Cara Pindah Wang Dari Maybank2u Ke Akaun Bank Lain

Assalamualaikum dan salam ceria… Hari ini cik tom nak share cara pindah wang dari akaun Maybank2u ke akaun bank lain. Contoh bank lain yang ciktom pilih ialah akaun CIMB. Sama je cara kalau bank lain macam Bank Islam, BSN dan lain2 sebab kita boleh pilih jenis akaun bank mana yang nak transfer duit. Kira ini cara transfer duit secara online melalui Maybank2u bukan mesin ATM ye.

Cetusan idea nak buat entri ni bila banyak kali jugak dapat pertanyaan kawan yang baru mendaftar akaun Maybank2u. Majoriti yang tanya tu baru nak belajar shopping secara online. Bila mana penjual online ada akaun tertentu je iaitu selain Maybank.

Terbaru kakak ipar cik tom pula bertanyakan cara nak transfer duit dari Maybank2u ke akaun CIMB. Jadi dah alang2 tu baik share sekali dalam entri. Kalau ada bertanyakan boleh je share link entri. hihi..

Cara Pindah Wang Dari Maybank2u Ke Akaun Bank Lain

Langkah 1

Tutorial bergambar ni cik tom assume korang sudah pun login ke dalam akaun Maybank2u. Kalau belum sila ke website >>Maybank2u<< dan login masukkan username dan password ye.

Selepas login akan keluar interface seperti di bawah ye. Sila klik pada “Accounts & Banking“.

Cara Pindah Wang Dari Maybank2u Ke Akaun Bank Lain

Langkah 2

Next, keluar jenis akaun yang korang miliki. Cari menu “Transfers” pada sidebar sebelah kiri dan klik.

kaedah transfer duit melalui maybank2u

Langkah 3

Akan keluar pelbagai senarai jenis pindahan wang. Tapi oleh sebab korang nak pindahkan wang pada akaun lain sila klik “New interbank fund transfer“.

tutorial bergambar transfer duit melalui maybank2u

Langkah 4

1) Sila klik pada box untuk pilih jenis akaun bank yang korang nak transfer duit. Contoh cik tom dalam tutorial ni pilih CIMB Bank Berhad.

2) Dah pilih akaun bank, sila klik button “Continue“.

cara transfer duit ke akaun bank lain guna maybank2u

Langkah 5

Ok ini part yang penting untuk korang masukkan segala details.

1) Amount: untuk masukkan jumlah duit untuk transfer.

2) Mode of transfer: Sila klik untuk pilih mode transfer samaada “Instant Transfer” atau “Interbank GIRO“.

#Perbezaan Instant Transfer dan Interbank GIRO

  • Instant Transfer (IBF): ialah pindahan segera ke akaun penerima dan caj servis RM0.53 untuk setiap transaksi.
  • Interbank Giro (IBG): ialah pindahan akan mengambil masa sehingga 1 hari bekerja untuk diproses dan dikreditkan pada akaun penerima. Caj servis RM0.11 untuk setiap transaksi

3) Recipient name: masukkan nama penerima

4) Transaction type: Pilih jenis transaksi. Kalau nak transfer duit biase je boleh pilih “Funds Transfer“.

5) Account number: masukkan nombor akaun penerima.

6) Sila tick pada yang ke 2 untuk hanya sahkan pindahan duit disahkan hanya berdasarkan nombor akaun sahaja.

7) Reciepient Reference: masukkan tujuan transaksi untuk rujukan penerima.

Klik button “Continue“.

Langkah 6

1) Cuba check segala details pindahan wang betul ke tak? Jika betul, boleh klik button “Request for TAC“untuk memohon nombor TAC.

2) Check inbox SMS pada handphone korang. Masukkan nombor TAC ke dalam ruang disediakan.

3) Klik pada button “Confirm“.

Langkah 7

Once dah confirm akan selesai urusan pemindahan wang ke akaun bank lain melalui Maybank2u.

Tengok Status: Accepted (Your transfer is in process.) sebab kalau guna Mode of transfer: IBG Transfer akan amik masa 1 hari bekerja untuk proses pemindahan wang dan caj servis yang dikenakan ialah RM0.11 sen.

Kalau nak cepat untuk proses terus masukkan duit serta merta, boleh guna Mode of transfer: IBF Transfer pada Langkah 5. Manakala caj servis IBFT hanyalah RM0.53 sen.

Ok, dah selesai tutorial untuk cara pindah wang dari akaun Maybank2u ke akaun lain. Lepas ni bertambah mudahlah nak shopping online. Tak perlu dah bersusah payah nak ke mesin ATM untk masukkan duit. Itu tak masuk lagi kes beratur panjang. Duit masuk mesin deposit/ CDM tak terima la. huhu..

Selamat shopping dan uruskan wang dengan berhemah. 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

8 thoughts on “Cara Pindah Wang Dari Maybank2u Ke Akaun Bank Lain

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE