Post navigation

Cincin Bertunang dari Insan Tersayang

Posted on by

Assalamualaikum dan Salam Ceria…. Cantik tak cincin tunang cik tom dapat dari insan tersayang?? Mesti ada yang tertanya-tanya eh bila bertunang ni?? Bila nak langsung majlis kahwin?? Siapakah gerangan orangnya?? Alhamdulillah dah sampai jodohnya so bertunanglah dulu sebelum langkah seterusnya ke alam perkahwinan pulak kan. Korang doakanlah semoga semuanya berjalan dengan lancar dan jayanya ye. hee… ^_^cincin bertunang

Korang semua jangan tertipu pulak. Tue bukan gambar cincin tunang cik tom tapi gambar cincin yang ayah emak bagi hadiah masa bulan 8 tahun lepas. Ayah emak cik tomlah insan tersayang dalam hati cik tom. huhu.. Masa lepas habis belajar hari tue, cik tom tolong emak cik tom buat bisnes mini karipap selama 2 bulan starting before puasa sampai raya. Setiap hari duk buat karipap kecik inti sambal ikan. Bangun pagi je celik-celik tengok karipap. Tidur pun dengan karipap. Memang dahsyat 24 jam duk buat karipap je. Siap hantar mini karipap pergi KL.

Emak pun nak bagi upah sebab tolong buat karipap, cik tom cakap ikhlas tolong emak. *anak baikkan? haha.. Tapi emak desak juga nak bagi upah, cik tom cakap tak nak duit. Kalau nak bagi upah better bagi something yang cik tom boleh buat kenangan. *mengada2 pulak.. Time tue la pulak ada promosi kat habib jewel, ayah cik tom pergi beli hadiah cincin habib jewel bentuk V ni. So sweet.. Suka sangat masa tue.

Tapi yang sadis cik tom jarang pakai. Kenapa? Sebabnya abang zul bagitau jangan pakai cincin ni, nampak macam cincin tunang! Nanti jatuh saham kalau pakai. Tapi memang betul pun setiap kali pakai cincin ni mesti ramai yang tegur cincin tunang ke? =.= Abang zul tak bagi pakai apa-apa cincin kat jari selagi tak jumpa teman di hati. erk? bye~

********************************************************
klik sini

46 thoughts on “Cincin Bertunang dari Insan Tersayang

  1. lorr..tak kecik ke ati mak ayah ciktom tak pakai cincin tu?tapi kalau yana pun akan tanya ciktom tu cincin tunang ker?ekeke..
    cepat cari calon nanti nak pakai apa pun orang tak tanya lagi..

    errk..cakap kat diri sendiri jugak..hi3..

    • emak tahu je sebab apa jarang pakai..pakai juga time raya or ada majlis special2..hee…
      haa tue la ramai dah salah anggap ingat cincin tunang…
      jom cari calon sama2..hehee

  2. Salam. Hi Cik Tom.. Pandai Cik Tom buat kejutan.. Memang agak terkejut juga bila membaca tajuk tu. Rupanya gimik je.. :)

    Insya-Allah, satu hari nanti Cik Tom akan dipertemukan dengan jodoh yang baik2.. Banyakkan berdoa ye.

    p/s : Mungkin ada betulnya kata Abang Zul tu.. takut orang tersalah faham.

  3. salam cik tom sayang,

    alaa…surprise betul tau
    ingatkan bertunang senyap2
    kalau betul pun apa salahnya..
    semoga cepat jodoh tu datang..amin

  4. semoga cik tom akan temui insan yang betul2 sayang..

    #betul kata ciktom,sepatutnya ikhlas diri tolong mak bapa..

    • bagus camtu..nanti pakai bila ada makna ye..tp nak wat camane ciktom memang byk koleksi cincin emak, ayah, nenek dan mak cik bagi..xpakai sayang langsung sayang jugak..kena gilir2..

  5. Buat suspen jer cik tom nih..igt lama x sggh sini btl2 la statUs cik tom dh berubah..rupa2nya tipah tertipu jer…;)b

  6. hah..kalu ada calon, jgn tunggu lama2. sya dulu xbertunang pun selamba pakai sbb suka2 nak bergaya