Cara Nak Jimat Beli Barang Di Lazada Guna Voucher

Assalamualaikum dan salam sayang… Cik tom antara salah seorang kaki shopping online yang suka survey harga dan beli barang guna code voucher free untuk dapat diskaun. Salah satu website yang cik tom paling suka shopping barang online ialah Lazada Malaysia.  Kat Lazada ini memang serba lengkap semua barang A-Z  kita boleh beli dari barang dapur, pakaian, kecantikan, ubatan sehinggalan ke produk elektrik.

Paling best tak perlu keluar peluh nak drive pergi ke kedai, bersesak cari parking dan jejalan nak cari barang atau beratur panjang bila nak membayar kat kaunter. Nampak benor cik tom ni pemalas! Hahahaha…

Kali ni cik tom nak share salah satu tips rahsia cara nak jimat beli barang secara shopping online guna voucher Lazada.

So, macam mana tu nak dapat voucher Lazada free?

Cara paling mudah sekali ialah korang boleh dapatkan voucher dengan melayari website Shopcoupons. Pada yang rasa blurr tu jangan risau. Jom cik tom ajarkan step by step bergambar cara nak shopping online di Lazada menggunakan voucher diskaun.

Cara Nak Jimat Beli Barang Di Lazada Guna Voucher

Langkah 1: Sila ke website Shopcoupons untuk dapatkan voucher diskaun atau code promosi. Kemudian klik pada online stores mana yang korang berminat. Contoh macam cik tom nak beli di Lazada. So, klik pada logo Lazada.

Langkah 2: Akan keluar semua senarai pilihan voucher Lazada Malaysia yang terkini. Korang boleh scroll tengok nak guna voucher mana mengikut barang yang korang dah pilih/ bakal pilih. Kemudian, klik “GET CODE”.

Contoh cik tom, nak beli susu untuk ibu mengandung. Tengok ada voucher diskaun RM10 untuk Frisomum Gold 900g. Terus lelaju cik tom klik button “GET CODE”.

Langkah 3: Copy code ni dulu. Nanti korang akan paste last sebelum chekcout. Kemudian klik button “Go to Lazada Malaysia”.

Langkah 4: Korang akan terus buka browser baru iaitu Lazada. Boleh pilih barang yang berkenan dihati dan poket. Hihi.. Macam cik tom nak beli susu Frisomum Gold 900g. Terus klik button “ADD TO CART”.

Langkah 5: Keluar popout, kalau nak beli barang lain lagi. Boleh klik close popout tu teruskan scroll barang lain. Cik tom terus je klik “CHECKOUT” sebab target nak beli susu je. Hihi..

 

Langkah 6: Next, isi maklumat seperti nama, alamat dan no.telefon seperti biasa untuk proses pengeposan. Ciktom skip gambar tu ek terus kepada next step Payment. Klik pada tulisan “APPLY HERE” dan taip/ paste code yang korang copy dari shopcoupons di Langkah 3. Then, klik button “APPLY”.

Langkah 7: Akan tertera code voucher berserta jumlah diskaun yang anda dapat. Lagi best ciktom dapat juga FREE SHIPPING!! Then, pilih cara bayaran dengan tick dan klik “PLACE YOUR ORDER”.

Macam ciktom pilih Online Banking-Maybank, so next step macam biasa login akaun Maybank2u dan sahkan pembayaran melalui akaun bank masing2.

 

Langkah 8: Dah settel semua bayaran secara online banking. Akan keluar yang order dah berjaya dan ada estimate date delivery barang yang order.

Cara Nak Jimat Beli Barang Di Lazada Guna Voucher

Cuba tengok berapa banyak cik tom dapat save dengan shopping di Lazada kali ni bantuan dari voucher Shopcoupons.

RM1.80 (diskaun 3%)+RM10 (voucher)+RM7 (pos) = RM18.80 cik tom dapat SAVE. Yeayyyy!!!

Tak sabar nak tunggu susu sampai!

Kat website Shopcoupons ni bukan je ada deal or voucher untuk Lazada tau tapi ada banyak lagi website online shooping yang lain seperti  Zalora, Althea, Fave (Groupon) dan banyak lagi. Nak tahu buka sendiri. Jangan itu pun malas. Haha.. Korang boleh la berjinak-jinak belajar guna voucher untuk diskaun lepas ni. Jangan cakap ahkak tak payung pulak tau. Selamat mencuba!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

34 thoughts on “Cara Nak Jimat Beli Barang Di Lazada Guna Voucher

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE