Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online

Assalamualaikum dan salam sayang.. Pada tahun lepas, cik tom ada share satu entri tutorial bergambar; Cara Semak Baki PTPTN Secara Online. Alhamdulillah tak sangka banyak dapat feedback email dari pengunjung blog ciktom.com. Tutorial tersebut masih valid cuma hanya sesuai untuk sistem pinjaman PTPTN yang belum bertukar kepada Ujrah. Maksudnya masih mengekalkan PTPTN dengan surcaj 3% (pinjaman konvesional).

Manakala kalau korang dah bertukar ke sistem Ujrah pinjaman dikira berdasarkan kos upah 1% yang diwar-warkan lebih patuh syariah berbanding pinjaman konvesional. Betul ke? Wallahualam. hehe…

Ok untuk menolong rakan pengunjung blog ciktom.com, kali ini cik tom kongsikan tutorial bergambar bagaimana untuk semak baki pinjaman PTPTN bagi ujrah secara online. Semoga bermanfaat.

Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online

1) Korang layari website PTPTN dengan klik link berikut>>https://www.ptptn.gov.my/web/guest/anjung

2) Kemudian cari icon “Penyata Pinjaman” dan klik icon tersebut.

Langkah 2 Cara Semak Baki Ptptn

Langkah 2: Klik pada icon “Penyata Pinjaman”

3) Korang boleh juga terus skip langkah 1 dan 2 tue, terus je korang klik link berikut untuk terus ke penyata pinjaman>>https://epay.ptptn.gov.my/penyata/index.html.

Langkah 3: Isi No. Kad Pengenalan

Langkah 3: Isi No. Kad Pengenalan dan klik “Semak”

4) Nanti akan keluar dua hyperlink yang bergaris yang bertulis “Penyata Kira-Kira Pinjaman Konvesional” dan juga “Penyata Kira-kira Pembiayaan Ujrah”. Korang just klik je pada underlink yang “Penyata Kira-kira Pembiayaan Ujrah” ye.

**Kalau takde link “Penyata Kira-kira Pembiayaan Ujrah” bermaksud status pinjaman korang masih belum bertukar dan kekal konvesional. Boleh rujuk tutorial sebelumnya;Cara Semak Baki PTPTN Secara Online.

Langkah 4: Klik pada hyperlink “Penyata Kira-kira Pembiayaan Ujrah”

5) Bila dah klik akan automatik buka ke new tab seperti gambar di bawah untuk log masuk ye. Kata laluan ujrah ni boleh dapatkan pada email yang pernah korang register ye. Okay pada yang dah ada kata laluan tue masukkan la no.kad pengenalan, kata laluan dan klik button “Log Masuk”.

**kalau terlupa kata laluan request je mintak sent balik ke email korang dengan klik “Terlupa Kata Laluan?”.

***atau kalau tak pernah register klik “Pendaftaran Kali Pertama”.

Langkah 5: Isi no. IC dan kata laluan dan klik “Log Masuk”. Pada yang tak pasti dah pernah daftar ke tak? Saranan ciktom klik terus je “Terlupa kata laluan?”. Lepas request, periksa inbox/spam email korang dari ptptn untuk kata laluan baru ye.

6) Akan keluar laman utama PTPTN untuk ujrah seperti dibawah. Nak semak baki PTPTN Ujrah boleh klik “Penyata Baki” Tapi kalau nak tengok terperinci peningkatan kos upah dan bayaran korang selama ni yang mungkin potong thru gaji tue kan boleh klik “Penyata Baki Terperinci“.

7) Taraa siap akan keluar penyata pinjaman PTPTN korang macam contoh dibawah. Yang bawah ni just klik “Penyata Baki” je;

Kalau nak bayar PTPTN boleh klik pada link paling bawah penyata; “Bayaran Balik melalui FPX“. Semua transaksi pembayaran balik melalui FPX akan dikenakan caj RM0.50 kepada akaun pembayar. Kalau bayar thru maybank2u dikenakan caj RM1.06. Bayar guna FPX lagi jimat!

Tutorial bayar guna FPX inshaAllah cik tom kongsikan akan datang ye!

Ada sebarang masalah yang kronik? Korang boleh hubungi HOTLINE PTPTN : 03-2080 4455. Nak tanya cik tom pun boleh tapi setakat kemampuan yang termampu je la sebab cik tom bukan la staff PTPTN. haha..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Cara Semak Baki PTPTN UJRAH Secara Online

    • March 4, 2016 at 8:04 pm
      Permalink

      yup lagi senang bayar online dari drive ke kaunter ptptn dan menunggu giliran..

      Reply
  • March 4, 2016 at 5:29 pm
    Permalink

    betul tu..lebih mudah bayar melalui FPX..so far memang bayar kat sini je dari dulu..
    ntah bila nak habis ptptn..huhu

    Reply
    • March 4, 2016 at 8:03 pm
      Permalink

      kan2..lebih mudah dan pantas..hanya di hujung jari je..
      inshaAllah bayar secara konsisten setiap tahun nanti dalam tak sedar dah nak habis ptptn..

      Reply
  • March 4, 2016 at 6:02 pm
    Permalink

    bagus ni.
    kawan DT tak reti2 nak bayar online.
    asyik teman dia pi pejabat ptptn.
    next time nak suruh dia online je.
    DT x amik PTPTN.. heheh
    Jom baca entri terkini Datin Tyka …Hukum Bercouple Dalam IslamMy Profile

    Reply
    • March 4, 2016 at 7:17 pm
      Permalink

      haa nanti kalau kawan DT cakap tak reti nak bayar online..DT share je link blog ciktom kat kawan DT..hehe
      bayar online jimat masa, tenaga, minyak.. 🙂

      Reply
      • March 4, 2016 at 10:08 pm
        Permalink

        bereh cik tom.
        memang jimat tenaga..
        buang tenaga DT je menemannya.
        dia cakap “kan nak kurus. exercise la”
        sabo je la
        Jom baca entri terkini Datin Tyka …Hukum Bercouple Dalam IslamMy Profile

        Reply
        • March 8, 2016 at 10:30 am
          Permalink

          cik tom rasa better pergi jogging pulak dari buang tenaga dan masa gi pejabat ptptn..dah la ramai orang..kena queue pulak tue..tapi orang rajin okay je..ciktom malas..haha

  • March 4, 2016 at 8:58 pm
    Permalink

    dah ada cara yang lebih senang,
    harapnya xde lagi bagi alasan takde masa nak bayar, letih menunggu dan lain2.

    ko da abes bayar kan? kihkih
    Jom baca entri terkini Padin …Kuasai Perniagaan InternetMy Profile

    Reply
    • March 8, 2016 at 10:17 am
      Permalink

      cara dah senang..terletak pada diri je nak buat ke tak..

      Reply
    • March 8, 2016 at 10:08 am
      Permalink

      oh cik tom tak pernah pulak bayar kat pejabat pos..sebab sesak ramai orang..memang dah mula2 bayar guna online..maybe tuan pemalas kot..hehe

      Reply
    • March 8, 2016 at 9:16 am
      Permalink

      buat2 lupa la nak bayar tue..kan dah berkepuk dapat duit komisen tu..boleh buat bayar ptptn..

      Reply
  • March 8, 2016 at 12:00 pm
    Permalink

    thanks untuk informasinya salam sukses

    Reply
    • October 20, 2016 at 11:57 am
      Permalink

      Ujrah bermaksud upah. Sebelum ni PTPTN mengenakan 3% hingga 5% kos pentadbiran, Manakala pembiayaan ujrah hanya mengenakan upah sebanyak 1% bagi menggantikan sistem yang sebelumnya.

      Reply
  • November 16, 2016 at 11:15 am
    Permalink

    Uihh kita pun tak sabar nak selesai cepat hutang ptptn ni. Tengah usaha mengumpul sampai akhir tahun ni lagi lagi lah tengah ada diskaun >.<

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!