Cara Tambah Pendapatan Dengan Jana Elektrik

Rentetan dari artikel cik tom sebelum ini, ada yang minta cik tom ceritakan lebih lanjut mengenai bagaimana Sistem Feed-in Tariff (FiT) beroperasi dan bagaimana cara untuk jana pendapatan dengan jual elektrik kepada TNB.

Ok.. for starting.. cik tom nak refresh balik korang dengan ringkasan FiT.

FiT adalah satu sistem untuk menyokong pelaksaan tenaga boleh baharu yang mewajibkan pembekal tenaga untuk membeli tenaga elektrik yang dihasilkan daripada sumber yang boleh diperbaharui pada harga dan tempoh yang ditetapkan.

Jual elektrik hasil dari sumber TBB Solar
Jual elektrik hasil dari sumber TBB Solar (Sumber: SEDA Malaysia)

Sistem FiT ini telah dilaksanakan hampir 50 negara di seluruh dunia untuk membangunkan pelaburan tenaga boleh diperbaharui. Sistem FiT dilaksanakan untuk menambah penghasilan elektrik, mengurangkan kebergantungan terhadap bahan api fosil dan menghasilkan elektrik dari sumber teknologi hijau. Secara langsung merendahkan penghasilan karbon dioksida yang menyumbang climate change serta global warming.

Baca: FiT dan Kepentingannya

Bagaimana sistem FiT dilaksanakan?

Secara ringkasnya sistem FiT ialah pihak utiliti kuasa (Distribution Licensees) contoh TNB, NUR dan SESB akan membayar pemegang tariff galakan (Feed-in Approval Holder) untuk setiap tenaga elektrik dijana dari tenaga boleh baharu (TBB) disalurkan ke grid elektrik. Meter akan dipasang untuk rekod jumlah kapasiti TBB yang dihasilkan.

Kemudian, elektrik yang dihasilkan dari TBB, NUR dan SESB dan juga sistem janakuasa TNB akan di agihkan kepada pengguna elektrik. Pihak utiliti kuasa akan claim bayaran untuk bayar pembekal elektrik TBB dari RE Fund. RE Fund ini ialah dana yang dikumpul dari surcaj 1.6% bil elektrik pengguna yang melebihi RM77.

Antara sumber Tenaga Boleh Baharu (TBB) yang layak untuk memohon sistem FiT ialah;

  1. Biomas – tenaga yang dijana dari pereputan bahan organik daripada tumbuhan dan haiwan contoh sisa pepejal seperti sampah, kayu, tanaman atau baja.
  2. Biogas- tenaga yang dijana hasil dari pembebasan gas organik seperti tapak pelupusan serta kumbahan.
  3. Hidro kecil -penghasilan elektrik menggunakan sistem pengaliran air sungai
  4. Solar PV-penghasilan elektrik dari cahaya matahari menggunakan solar panel.

Baca: Tenaga Boleh Baharu (TBB)

FiT Implementation (Sumber: SEDA)
FiT Implementation (Sumber: SEDA)

Cara nak mohon sistem FiT?

Bagi yang berminat nak jana pendapatan dengan jual elektrik kepada TNB under sistem FiT, first korang kena mohon Feed-in Approval (FiA) dan mendapat kelulusan dari pihak SEDA. Untuk permohonan FiA boleh dilakukan  dengan 2 cara iaitu manual dan online. Secara manual, korang boleh dapatkan borang di pejabat SEDA atau isi secara online diwebsite SEDA. Untuk mohon borang secara manual, ini alamat pejabat SEDA;

Maklumat SEDA Malaysia
Maklumat SEDA Malaysia (Sumber: SEDA)

Untuk mohon online ada 2 registration stage untuk permohonan Feed-in Approval (FiA) iaitu;

  1. Profile registration
  2. Project registration
Cara register profile
Cara register profile **klik untuk besarkan pic** (sumber: SEDA)
Cara register project
Cara register project **klik untuk besarkan pic** (sumber: SEDA)

Siapa yang layak mohon Feed in Approval (FiA)?

Permohonan FiA layak pada pihak pemaju mahupun individu. Syarat permohonan sistem FiT untuk individu;

  1. Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas
  2. Pemilik sah tanah
  3. Setiap individu terhad untuk 2 permohonan
  4. Setiap permohonan tidak melebihi 12kW installation capacity
  5. Setiap permohonan hendaklah berlainan alamat

Untuk lihat lebih details syarat lanjut sila layari website www.seda.gov.my dan lihat pada menu Feed-in Tariff> How to Become a Feed-in Approval Holder.

Ada caj tak dikenakan untuk permohonan Feed-in Approval?

Ini details untuk permohonan FiA. Kalau lihat lagi jimat isi secara online. Banyak save cost kan? Apa pun pilihan atas pada diri masing2 ye. Jangan lupa sebelum mohon tengok dulu ada available tak quota untuk permohonan FiA di website SEDA Malaysia. Klik untuk check >> RE QUOTA.

Bayaran untuk permohonan
Bayaran untuk permohonan (Sumber: SEDA)

Semoga artikel dapat fahamkan korang lagi details mengenai cara jual elektrik pada TNB. Kalau ada soalan boleh ajukan pada cik tom tapi kalau soalan details proses FiA sebaiknya direct dengan pihak pengurusan SEDA Malaysia ya.

Sumber rujukan; SEDA Malaysia, FiT SEDA Malaysia,

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Cara Tambah Pendapatan Dengan Jana Elektrik

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE