Cari Info Kerjaya Dan Keluarga Di The Berkat

Cari Info Kerjaya Dan Keluarga Di The Berkat | Assalamualaikum dan salam sayang semua… Sebagai seorang yang suka menulis, ciktom memang selalu membaca. Tak kisah lah sama ada baca buku fizikal ataupun baca artikel-artikel di internet. Yang penting, membaca. Sebab daripada pembacaan itulah ciktom boleh olah kembali info-info yang ciktom dapat untuk dikongsikan dengan orang ramai melalui blog ini.

Ciktom suka sekali membuat carian berkenaan dengan artikel kekeluargaan. Rasa sangat kena dengan jiwa. Tapi dalam masa yang sama ciktom juga mahu menambah pengetahuan dalam pelbagai bidang selain daripada kekeluargaan.

Baru-baru ini semasa sedang mencari bahan bacaan di internet, ciktom ada terjumpa satu website yang bagi ciktom sangat sesuai dijadikan sumber pembacaan ketika online. Website yang ciktom maksudkan adalah The Berkat.

The Berkat – Seimbang Kerjaya Dan Kekeluarga

The Berkat adalah satu website yang banyak menulis tentang kerjaya dan kekeluargaan untuk rakyat Malaysia. Tapi, bukan setakat itu saja. The Berkat juga ada berkongsi pelbagai topik lain berkaitan tentang rezeki dan keberkatan.

Cari Info Kerjaya Dan Keluarga Di The Berkat

 

4 Sebab Ciktom Suka Baca Artikel Di Website The Berkat

Sejak mula membaca artikel di wesbite The Berkat, ciktom semakin lama semakin suka dengan content yang dihasilkan oleh penulis-penulis mereka. Antara sebab ciktom suka baca artikel mereka adalah:

1)Pelbagai Topik Untuk Dibaca

Antara topik yang boleh dibaca di laman web The Berkat selain daripada topik kerjaya dan kekeluargaan adalah kewangan, kesihatan, kecantikan, keagamaan, gaya hidup, percutian, perhubungan dan pendidikan. Ada macam-macam kategori kan? Artikel-artikel yang ada dalam website ini merangkumi nasihat bisnes, petua dan tips kehidupan, panduan pengembaraan dan juga langkah demi langkah penghasilan sesuatu.

Boleh dikatakan laman web The Berkat ini adalah satu laman web yang mana korang boleh baca pelbagai jenis artikel dalam satu tempat.

2) Ayat Mudah Difahami Dan Santai

Ciktom suka baca artikel-artikel dalam website The Berkat sebab bahasa yang digunakan mudah dan santai. Penggunaan ayat yang formal tanpa bahasa pasar cukup sesuai untuk semua golongan, tak kira yang muda atau yang tua.

Ayat di dalam artikel disusun dengan teratur dan ciktom senang nak faham maksud artikel tersebut. Contohnya seperti artikel perbezaan antara CTOS dan CCRIS ini. Bila baca artikel ini baru ciktom faham apa itu CTOS dan CCRIS yang sebenarnya sebab penulis menjelaskan tentang kedua-dua topik ini dengan mendalam berserta dengan contohnya sekali.

3) Banyak Contoh Dokumen-Dokumen Penting

Yang ciktom paling tertarik dengan The Berkat adalah kerana website ini ada berkongsi contoh dokumen-dokumen penting seperti pelbagai jenis surat rasmi, borang-borang permohonan dan juga cover letter untuk latihan praktikal.

Contoh-contoh dokumen yang diberikan sudah lengkap. Jika korang perlukan dokumen-dokumen tersebut, cuma perlu copy dan paste serta tukarkan maklumat-maklumat pada bahagian yang telah ditandakan kepada maklumat milik korang.

4) Susun Atur Website Kemas Dan Mudah

Ciktom suka dengan susun atur The Berkat yang kemas dan minimalis. Warna latar belakang yang cerah memudahkan untuk ciktom fokus pada artikel. Penggunaan font yang sederhana besar dan tulisan yang jelas membuatkan ciktom mudah untuk membaca.

Senang untuk ciktom klik dan pergi ke mana-mana bahagian website ini sebab navigasinya jelas dan mudah difahami. Ada juga kotak carian bagi mempercepatkan ciktom untuk mencari bahan bacaan yang ciktom minati. Lagipun, kadar loading website The Berkat ini agak laju jadi ciktom tak perlu tunggu lama untuk membaca satu-satu artikel.

Banyak info yang ciktom boleh dapat apabila membaca wesbite The Berkat. Ciktom tak nak simpan sendiri jadi ciktom nak ajak korang semua yang suka membaca pelbagai jenis topik untuk pergi sendiri ke website The Berkat dan dapatkan info-info melalui pembacaan di sana.

Website: http://theberkat.com

Facebook: https://facebook.com/theberkat

Instagram: https://instagram.com/theberkat

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

One thought on “Cari Info Kerjaya Dan Keluarga Di The Berkat

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.