Dah Daftar Haji ke Belum?

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Korang semua dah daftar haji belum? Atau maybe dah pernah pergi menunaikan haji sebelum ni? Cik tom masih menunggu giliran nak pergi buat haji. Nak ceritakan pengalaman cik tom mendaftar haji ni ialah waktu cik tom masih belajar di UiTM Shah Alam pada tahun 2009.

Lambaian haji memanggil2
Lambaian haji memanggil2 Kaabah Mekah (Source:jakehays)

Masa tu cik tom masuk ke library untuk study kat sana sebab sejuk. Kat luar panas sementara nak tunggu kelas seterusnya waktu petang pulak. Masa masuk pintu library tuelah salah seorang staff Tabung Haji menegur cik tom untuk membuka akaun tabung haji jika masih belum ada lagi.

Staff: Adik dah buka akaun tabung haji? Kalau belum boleh buat kat sini dik.

Cik Tom: Ohh saya dah ada. Takpelah.

Staff: Baguslah dah ada akaun. Kalau camtu adik dah daftar haji ke belum?

Cik Tom: Erkk belum.

Staff: Haa eloklah adik mendaftar nama adik untuk pergi haji dari sekarang.

Cik Tom: Ehh takpelah saya lambat lagi kot nak pergi haji. Nanti nak pergi haji saya daftar.

Staff: Tak semestinya baru nak pergi haji nak kena mendaftar dik. Lagi baik mendaftar skang. Kalau adik mendaftar skang pun tak sure lagi tahun bila yang adik dapat turn nak pergi haji. Sambil2 tu adik boleh kumpul duit untuk tunggu turn adik pergi haji.

Cik Tom: Oh ye ke? Ok kalau camtu macam mana prosedur nak mendaftar tabung haji? Saya tak bawak buku bank.

Staff: Syarat utama nak daftar haji kena ada duit sekurang-kurangnya RM1,300 dalam akaun tabung haji. Nanti kalau adik dah mendaftar tak boleh keluarkan duit minimun ni. Kalau cukup amaunnya, adik bagi je kad pengenalan adik nanti saya akan register.

Cik Tom: Alhamdulillah cukup. Ni kad pengenalan…bla..bla..bla..

Salinan pendaftaran haji
Salinan pendaftaran haji

Lepas je cik tom daftar haji tu sekali cik tom tengok tahun peruntukan yang cik tom dapat 2027. Tarikh cik tom daftar haji 13/10/2009. Agak-agaknya kalau cik tom baru mendaftar haji sekarang dapat tahun dan umur berapa ek?? Huhu…

Dah la kat situ ada catatan yang tahun peruntukan hanya sebagai panduan dan keutamaan masih kepada yang berumur 75 tahun ke atas.

So, korang dah mendaftar haji belum? Kalau belum cepat2 cukupkan duit minimun simpanan tabung haji korang dan pergi mendaftar di kaunter tabung haji dengan bawak buku tabung haji dan juga IC.

Panduan Haji dan Umrah

Ada yang bertanyakan cik tom kena bayar zakat simpanan tak kalau menyimpan dalam tabung haji? Sebabnya dalam 7 kelebihan menyimpan di tabung haji, hanya menyatakan pihak tabung haji hanya bayar zakat simpanan. Untuk pemahaman yang lebih lanjut bagus korang baca penerangan dalam artikel Pakdi>> Adakah Kita Wajib Bayar Zakat Simpanan Tabung Haji?

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

13 thoughts on “Dah Daftar Haji ke Belum?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!