Masa hangat bercinta semuanya terasa begitu indah sekali kan? Tapi bila cinta telah ternoktah atau berakhir episodnya. Maka bermula episod duka baru dalam hidup. Segala kasih sayang yang pernah dipertaruhkan bertukar menjadi benci sekelip mata. Paling nyata akan terkeluar perasaan menyesal atas segalanya. Menyesalnya mengenali si dia…Menyesalnya menyintai si dia..Betapa sia-sianya cintaku pada si dia…dan sebagainya.
Jarang kita dengar orang yang bersyukur apabila ditakdirkan perpisahan itu berlaku. Tetap terasa bahagia walaupun berpisah. Kalau ada mungkin kureng. Hehe.. Tapi pernah tak sedetik kita berfikir. Bahawa terdapat seribu hikmah perpisahan?? Mungkin hikmah perpisahan ini makin mendewasakan kita? Mungkin juga perpisahan ni bakal menemukan kita dengan cinta yang lebih indah?
Rasanya tak perlu kita rasa menyesal atau terlalu bersedih di atas perpisahan yang berlaku. Kerana cinta yang sejati tak semestinya memiliki. Sekadar melihat si dia yang pernah kita sayangi berbahagia juga mampu membuat kita gembira. Dan kita juga perlu berusaha mencari kebahagiaan milik diri kita sendiri. Tak perlu ada hasad dengki atau mendoakan si dia menderita, tak bahagia atau semua yang buruk. Segala perasaan benci, berdendam hanya membuatkan hati kita tidak tenang.
Jalan terbaik lepaskanlah si dia dengan ikhlas. Jika benar sudah termaktub di loh mahfuz bahawa jodohmu dengan si dia. Walau ke hujung dunia sekalipun, akan ketemu jua. Tapi kalau sudah bukan jodoh berdua, usaha sekeras mana pun takkkan berhasil. So, cubalah melihat ke hadapan. Kerana kadang2 pabila kita terlampau mengejar bahagia yang tak mungkin kita gapai. Sehingga kita tak terlihat kebahagiaan yang sudah lama berada di depan mata.
p/s: entry autopublish….insyaAllah see u on 2/12/2010..





yeye suka entry ni

kalau ada jodh ada la hehe
klu x dak redha
betul.. ade byk kebaikan tidak memiliki si dia
..
dan ade seseorg yg bakal menjadi milik kita, yg jauh lebih baik dr di
..
kite perlu mencari kebahagiaan diri kita sendiri..
lady sokong kenyataan cik tom..
tapi satu jer x sokong
tetap nak mendoakan die mendapat pembalasan di atas segala yg die telah lakukan.. tetap nak die mendapat pembalasan di atas luka dan keperitan yg terpaksa ditanggung.. hihihihi
nampak pendendam tp itulah realiti kehidupan.. kalau x doakan pun, setiap apa yg dibuat pasti akan mendapat pembalasan yg setimpal.. moralnya jgn buat salah kat org..
keh3x..
aa betul 2 cik tom cakap masa mula2 couple suma indah kan..tp bila da lama,mulala nk jadi macam2..
hallo teman,
saya mau minta tolong nich… Boleh nggak..???
Begini…saya kan sekarang sedang mengikuti sebuah kompetisi blog.
Nah, saya butuh support dari teman agar bisa menang,
untuk memberikan komentar pada artikel saya di :
http://rifkifauzi.blogdetik.com/index.php/2010/11/dari-internet-sehat-jadi-hebat-dari-dunia-maya-jadi-nyata/
TERIMA KASIH BANYAK
salam teman blog,
Rifki Fauzi
(weowe.blogspot.com)
salam
awak dah popular
Time kasih Cik Tom. bergune betul entry nie
. suke2 <3
tak baik pntg diri sndri kan..kalau org tu dah syg org lain,so kalau dgn perpisahan mampu mebuat dia bhgia so kita ikut caranya..biar kita skit hati,jnji dia bhgia selalu,tak smstinya cinta mesti berakhir dgn perkwinan..insyaallah,kalau dah jodoh dgn dia,kun fayakun,maka tak kan kemana..