Cara Pindah Wang Paypal ke Akaun Bank Malaysia

Assalamualaikum dan salam sayang… Hari ini cik tom nak berkongsi tutorial bergambar cara pindah wang Paypal ke akaun bank Malaysia. Dalam tutorial ni cik tom guna akaun Maybank yang sedia ada cik tom register permulaan nak verified kad debit Maybank.

Sebenarnya cik tom dah buat akaun Paypal ni sejak tahun 2012 lagi masa aktif buat duit sambilan dengan jobdirumah tapi atas ada masalah kesilapan teknikal jenis akaun, silap masukkan nama menyebabkan akaun paypal cik tom terbengkalai begitu (tak dapat nak cashout) sahaja. Sehinggalah cik tom terbaca entri blog yusri dan mula call customer service Paypal pada akhir tahun lepas. Barulah selesai dan memudahkan proses cik tom nak keluarkan duit dari akaun paypal.

Cara Pindah Wang Paypal ke Akaun Bank Malaysia

Permulaan sila login akaun Paypal korang di website –>PAYPAL.   Kemudian sila klik pada menu “WITHDRAW” macam dalam gambar di bawah ye;

Cara Pindah Wang Paypal ke Akaun Bank Malaysia

Langkah kedua,  sila klik link- “Withdraw to your bank account”. Yelah sebab korang nak pindahkan duit dari akaun Paypal ke akaun bank Malaysia kan? Kalau nak pindak ke kad sila klik yang link bawahnya.

Kalau keluarkan duit paypal kurang dari RM400 akan dikenakan caj tambahan RM3. Tapi kalau keluarkan lebih RM400 percuma je. Jadi lagi untung keluar RM400 kan?

Withdraw to your bank account

Langkah ketiga, haa yang n detail sikit. follow je macam dalam gambar tu. Masukkan la berapa jumlah dalam USD dalam kotak “Amount”. Jumlah mestilah sama atau kurang dari baki yang korang ada tau. hee..

Macam cik tom just transfer ke akaun Maybank sediaada. Kalau korang nak tukar ke akaun bank lain, sila klik underline link-“Add bank account”.

Kalau nak check kadar tukaran wang USD ke MYR ditawarkan oleh Paypal, sila klik underline link-“Currency Converter”.

Kalau semua dah isi dan okay, sila klik button- “Continue”

withdraw funds paypal

Gambar kat bawah ni. Kalau korang klik curreny converter akan keluar popout. Yang ni Paypal tawarkan mengikut kadar matawang semasa dunia pada 17 Januari 2016. (1USD=4.30880 MYR)

Kalau ikut pada 17 Januari 2016 kadar dunia 1USD=4.43MYR

currency converter

Next, akan keluar “Review your withdrawal information”. Periksa betul tak segala butiran pindahan wang ke akaun bank Malaysia korang. Kalau okay semua klik -“Submit”.

Review your withdrawal information

Proses pemindahan duit ke akaun korang siap dan akan diproses. Pindahan wang akan mengambil masa 2-3 hari waktu bekerja.

roses pemindahan duit ke akaun korang siap dan akan diproses

So, tunggu jelah nanti duit masuk ke akaun bank yang korang isi masa request withdrawal tue ye.

Kalau banyak boleh kongsi rezeki kepada mereka yang memerlukan ye. Dengan ekonomi Malaysia sekarang ni kena lebih pandai untuk uruskan duit dalam perbelanjaan seharian.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

10 thoughts on “Cara Pindah Wang Paypal ke Akaun Bank Malaysia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE