Cara Mudah DIY Light Box aka Mini Studio

Cara Mudah DIY Light Box aka Mini Studio | Assalamualaikum dan salam ceria… Cik tom nak kongsikan satu projek DIY cik tom bersama suami, padin untuk buat Light Box atau mini studio. Cetusan idea untuk DIY Light Box a.k.a Mini Studio ini ialah dari padin. Katanya kalau serius untuk buat bisnes atau advertorial secara online ni memang penting sangat penggunaan Light Box untuk snap dan edit gambar lebih cantik dan profesional.

Gambar pertama belah kiri dibawah ialah contoh idea dari youtube dan tiga gambar seterusnya ialah hasil lakaran dan draft ukuran light box dari padin.

draft DIY light box

Jadi apa bahan-bahan yang diperlukan untuk buat DIY light box ni? Jom tengok senarai bahan-bahannya.

Bahan dan Anggaran Kasar Kos DIY Light Box

Bahan-bahan Harga
Kadbod RM3.70
Gam Superfast (3 in 1) RM2.00
Kertas Putih Saiz A3 (1) dan A4 (2) sediada
Pisau sediada
Klip/ Jarum sediada
Lampu  guna lampu HP
Pensil & Pembaris sediada

Kitorang planning nak beli 2 biji lampu meja mini untuk pencahayaan. Tapi belum jumpa lagi lampu yang sesuai setakat ni. Jadi buat sementara, guna jelah cahaya lampu dari smartphone. hehe..

Cara Mudah DIY Light Box aka Mini Studio

Okay. Jom kita tengok padin DIY Light Box. Cik tom tolong bagi support dan amik turn potong dengan tolong gam je. haha..

Sebelum mula men ‘DIY’ light box, sila buat ukuran untuk draft light box samada nak saiz kecil atau besar. Dalam gambar draft di atas padin guna saiz ukuran 11 cm, 14 cm dan 25 cm. Yang pangkah (X) pada gambar ialah bahagian yang dibuang.

1)Langkah pertama, sila guna pembaris dan pensil untuk lakarkan ukuran pada kertas keras.

2)Kemudian, potong bahagian tengah kiri dan kanan yang diukur menggunakan pisau. Berhati-hati menggunakan pisau yang tajam.

3) Buangkan kedua bahagian kiri dan kanan pada tengah kertas keras.

4)Teruskan potong pada bahagian lain mengikut draft.
Cara Mudah DIY Light Box aka Mini Studio5) Selepas siap dipotong, lipatkan setiap bahagian penjuru lipatan.

6) Jangan lupa buatkan juga lubang di bahagian atas light box. Cantumkan hujung kedua kertas tersebut sehingga bertangkup serta gam menggunakan gam UHU.
cara buat light box7) Kemaskan apa yang patut. Lekatkan kertas putih bersaiz A4 pada kiri dan kanan light box menggunakan klip/jarum. Kemudian, masukkan kertas putih bersaiz A3 di dalam light box sebagai background. Kertas saiz A3 ini boleh ditukar2 warna mengikut taste masing-masing.

Gambar dibawah kiri ialah contoh jam yang disnap menggunakan light box dan sebelah kanan ialah hasilnya.
diy light box

Dibawah ialah absorber model kit Honda Odyssey diambil menggunakan light box.

Seterusnya ialah hasil selepas di edit menggunakan photoshop. Dengan menggunakan bakcground putih, memudahkan untuk proses menyunting dan mencantikkan gambar.

Baca juga: Honda Odyssey RB1 Skala 1/24 Model Kit

Set tayar model kit Honda Odyssey sebelum di edit.

Gambar selepas di edit menggunakan photoshop.

Baca juga: Cara Pantas Belajar Teknik Fotografi

Light Box ini akan bertambah awesome jika menggunakan tiga penjuru lampu iaitu dari atas, kiri dan kanan. InsyaAllah teknik mengambil dan menyunting gambar akan diasah skills dan buat penambahbaikan dari masa ke semasa.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Cara Mudah DIY Light Box aka Mini Studio

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!