Cara Penyelesaian Terlupa Kata Laluan PTPTN Ujrah

Assalamualaikum dan salam sayang…Rentetan dari artikel tutorial cik tom; Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online. Ada rakan blogger yang request boleh akak buat tutorial tak bagaimana cara nak selesai masalah terlupa kata laluan ptptn?

Ikut hati cik tom memang malas. Manja sangat dah tahap macam ni. Semua nak request tutorial. Pergi belajar sendiri! haha… Jangan sentap ye.

Cik tom rasa macam dah ala-ala staff PTPTN pula bila ramai rupanya berazam tahun 2016 ni nak konsisten bayar pinjaman PTPTN. Jadi ramai la nak check berapa baki pinjaman PTPTN yang ada. Sebab kebanyakan tak pernah bayar lepas je habis belajar walaupun dah bekerja dengan gaji yang lumayan. Alasan lupa! hehe..

Cara Penyelesaian Terlupa Kata Laluan PTPTN  Ujrah

Oleh sebab cik tom tak manjakan korang, untuk langkah pertama (1) sehingga keempat (4) boleh rujuk dari artikel; Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online.

Okay ada yang mengadu cakap sangkut part nak log masuk sebab lupa kata laluan. Jadi kalau terlupa tu klik je pada link “Terlupa kata laluan” yang cik tom highlight pada no.5 tue;

Kemudian akan keluar next pages; Terlupa kata laluan. Sila masukkan butiran no.kad pengenalan, abjad/angka yang dipapar dan klik button “Teruskan“.

Cara Penyelesaian Terlupa Kata Laluan PTPTN  Ujrah

Korang akan terima notifikasi seperti dibawah maklumkan yang kata laluan lama telah di reset kepada password ptptn yang baru. Kata laluan tersebut dihantar pada email; dotdot. Haa yang ni korang kena ingat la password untuk email yang digunakan.

Korang bukak email dan periksa inbox ada tak dapat email kata laluan baru dari PTPTN? Kalau takde sila semak spam pulak. Dah jumpa, korang akan dapat emailnya seperti dalam gambar dibawah;

Copy dan paste kata laluan tersebut untuk akses penyata baki pinjaman PTPTN bagi sistem pembiayaan Ujrah.

Langkah seterusnya untuk akses penyata, boleh rujuk je artikel –>Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online.

Semoga artikel tutorial kali ni bermanfaat untuk bantuk korang dalam menyelesaikan masalah terlupa kata laluan PTPTN Ujrah. Bye. 😉

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Cara Penyelesaian Terlupa Kata Laluan PTPTN Ujrah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!