Cara Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera….

Em… nak share cerita kisah ayah cik tom yang kena suspect penyakit kencing manis baru-baru ni. Ayah cik tom memang ada penyakit darah tinggi tapi alhamdulillah takde kencing manis. Keturunan ayah yang setakat cik tom tau ni pun takde pulak yang ada penyakit kencing manis.

Penyakit kencing manis juga dikenali sebagai diabetes mellitus. Kencing manis adalah penyakit yang disebabkan oleh wujudnya masalah dalam pengeluaran insulin oleh organ pankreas samaada ketiadaan atau kekurangan penghasilan insulin, atau badan bersifat rintang terhadap insulin.

Seminggu lepas raya aidilfitri bulan lapan aritu, ayah cik tom buat monthly checkup dan doktor bagitau kadar bacaan kandungan gula dalam darah ayah tinggi – 8.9 mmol/L. Masa tue, ayah fikir maybe sebab beria sangat makan tak pantang time raya kot.

Lepas seminggu check kat hospital (HSNZ) tue, ayah cek lagi kat klinik naik tinggi giler sampai 13.9 mmol/ L dan terus doktor cakap ayah ada penyakit kencing manis aka diabetes dan dapat banyak ubat kencing untuk stok sebulan kot.

Kalau nak tau berapa paras normal boleh baca artikel >>Dr. Zubaidi.

Tapi ayah cik tom ni jenis liat nak makan ubat hospital. Dia lebih prefer cara tradisional, ubat darah tinggi pun ayah cik tom buat sendiri je- jemur, blend & masukkan dalam capsule. hehe…

So, ayah cik tom try petua pertama minum air rebusan asam gelugor keping. Tapi sebulan ayah cik tom try petua ni bila check kadar gula dalam darah still atas >10 mmol/L. Petua ni jiran belakang umah yang bagi dan memang berkesan je dengan mak cik ni.

Asam Gelugor Keping
Asam Gelugor Keping

Ayah cik tom gigih cuba lagi petua kedua buat air blend campuran buah epal hijau + buah peria katak untuk turunkan kadar bacaan gula kencing manis . Ayah amalkan minum jus epal hijau+peria katak ni setiap hari. Alhamdulillah check setiap minggu paras gula makin menurun. Awal bulan november baru ni, kadar gula dalam darah ayah ialah normal 5.0 mmol/L.

Jus Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis
Jus Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis

Bahan-bahan jus turunkan gula kencing manis;

1 biji peria katak (saiz sederhana)
1/2 biji epal hijau (saiz standard epal)
4 cawan air kosong

Cara-cara buat jus turunkan gula kencing manis;

1. Potong dadu buah peria dan epal hijau untuk memudahkan blend buah.

2. Campur kesemua bahan dan blend sehingga hancur.

3. Amik penapis dan tapis. Kemudian, buang hampas.

4. Boleh diminum begitu saja atau boleh sejukkan dalam peti sejuk.

**rasanye memang pahit giler! huhu.. Tapi amaran jangan letak gula ye. Kadang-kadang ayah cik tom suka blend sekali buah kemunting nak bagi kurang rasa pahit.

Petua ketiga nak turunkan paras gula ialah gantikan gula putih kepada madu dalam makanan dan minuman seharian. Rasanya semua sedia maklum yang madu ni dinyatakan dalam Al-Quran dan penyembuh kepada penyakit dengan izin-NYA.

Petua ketiga ialah gantikan gula putih kepada madu
Petua ketiga ialah gantikan gula putih kepada madu

Pak Cik Mustapha dalam pic tu, Alhamdulillah berjaya stabilkan paras gula dalam darah dia dengan cara ganti gula kepada madu acacia. Cik tom pun teruja baca nak beli sebotol untuk ayah cik tom. Kalau ada nak beli madu untuk diri sendiri, parents atau family boleh survey>> Madu Acacia 100% ASLI.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

59 thoughts on “Cara Turunkan Kadar Bacaan Kencing Manis

  • November 21, 2013 at 11:08 pm
    Permalink

    memang peria kadang2 menjadi pilihan… alhamdulillah, saya punya kandungan gula dalam darah tahap normal…
    Jom baca entri terkini Farzli …Blog sudah siap, lagi?My Profile

    Reply
  • November 22, 2013 at 7:48 am
    Permalink

    Salam Cik Tom,

    dalam penyakit kencing manis, yang paling penting untuk memastikan penyakit terkawal adalah bacaan ujian darah HbA1C. Kalau HbA1C kurang dari 6.5% baru diabetes tu dikira terkawal. bacaan gula yang harian ni tak reflect kawalan gula sebenar.

    Reply
    • December 8, 2013 at 3:28 pm
      Permalink

      maaf cik tom tak berapa faham…boleh cerita lagi detail dr.farah.

      Reply
    • December 8, 2013 at 3:28 pm
      Permalink

      memang sangat pahit..pahit tu sebahagian dari ubat…

      Reply
  • November 22, 2013 at 5:10 pm
    Permalink

    kalau madu mesti yang madu ori ya cik tom.skrg banyak madu tiruan letak gula dalam dia.

    asam kepimg rebus satu keping jer ker? boleh saya bagi tahu kat mak ayah di kampung

    p/s:terima kasih cik tom atas perhatian kelmarin dan iklan tu heee…dah setel.alhamdulillah moga dia membalas jasamu.amin
    Jom baca entri terkini suri …Tergolek Bagai Ayam Golek..Tak Pernah Macam IniMy Profile

    Reply
  • November 23, 2013 at 2:57 pm
    Permalink

    Kozumi suka makan peria walau pun pahit mmg sedap kalau jamah sekali ngan ikan bilis nyum2…

    Untuk turunkan kadar bacaan gula dalam darah kita juga boleh gantikkan penggunaan gula biasa kepada pemanis semulajadi iaitu daun stevia..Info lanjut boleh baca di sini>
    Jom baca entri terkini kozumi_ro …Royal Sweetener SteviaMy Profile

    Reply
  • November 24, 2013 at 10:30 am
    Permalink

    ayah saya pun kencing manis, lepas dapat tahu terus dia buat rayuan haji atas asbab diabetis. nak tunggu turn 10 tahun lagi
    Jom baca entri terkini Nazri …Tempoh Tunggu Haji 50 TahunMy Profile

    Reply
  • November 25, 2013 at 1:24 pm
    Permalink

    tima kasih cik tom….keluarga sya memang ade penyakit kencing manis…dan terbaru adik saya bru umur 23thn kena penyakit gaut….

    Reply
    • December 8, 2013 at 4:37 am
      Permalink

      minum air suam banyak memang bagus utk semua penyakit pun…

      Reply
  • Pingback:Bagaimana madu merawat penyakit kencing manis (diabetes)?

    • December 8, 2013 at 4:05 am
      Permalink

      ciktom xsure plk kalau airsunquick..maybe boleh cuba..

      Reply
  • May 4, 2014 at 7:10 pm
    Permalink

    salam…sy baru cuba tadi. tq atas petua ni.

    Reply
    • May 9, 2014 at 8:35 pm
      Permalink

      wslm..semoga berjaya dan diberikan kesihatan yg baik..

      Reply
  • December 5, 2015 at 5:30 pm
    Permalink

    Kena blend dgn biji sekaligus ker c.tom

    Reply
    • December 5, 2015 at 7:33 pm
      Permalink

      kalau epal tu buang biji dan tangkai yg keras bahagian tengah tue.utk peria amik semua..blend sekaligus..

      Reply
  • December 21, 2015 at 7:14 pm
    Permalink

    Salam tumpang tanya..jus peria katak tu kalau minum hari2 takpe ke? Atau kena stop bila dh ok?kalau nk amalkan? Sehari berapa kali n bila waktu sesuai minum?

    Reply
    • January 29, 2016 at 12:19 am
      Permalink

      alamak.sori tak perasan komen..banyak sangat yang masuk setiap hari..ayah cik tom memang amalkan setiap hari..tapi kalau dah okay bacaan paras kencing manis tu maybe boleh la selang seli hari/ kurang jumlah minum kepada 2x/1x sehari…ayah cik tom amalkan sehari minum 3 kali sebelum makan….tapi kalau ada gastrik-better minum lepas makan…

      Reply
  • January 20, 2016 at 10:06 pm
    Permalink

    Kalau tengah pregnent boleh ke minum jus tu cik tom ??

    Reply
    • January 21, 2016 at 7:13 pm
      Permalink

      maaf cik tom tak pasti..tapi kalau ikut pendapat ciktom hanya campurn peria dan epal hijau je..nak kepastian cuba tanya pada doktor ye..

      Reply
  • January 29, 2016 at 12:12 am
    Permalink

    Cik tom nak tanya.. Air tu minum pagi ke mlm? Sblm or selepas makan? Tq..

    Reply
    • January 29, 2016 at 12:23 am
      Permalink

      minum jus peria+epal hijau pagi dan malam…cuba buat 3 kali sehari sebelum makan…tapi kalau ada sakit gastrik ciktom suggest better selepas makan…

      Reply
  • February 2, 2016 at 12:45 pm
    Permalink

    Cik Tom,isteri saya ada kencing manis dan darah tinggi,boleh kah buah peria direbus dan diminum untuk merawat penyakit tersebut.

    Reply
    • February 3, 2016 at 6:16 pm
      Permalink

      InsyaAllah boleh..memang bagus amalkan mibum jus peria ni

      Reply
  • May 1, 2016 at 4:03 pm
    Permalink

    Terbaik Cik Tom. Mohon share yer..

    Reply
  • May 1, 2016 at 4:07 pm
    Permalink

    Teima Kasih Cik Tom

    Reply
  • May 15, 2016 at 1:47 am
    Permalink

    As slm cik tom.. minum jus ni d mkn dgn ubt doc s x tk ape ke. Spt pg 3 bji d mlm 3 bji kena mkn ubt yg doc. Atau bila amalkn jus ini tk prlu mkn ubt dr doc. Mnta pnjelasan cik tom trima kch.

    Reply
    • May 18, 2016 at 2:47 pm
      Permalink

      Waalaikumussalam…Cik tom tak pasti tapi emak cik tom makan je ubat dari doc..tapi sebaiknya jarakkan waktu makan ubat dengan minum jus ni ye sis…kalau nak minum sebelum ataus selepas makan ubat sekurang2nya 2 jam..

      Reply
  • June 16, 2016 at 10:57 am
    Permalink

    Terima kasih atas perkongsian. Izinkan saya print dan guna untuk kegunaan peribadi. Semoga ianya memberi manfaat.
    Thanks Cik Tom atas artikel berkualiti.

    Saya da 3 tahun ada kencing manis. Masa mula-mula kena rasa macam dah takde harapan. Sekarang da boleh kawal emosi dan selalu cari cara untuk improve diri dari segi pemakanan dan gaya hidup.

    Reply
  • June 27, 2016 at 3:50 pm
    Permalink

    Terdapat beberapa cara untuk kawal kencing manis, antaranya, kurangkan makanan manis, minuman bergula tinggi, termasuk minuman berkarbonat dan lakukan senaman secara berterusan. Satu lagi, tambahkan sayur hijau dalam hidangan, secara amnya, syur hijau baik untuk kesihatan pankrease, ia sedikit sebanyak bantu pankrease hasilkan insulin secukupnya. Apa yang penting disiplin dan komitmen untuk jadi lebih sihat.

    Reply
  • Pingback:Ubat Kencing Manis Semulajadi Klinax Organix - Ciktom

  • October 10, 2016 at 2:07 pm
    Permalink

    Cik Tom,
    Saya dah try jus peria dan epal ni. Alhamdulillah ada penurunan setakat ni setiap minggu

    Reply
    • October 18, 2016 at 10:39 pm
      Permalink

      alhamdulillah.. semoga bertambah sihat dan ceria…

      Reply
  • October 14, 2016 at 9:33 am
    Permalink

    Pahit itu ubåt kan.
    Memang terasa tekak pahit minum bila buat jus kan.
    Kencing manis nie memang akan bagi kesan besar kalau tak dirawat cepat-cepat kan.
    Melarat ke organ yang lain pula..

    Reply
    • October 14, 2016 at 7:30 pm
      Permalink

      yup betul pahit tu ubat…kencing manis ni kena rawat dgn sebaiknya..silap percaturan boleh melarat lebih teruk.

      Reply
  • January 17, 2017 at 5:07 pm
    Permalink

    salam…berapa lama masa ayah cik tom minium jus peria/epal kandungan gula turun

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE