Cara Rawat Kulit Berjerawat dan Akibat Produk Merkuri

Salam ceria… Topik kali ini mengenai cara rawat kulit berjerawat dan akibat produk merkuri. Cik tom banyak juga dapat komen dan email pertanyaan mengenai masalah jerawat yang kebanyakan di alami oleh golongan remaja. Tak terkecuali golongan tua dewasa macam cik tom ni. Sakit hati bila tengok muka berjerawat je memanjang. Rasa nak keluar ke mana-mana pun malas.

Bila cuba pelbagai produk untuk hilangkan jerawat. Makin menjadi-jadi pulak jerawatnya keluar. Ada seller cakap normal tindakbalas tapi dah berbulan masih macam tu jugak. Dah rasa tak normal kan.

Cara Rawat Kulit Berjerawat dan Akibat Produk Merkuri

Jenis-jenis Jerawat

Jerawat Ringan; biasanya mempunyai sedikit bintik hitam dan jerawat. Masalah jerawat ini hanya dikategorikan sebagai ‘ringan’ sekiranya jumlah jerawat kurang dari 30.

Jerawat Sederhana; Pada kebiasaannya pesakit akan mengalami banyak bintilan jeragat dan jerawat yang berwarna hitam dan merah pada bahagian wajah/muka, dada dan belakang badan.

Jerawat Kronik; Pesakit akan mengalami banyak nodul besar yang berwarna merah dan terasa sakit dan berdenyut pada bahagian muka, dada, belakang badan dan anggota tubuh yang lain.

Baca juga: Cara hilangkan jerawat dalam masa 3 hari

Punca Terjadinya Kulit BerJerawat?

Jerawat atau acne vulgaris merupakan perkara yang biasa berlaku pada remaja yang akhir baligh disebabkan oleh perubahan hormon badan. Bagaimanapun jerawat yang teruk mungkin disebabkan oleh pelbagai sebab seperti jangkitan kuman (penyakit, alahan dan salah penjagaan kulit.)-Jerawat.

Kadang-kadang persekitaran yang kotor dan berdebu jugak boleh menjadi penyebab kulit berjerawat. Itu sebaiknya menukar sarung bantal dan cadar sekerap mungkin. Alahan pada pemakanan seperti seafood jugak menjadi salah satu faktor penyumbang pada masalah jerawat yang teruk. Emosi yang tidak stabil atau stress boleh menganggu hormon badan penyebab kepada rembesan minyak yang banyak, pori-pori tersumbat dan akhirnya terbentuknya jerawat pada kulit.

Kesilapan menggunakan produk berasaskan bahan kimia seperti merkuri dan hydroquinon juga boleh menyebabkan kulit menjadi rosak dan berjerawat.

Jangan Picit Jerawat Pada Kulit

Cik tom tahu korang mesti geram je nak picit jerawat bila tengok jerawat tue ada isi putih/kuning kat tengah jerawat tu kan. Lagi-lagi kalau jerawat tu dah masak atau besar.  Sebenarnya isi putih/ kuning dalam jerawat itu terhasil dari rembesan lebihan minyak pada kulit. Tersilap teknik memicitnya boleh menyebabkan jerawat semakin teruk apabila terjadinya jangkitan bakteria pada kulit. Malahan ianya juga meninggalkan parut pada kulit.

Muka berparut tu paling orang perempuan nak elakkan kan? Sampai sangup pakai foundation, concealer, bedak dan sebagainya semata-mata nak tutup parut pada wajah.

Jadi elakkan memicit jerawat anda. Cuci muka dengan bersih.

Memanjang panjang lebor cik tom taip pasal jerawat ni. Bila nak cerita pulak pasal cara nak rawat kulit berjerawat dan akibat produk merkuri. Sorry intro dulu sikit pasal jerawat ni supaya korang lebih tahu mengenai jerawat pada muka masin-masing. hoho..

Baca juga: Set pencuci muka bagus untuk jerawat

Cara Rawat Kulit Berjerawat dan Akibat Produk Merkuri

Salah satu cara nak rawat kulit berjerawat dan akibat produk merkuri atau hydroquinon ialah dengan menggunakan Set Pemulihan Kulit Zarraz Paramedical.

Set Pemulihan Kulit Zarraz Paramedical (Trial Set)

Set Pemulihan Kulit Zarraz Paramedical (trial set) ini sesuai untuk masalah kulit berminyak, berjerawat, berparut, sensitif, kulit gabungan yang berminyak dan kulit yang rosak akibat menggunakan produk yang ada bahan kimia (Hydroquinon & Merkuri).  Set ini terdiri daripada;

  • Calming Cleansing Milk – 25 ml
  • Calming Cleanser – 25 ml
  • Essense Sebum Gel – 10 ml
  • Tea Tree Gel – 30 ml
  • Clarifying Renewal Mask – 2 Keping

Paling BEST harga yang ditawarkan untuk set percubaan ini amat berpatutan iaitu RM50. Harga yang cik tom rasa berbaloi untuk cuba gunakan prodyk ini. Yelah macam cik tom sendiri apa2 nak cuba produk baru memang suka beli set trial dulu. Dah rasa selesa atau serasi baru beli set biasa. hihi..

Kalau korang nak try set pemulihan kulit ni, boleh terus ke link produk di website>> Set Pemulihan Kulit Zarraz Paramedical.

Video Penerangan Set Pemulihan Kulit Zarraz Paramedical

Cik tom suka sangat nak promote produk rawatan kulit Zarraz Paramedical oleh sebab;

  • Zarraz bukan produk jenis rebranding atau repackging seperti kebanyakan lambakan produk keluaran Malaysia sekarang.
  • Zarraz Paramedical ada pusat R&D dan kilang sendiri
  • Zarraz tidak mempunyai efek sampingan kerana 100% semulajadi dan halal.
  • Mempunyai fungsi paramedical iaitu mampu merawat pelbagai masalah kulit yang kronik berbeza dengan produk berasaskan skincare.

Untuk lihat sendiri testimoni pengguna Zarraz dan segala maklumat lebih lanjut mengenai produk Zarraz Paramedical boleh layari terus ke website>>> Zarraz Paramedical.

Eh satu lagi. Jangan lupa minum air masak secukupnya at least 8 gelas sehari atau 1L=25kg untuk berat badan korang. 😉

Lain-lain artikel berkaitan;

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Cara Rawat Kulit Berjerawat dan Akibat Produk Merkuri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!