lagi cik tom pun tak pernah makan nasi goreng kampung kot. Haha.. Tapi padin memang favourite nasi goreng kampung. Kalau makan kat kedai makan, nasi goreng kampung tu dah jadi salah satu menu wajib.hihi..

Jadi padin ni request cik tom masak nasi goreng kampung. Cik tom pun cakap la haih macam mana nak masak tak tahu. Padin pun suggest cik tom cari resepi nasi goreng kampung kat blog kak Azlita. Cari punya cari jumpa la.

Rupanya senang je cara nak buat nasi goreng kampung ni. Lepas dari tu cik tom selalu la buat nasi goreng kampung, nasi goreng tomyam, nasi goreng kicap. Haha..

Cara Mudah Buat Nasi Goreng Kampung

Jom tengok cara mudah buat nasi goreng kampung.

Cara Mudah Buat Nasi Goreng Kampung

Sumber: Kak Azlita Masam Manis
Testimoni: Cik tom

Bahan-bahan buat nasi goreng kampung

Bahan A

3 cawan nasi sejuk (dileraikan)
1/2 ikat kangkungΒ  (dipotong)
1/2 cawan ikan bilis (digoreng garing)
garam secukup rasa

Bahan B ( ditumbuk)

7 biji cili padi (mengikut selera kepedasan masing2)
7 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 sudu besar ikan bilis

Cara membuat nasi goreng kampung

  1. Mula-mula kita panaskan minyak (lagi best guna minyak yang goreng ikan bilis) dan tumis semua bahan B.
  2. Tumis sehingga berbau harum. Kalau rasa kering boleh tambahkan sedikit air.
  3. Masukkan garam secukup rasa.
  4. Kemudian, masukkan sayur kangkung dan gaulkan sekejap sahaja.
  5. Masukkan nasi yang telah dileraikan dan gaul sehingga sebati dengan bahan ditumis.
  6. Boleh tambah sedikit kicap jika suka (optional).
  7. Bila dah sebati kesemuanya boleh tutup api. Barulah masukkan ikan bilis dan gaulkan.
  8. Nasi goreng kampung siap untuk dihidangkan dengan sidedish.

Biasa kalau makan kat kedai bagi sambal belacan dan sup kosong kan. Telur dadar ke. Cik tom biasa sediakan sekali dengan telur dadar dan keropok keping ikan. Sedap makan panas2.

Selamat mencuba cara mudah buat resepi nasi goreng kampung!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

32 thoughts on “Cara Mudah Buat Nasi Goreng Kampung

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE