Cermin Ajaib atau Cermin Menipu?

Salam sayang….. Beberapa hari lepas cik tom pergi jalan-jalan dengan emak dan adik2 ke homestay mak saudara kat area Manir, Terengganu. Mak cik tengah kemas2 homestay tue lepas last penginap checkout. Dulu pernah tanya mak cik nak tak promosi homestay dia kat dalam blog tapi makcik tak mau sebab yang ada sekarang ni pun dia dah tak larat nak layan. Nampaknya memang lebih menguntungkan buat homestay dari sewa rumah bulanan. Keadaan rumah pun tak jadi rosak macam rumah sewa bulanan.

Lepas solat Zohor tue pakai tudung depan cermin tengok2 eh.. Apasal nampak makin slim je. Realiti atau fantasi ni? haha.. Balik Terengganu kali ini ramai jumpa saudara mara dan kawan time mengundi PRU13Β tue semua duk tegur makin gemuk. Sob2 memang sedih gak tapi itulah realiti lepas kerja ni badan memang makin naik. Yelah kerja pun duduk dalam ofis je takpun pergi kelas. Makan pulak ikut selera mulut memang banyaklah! hehe…

Emak pesan pergiΒ diet kuruskan balik badan. Kalau gemuk sangat nanti nampak lagi pendek dengan ketinggian 149cm je. Huk3 T_T…. Erkk nak diet paling susah kalau dah kerja ni. Kalau time study memang senang je.

Cik tom & adik apa lagi terus pi snap gambar nak menunjuk bukti konon kitaorang nampak kurus. Lepas tu terus pi sent pic tue kat adik, miss yaty yang kerja kat kL.

Cik tom: Nampak slim tak i? haha…

Miss Yaty: Huiyoo! Gambar edit ke pe?

Cik tom: Kah3.. bukan edit la ni cermin ajaib.

Miss Yaty: Ini bukan cermin ajaib tapi cermin menipu! hihi

Cik tom: Nak tanya la ma beli kat mana? Nak beli gak 1 letak dalam bilik kite.

Miss Yaty: Watpe cermin menipu. hehee

Agak2 koranglah cermin ni cermin ajaib ke cermin menipu? hahaa ;D

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

61 thoughts on “Cermin Ajaib atau Cermin Menipu?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE