Cincin Emas Corak Crown Hasil Sideincome Nuffnang

Assalamualaikum dan salam sayang… Banyak kali jugak cik tom fikir patut ke tak patut buat entri kali ini. Tapi dah lepas banyak fikir ah lantak la. LHDN memang pun dah pernah email cik tom mintak segala details mengenai blog sebelum ini. Entri ni lebih value kenangan kepada cik tom hasil daripada entri terdahulu; Alhamdulillah Sempat Jugak Cash Out Earning Nuffnang.

Cincin Emas Corak Crown Hasil Sideincome Nuffnang

Seperti dimaklumkan dalam entri tersebut jumlah sideincome nuffnang tu hasil dari makan bulan jugak baru dapat sebanyak tue. Memang jauh berbeza la dengan hasil income nuffnang blog lain yang hebat.

Baca juga;  Kenapa Simpan Emas Lebih Menguntungkan?

Tapi cik tom tetap bersyukur dengan segala rezeki blog yang ada. Alhamdulillah cheque nuffnang ni dah selamat tiba dan cik tom cashout pada bulan April 2016 yang lepas. Kira cerita lama la ni. Cik tom pun beli cincin emas 916 berbentuk crown di Kedai Emas Nazir pada bulan yang sama dapat duit.

Asalnya cincin ni cik tom survey secara online sehingga terjumpa instagram; Kedai Tukang Emas Nazir. Cik tom book melalui whatsapp cincin saiz 11 dan mintak tolong Yaty ambil dan bayar di kedai emasnya. Kedai emas tu ada sedia perkhidmatan pos untuk barang kemas tapi cik tom kurang percaya keselamatan barang kemas tersebut.

Baca juga; Emas Perhiasan Sebagai Simpanan Masa Depan Bukan Pelaburan Emas

Akhirnya tertunailah satu impian di hati cik tom nak cincin bentuk crown. Cik tom mula sukakan cincin bentuk crown ni selepas terinspirasi dari cerita taiwan, Meteor Garden. Dalam drama tu Dao Ming Si bagi hadiah cincin crown silver kat San Chai. Kiranya memang dah lama semenjak dari sekolah menengah. Bezanya cik tom beli untuk diri sendiri la. hehe…

Cincin Emas Corak Crown Hasil Sideincome Nuffnang

Sebelum ni, cik tom teragak-agak nak simpan duitnya dalam tabung iPhone ke tabung kahwin?Akhirnya cik tom buat keputusan simpan sikit duit tabung kahwin, beli cincin emas dan belanja famili makan KFC.

Tabung iPhone pun cancel time tu buat tabung emergency sebab cik tom dapat hadiah iPhone dari suami cik tom. hihi..

Cik tom sengaja pilih emas untuk long term benefit. Salah satu sebab Cik Tom Pilih Emas Sebagai Simpanan Masa Depan. Target cik tom minimakan liabiliti, maksimunkan asset.

So, korang macam mana? Biasa hasil duit dari blogging buat apa?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

24 thoughts on “Cincin Emas Corak Crown Hasil Sideincome Nuffnang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!