Coretan Mengundi Pertama Kali Pilihanraya Umum 13

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera… Cerita yang cik tom nak share kali ni memang dah basi. Dah ramai yang share last week. haha… Ini pengalaman kali pertama mengundi dalam Pilihanraya Umum Malaysia. Kalau pilihanraya masa universiti tue dah biasa dah. hehe… Perbandingan suasana kempen pilihanraya di Terengganu lebih meriah berbanding di Negeri Sembilan. Dengan pelbagai bentuk replika hasil idea kreatif parti yang bertanding di sini. Alhamdulillah pilihanraya kali ini berlalu dengan aman tanpa sebarang pertumpahan darah.

Sekitar laluan masuk ke taman perumahan
Sekitar traffic light laluan utama

Atas nasihat dan saranan dari wall facebook kawan-kawan, cik tom telah prepare bawak diri yang sihat, kad pengenalan, kipas tangan dan tisu. Payung nak bawa juga ke sana tapi abang marah cakap tak yah la beria sangat bawak payung. Beratur bawah bangunan sekolah dan tak panas. hehe..

Cik tom keluar dengan abang dan adik pukul 10 pagi. Ayah dan emak dah keluar awal-awal lagi. Ayah cik tom bertugas jadi ejen tempat mengundi. Malam sebelum tue rasa excited jugak tapi bila time mengundi biasa je. Mood dah spoiled menunggu hampir 2 jam untuk sampai giliran cik tom mengundi. Pukul 12 tengahari baru selesai mengundi.

Jari Abang Zul
Jari Abang Zul

Pasal isu dakwat kekal di jari tue pun tak kekal. Lepas mengundi pergi tandas cuci dengan sabun kat situ terus hilang. Positive thinking, bagus jugak boleh hilang sebab buruk je kalau sampai 4,5 hari jari jadi berwarna camtu. hee…  Tahniah pada semua wakil rakyat yang menang terutamanya wakil rakyat di parlimen dan dun kawasan cik tom mengundi.

Sempena pilihanraya ke 13, cik tom dan adik suka-suka buat agar-agar parti bulan. huhu… Comel jugak tengok hasilnya. Rasanya pun boleh tahan. (maaflah puji diri sendiri..hik3) Ingat nak test juga agar-agar parti dacing tapi susahlah tak reti. Mungkin PRU 14 akan datang boleh praktis buat agar-agar dacing pulak. hehe 🙂

Agar-agar PRU13
Agar-agar PRU13

Rata-rata rakan di facebook masih rancak mengulas isu mengenai keputusan PRU13 ini. Cik tom tak nak sebelahi mana-mana pihak. Tidak kisah parti kerajaan atau parti pembangkang, kedua-duanya memainkan peranan penting dalam kesinambungan pembangunan sesebuah negara. Cuma jangan terlampau taksub dengan parti politik yang dipilih. Jika benar ada kemenangan yang diperolehi dengan taktik kotor biarlah itu perhitungan mereka dengan Allah. Tanggungjawab kita sebagai pengundi telah selesai.

Hapuskan segala perasan benci dan saling bermaafan. Doakan yang terbaik buat umat Islam. Perjuangan masih panjang dan perlu diteruskan. Kalah kali ini bukan bermakna titik noktah untuk kejayaan akan datang. Kemenangan kali ini bukan satu tiket untuk bersenang lenang masa akan datang. Kini masanya untuk kita saling berganding bahu bersama pemimpin untuk membangunkan kembali pentadbiran dan keamanan Malaysia.

Satu cerita agak menarik, time claim duit balik mengundi tue ternampak seseorang iras Eyriqazz. Tapi nak tegur ragu-ragu pulak tak pernah jumpa personally orangnya. Teringat dulu eyriqazz pernah email pembayaran kemenangan contest yang ada nama penuhnya. Tanya ayah ada tak nama sekian (ayah eyriqazz) yang tinggal kat sini. Ayah cakap orangnya dah meninggal, rumah keluarganya kat area atas. Tengok entri Pengalaman kali pertama mengundi dari eyriqazz, rasa yakin orang yang cik tom tengok tue eyriqazz. Tak sangka pulak kenal dari blog, pernah menang contest tapi rupanya pernah duduk satu taman perumahan yang sama. Kecik je dunia ni kan 🙂

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

65 thoughts on “Coretan Mengundi Pertama Kali Pilihanraya Umum 13

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!