Celcom Lancarkan iPhone 5 dengan Celcom First Plan

Hi! Ingat lagi entry cik tom tentang pre-order deposit RM200 untuk jadi orang terawal gunakan iPhone 5 sebelum ini>> Jom Jadi Orang Terawal Memiliki iPhone 5?? Kini, Celcom telah melancarkan iPhone 5 pada 14 Disember 2012 dengan plan penjimatan terbaik dan harga yang istimewa melalui pakej Celcom First Plan.

iPhone 5 Gadget Impian
iPhone 5 Gadget Impian Jadikan ia satu REALITI

Kelebihan Pakej Celcom First Plan yang menarik:

  • Penjimatan TERBESAR sehingga RM1,921
  • Jumlah kapasiti data TERTINGGI sehingga 6.2GB sebulan
  • Pakej PENGGUNAAN TERKUMPUL sehingga kepada 1,500 minit/SMS/MMS
  • PERCUMA 1GB akses ke Celcom First WiFi

Dengan Celcom First Plan, anda boleh mendapat penjimatan sehingga RM1921, tawaran harga device terendah iaitu RM278 selepas penjimatan dan rebate sehingga RM1210. Dan anda boleh pilih CELCOM FIRST PLAN yang bersesuaian dengan anda:

Celcom First Plan
Celcom First Plan

Jumlah yang perlu dibayar semasa pembayaran iPhone 5:

iPhone 5 16GB: RM2,038
iPhone 5 32GB: RM2,338
iPhone 5 64GB: RM2,638

Kenapa anda perlu memilih plan iPhone 5 dari CELCOM?

  • Network coverage Celcom adalah yang terluas dan rangkaian terbaik di Malaysia! Tidak kira diguna di dalam rumah, tempat kerja, atau dalam kereta bergerak sekalipun ‘line’ Celcom terbaik!
  • Celcom menawarkan kualiti yang terbaik meliputi SMS, voice calls, video calling, internet surfing dan lain-lain..
  • Celcom juga menyediakan connection yang stabil untuk streamning video menggunakan iPhone 5!

Antara ciri-ciri menarik pada iPhone 5 ialah:

  • Menggunakan sistem operasi terbaru iOS6 dan A6 Chip yang membolehkan anda menikmati prestasi kualiti dan grafik 2X LEBIH HEBAT
  • Paparan Skrin 4″ Retina Display yang lebih besar dari model sebelumnya
  • Kamera dengan 8 MEGAPIKSEL
  • Memori dengan kapasiti 16GB, 32GB dan 64GB
  • Dan semestinya bersama SIRI – pembantu peribadi telefon anda

Jangan lepaskan peluang untuk lawati outlet BLUE CUBE berhampiran dengan tempat anda sekarang!! Untuk maklumat lanjut mengenai pakej iPhone 5 boleh layari>> www.celcom.com.my atau ke>> https://www.bluecube.com.my/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Celcom Lancarkan iPhone 5 dengan Celcom First Plan

  • December 15, 2012 at 8:55 pm
    Permalink

    ciktom, yang saya faham daripada jadual diatas adalah kalau nak murah kena ambil pakej elite (RM238/month) dan ambil iPhone 5 16G dengan contract 24 bulan. Harganya jadi RM278 sahaja. tapi kenapa perlu bayar RM2,038 pulak yer? yang ni kurang faham sket..

    Reply
    • December 17, 2012 at 11:45 pm
      Permalink

      semuanya ada kelebihan masing2. rasanya digi punya lebih murah tapi kawasan liputan mungkin tidak sebaik celcom

      Reply
  • December 15, 2012 at 10:11 pm
    Permalink

    ciktom tak beli kerr???

    Reply
  • December 15, 2012 at 10:38 pm
    Permalink

    nak free je..hehehe

    Reply
    • December 16, 2012 at 1:15 am
      Permalink

      nak free boleh join contest Denaihati =D

      Reply
      • December 16, 2012 at 2:03 pm
        Permalink

        contest denaihati dah close utk yg baru nak join. yg ada skrg ni kena selesaikan semua tugasan

        Reply
        • December 17, 2012 at 5:21 am
          Permalink

          hehe… rupanya saya sudah ketinggalan, tapi masih ada contest di blog Ladfe Amir 🙂

  • December 16, 2012 at 1:11 am
    Permalink

    Setiap syarikat telekomunikasi menydiakan pelbagai pakej dalam menarik hati pelanggan kan..

    Reply
    • December 17, 2012 at 11:46 pm
      Permalink

      tapi pelanggan kena tentukan sendiri mana yg terbaik ikut keperluan budjet masing2

      Reply
  • December 16, 2012 at 1:16 am
    Permalink

    tahniah celcom, tentu pelancaran ni mendapat ramai sambutan menggalakan…

    Reply
  • December 16, 2012 at 1:30 am
    Permalink

    Boleh tahan jugak celcom punyer promotion nie.

    Reply
  • December 16, 2012 at 7:09 am
    Permalink

    pakej menarik celcom ni…

    Reply
  • December 16, 2012 at 8:30 am
    Permalink

    Emm terasa nak memilikinya..memang line celcom sy guna tak pernah kecewa..kecuali line BB dekat kawasan rumah jer..hahaha…sedikit mennghampakan…

    Reply
  • December 16, 2012 at 1:58 pm
    Permalink

    Mesti saya tak boleh nak apply sebab nama kena blacklist ngan celcom. huhu

    Reply
  • December 16, 2012 at 2:05 pm
    Permalink

    baru sahaja wife saya langgankan saya dgn telco kaler hijau tu. bolehlah nak surf intenet seketika.

    Reply
  • December 16, 2012 at 11:55 pm
    Permalink

    lebih minat dengan S3 hehe

    Reply
    • December 17, 2012 at 11:48 pm
      Permalink

      kalau dah minat, letaklah taaran apa pun.mesti ambik juga. saya pun minat s3 aje

      Reply
  • December 17, 2012 at 11:32 pm
    Permalink

    saya rasa celcom punya pakej paling mahal setakat ni berbanding maxis dan digi. melalui pengamatan saya, maxis punya pakej lebih berbaloi dan terbaik.

    Reply
    • December 18, 2012 at 6:24 pm
      Permalink

      Dari segi pakej, saya lebih memeilih Maxis,.. tapi utk coverage, memang Celcom terbaik. 🙂

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE