Cara mudah buat sos cili thai atkins

Assalamualaikum dan salam sayang… Jom hari ini kita jenguk cara mudah buat sos cili thai atkins. Lepas ni korang tak perlu dah keluarkan duit beli sos cili thai. Semuanya boleh buat sendiri. Tapi rasa takdelah sebijik sos cli thai tapi bau memang sebijik. Rasanya dah mirip tekstur je lain sikit dari sos cili thai yang banyak jual dipasaran.

Yang penting sos cili ini lulus dalam menu diet atkins bagi fasa 1,2,3 dan 4. Semua bahan-bahan nak buat ni pun memang yang sedia ada kat rumah. Tak perlu susah payah nak beli barang dapur yang lain.

Cara mudah buat sos cili thai atkins
Cara mudah buat sos cili thai atkins

Resepi homemade sos cili thai atkins

Sumber : Kelab Diet Atkins Malaysia
Resepi: Azra
Testimoni berjaya: Cik tom 😉
Fasa: 1,2,3,4

Bahan-bahan untuk buat homemade sos cili thai atkins;

5-10 biji merah (ct guna 5 biji cili merah+3 biji cili padi)
½ inci halia
2 ulas bawang putih
1 sudu besar cuka epal (ct guna 2 sudu besar)
2 stik gula stevia (ct guna 1 stik gula stevia)
Secubit garam (ct guna ½ sudu kecil garam bukit)
Sedikit air

Cara mudah buat sos cili thai atkins;

  1. Masukkan cili merah, bawang putih, halia, cuka dan sedikit air ke dalam blender. Kisar sehingga lumat.
  2. Kemudian masukkan bahan yang dikisar tadi ke dalam kuali kecil dan masak dengan api yang kecil.
  3. Masukkan gula steivia dan garam. Kacau sebati.
  4. Kacau dan masak sehingga sos menjadi likat dan pekat.
  5. Dah siap tutup api dan simpan dalam bekas kedap.

Sos cili thai atkins ni memang sedap. Kepada atkiners boleh jadikan ia sebagai pengganti sos cili thai yang tak lulus dalam diet atkins. Tak perlu pening2 nak cari sos nandos atau taste me jual kat mana. Buat sendiri lagi senang. Jimat pun jimat.

Lidah cik tom tak boleh nak terima sangat sos nandos kalau makan camtu je. Kalau yang masak guna sos nandos okay.  Selamat mencuba cara mudah buat sos cili thai atkins!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Cara mudah buat sos cili thai atkins

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE