Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Salam.. cik tom nak ceritakan kisah puasa ramadhan 2012 cik tom bagi penyertaan Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com yang bakal ditutup pada tengah malam 8 Ogos 2012. Kisah yang cik tom nak share ialah minggu pertama bulan ramadhan 2012, iaitu minggu yang paling kelam kabut bagi cik tom dalam excited menyambut permulaan bulan ramdhan bulan keberkatan.

Hari pertama cik tom berpuasa di kampung selepas ayah cik tom beria-ia suh balik puasa pertama kat kampung je sebab adik2 cik tom semua pun cuti balik kampung. So, seperti biasa bila dah last minute nak balik ni mula lah tiket pun habis dan akhirnya cik tom balik malam khamis dan alhamdulillah memang semua kelas dah cancel dan digantikan lebih awal sebab student pun nak balik kampung.

Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com
Buka puasa dengan ofismate

Memang seronok sangat berbuka puasa kat rumah ni dengan keluarga tersayang compare dengan puasa di perantauan. hee… Dapat masak sama2, dapat bersahur dan berbuka. Petang pergi bazar ramadhan yang meriah dengan pelbagai jenis kuih. Malam pula pergi solat terawih berjemaah. Alhamdulillah memang seronok sangat puasa ramadhan minggu pertama cik tom bersama famili. Tahun lepas cik tom balik lagi 2 hari nak raya je dah lebih kepada perasaan nak beraya dari puasa.

Tapi dalam seronok2 balik kelam kabut tue terlupa bayar broadband terus tak dapat online sepanjang balik. Boleh je keluar bayar kat kedai tapi malas nak jalan2 sangat bila bulan puasa ni. Kalau boleh nak duk dalam rumah je. hee

Lepas tue handphone buat hal dan bila baiki ingat bertambah okay rupanya tambah pulak rosak kes lain. Tapi semua dah cakap memang cik tom kena tipu dengan owner yang baiki handphone tue. Rasanya diorang dah tukar skrin ori dari handphone cik tom. Nak bagitahu bulan ramadhan xbaik menipu tapi owner kedai tue cina. sob3… siap gaduh jugak la bulan puasa ni. Memang minggu pertama bulan puasa betul2 menguji kesabaran cik tom.

Itu tak termasuk lagi kes cik tom dah tertinggal pulak charge laptop kat kampung. Adehhh apa la agaknya cik tom fikir masa tue. Memang tak terurus diri seminggu tue. Terpaksa minta tolong adik pos kan ke ofis barulah boleh on laptop sebab kawan2 semua guna laptop brand atau kapasiti power battery lain.

Tapi takpe itu semua hanya sedikit dugaan yang Allah berikan kepada cik tom untuk menguji tahap kesabaran hambaNYA. Takkan nak puasa relax goyang kaki je kan. Semoga ramadhan kali ini lebih baik berbanding tahun lepas. amin..

Entry ini bagi penyertaan Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com anjuran shakiddo.com dan hazmanfadzil.com. 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “Contest CERITA PUASA RAMADHAN 2012 shakiddo.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!