Pencapaian Negeri Johor dalam Dekad Baharu Johor

Assalamualaikum dan salam sayang… Pada malam ni cik tom berpeluang menonton Kad Laporan Prestasi Kerajaan Negeri Johor 2013-2018 oleh Menteri Besar Johor, YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin di Hari Ini 8. Walaupun cik tom bukanlah berasal lahir di Johor tapi cik tom mengisytiharkan diri salah seorang bangsa Johor. Yelah rumah pun dah beli kat sini. InsyaAllah bakal anak akan datang akan lahir di Johor. hihi..

Transformasi Negeri Johor dengan Dekad Baharu Johor

Cik tom teringat lagi 8 tahun lalu cik tom pernah datang kali pertama ke Johor menghadiri majlis perkahwinan kawan di Batu Pahat. Perbandingan yang cik tom dapat lihat 8 tahun lalu dengan sejak cik tom duduk di Johor dari 2016 memang ketara sangat perubahan ekonomi dan pembangunan di Johor. Mesti semua bangsa Johor sangat berbangga dengan pencapaian serta kemajuan di Negeri Johor.

Jom tengok pencapaian utama sepanjang 5 tahun dari 2013 sehingga 2018 di Johor seperti dalam gambar infografik dibawah.

Intipati Kad Laporan Pencapaian Negeri Johor dalam Tekad Baharu Johor

Pencapaian Utama Johor 2013-2018

  1. Johor Kuasa Ekonomi Selatan – KDNK Johor kini melepasi RM100 billion
  2. Johor Kuasa Ekonomi Selatan – Johor destinasi pelaburan terbesar (sektor pembuatan)
  3. Perumahan Johor – 15,629 pemohon telah menerima RMMJ sejak 2013
  4. Tanah Rizab Melayu – Telah meningkat kepada 30% daripada keluasan Johor.

Pencapaian Utama Johor 2013- 2018

  1. Johor Prihatin – Bas Muafakat Johor percuma telah memanfaatkan 4,503,150 penumpang
  2. Johor Prihatin – Kedai Harga Patut IMCOOP meringankan kos sara hidup
  3. Keusahawan Johor – Pembangunan keusahawanan yang tersusun
  4. Johor Islami – 77 buah SKAJ terbengkalai telah disiapkan
  5. Johor Berkemahiran – 180,000 peluang pekerjaan tersedia
  6. Johor Connectivity – Jalan kampung dinaiktaraf
  7. Johor Selamat – Indeks jenayah Johor telah menurun sebanyak 46%

Cik tom paling kagum usaha kerajaan negeri Johor mengadakan bas percuma kepada rakyat Johor. Ianya banyak membantu golongan kurang berkemampuan. Kali pertama cik tom tahu bas percuma ni bila kawan sekerja bagitau dia pergi balik kerja naik bas percuma je. Caranya mudah je kena mendaftar Kad Muafakat Johor. Sehingga kini  72,536 orang pengguna sudah mendaftar. Tak pernah lagi cik tom dengar negeri lain bas percuma seperti di Johor. Ke ada, cer bagitau??

Kedua, bab pembangunan keusahawan johor ni cik tom sendiri turut follow dan join pelbagai aktiviti yang dijalankan oleh pihak Entrepreneur Development Johor (EDC) under kerajaan Johor. Salah satu program yang cik tom join akhir tahun lepas sebelum bersalin iaitu Bengkel Everyone Can Sell. Masa ni tengah sarat pregnant 8 bulan. huhu.. Alhamdulillah program ni banyak beri peluang serta maklumat untuk menjual secara online dan juga bina networking bisnes sesama peserta bengkel.

Kalau korang follow Facebook EDC memang sentiasa update pelbagai program usahawan setiap minggu. Jadi jangan lepaskan peluang tambah ilmu usahawan yang berharga dan percuma tau khas untuk bangsa Johor.

Alhamdulillah bab sekolah agama ni memang terbaik kerajaan negeri Johor. Anak-anak Johor memang semua pandai jawi dari sekolah rendah lagi. Dulu cik tom bahasa jawi sekolah menengah baru mahir. hukhuk.. Kawan cik tom pun ada cerita anak dia sekarang tengah tumpang kelas untuk sekolah agama sebab sekolah agama yang baru under construction. Sejuk je dengar seimbang antara duniawi dan juga akhirat.

Takdelah kejar pembangunan semata-mata kan?

Selain itu, cik tom perasan Johor menjadi destinasi pilihan pelabur luar negara datang membuat pelaburan. Cik tom lihat banyak pembangunan projek mega di kawasan Forest City, Danga Bay serta Iskandar Puteri. Ehem…Iskandar Puteri tu tempat tinggal cik tom. Memang tengah pesat membangun. Confirm tak lama lagi busy la kawasan ni bila dah naik banyak bangunan baru ni.

Dah banyak negeri cik tom merantau untuk belajar dan bekerja. Boleh dikatakan di negeri Johor ni antara negeri paling pesat membangun dan berkemajuan. Kebajikan rakyat yang kurang berkemampuan pun tak dilupakan. Lagi best walaupun banyak bangunan pencakar langit, tetap terpelihara kawasan alam sekitar seperti Hutan Bandar di Johor Bahru, Mutiara Rini dan Kulai. Ianya sejajar dengan Dasar Kelestarian Negeri Johor 2017-2021 dalam usaha mencapai keseimbangan antara pembangunan dan alam sekitar yang mampam. Tengah bandar pesat membangun masih dikekalkan pokok2 dan dipanggil Hutan Bandar. Unik kan?

Manfaat orang Johor disetiap peringkat Umur

Haa yang ni cik tom memang salute kerana manfaat untuk orang Johor diperhaluskan oleh pihak kerajaan negeri sehingga setiap peringkat umur berpeluang untuk dapat merasainya. Manfaat ini dapat dirasai semenjak dari bayi lagi iaitu pembukaan akaun SSPN-i sebanyak RM50 seorang. Akaun SSPN-i ini penting untuk tabungan anak-anak bagi pembelajaran masa depan mereka.

See?? Manfaat rakyat Johor ni semenjak dari bayi sehinggalah ke golongan warga emas. Nikmat mana lagi yang kamu cuba dustakan? hihi..

Membangun Dekad Baharu Johor

“Dalam masa sepuluh tahun akan datang, akan bermulalah era baharu untuk Johor yang akan menyaksikan dekad yang penuh dengan pertumbuhan ekonomi yang agresif dan peningkatan kesejahteraan rakyatnya secara transformatif, melalui Misi yang dikenali sebagai Membangun Dekad Baharu Untuk Johor atau DEKAD BAHARU JOHOR.”
- YAB DATO’ MOHAMED KHALED NORDIN | MENTERI BESAR JOHOR | 04 FEB 2018

Segala kemajuan dan pembangunan Negeri Johor ini pasti takkan terjadi tanpa kerjasama dan muafakat dari semua pihak #teamjohor menerusi kepimpinan YAB Menteri Besar, Exco, ADUN dan rakyat Johor. Kita semua dapat lihat dan menilai dengan nyata segala transformasi besar dalam negeri ini sejak 5 tahun lalu. Harap kita semua dapat melihat kesinambungan pelbagai perancangan serta misi  baru untuk MB Johor teruskan perjuangan beliau. Semoga MB terus mendengar dan menyampaikan keperluan suara hati Johor.

Jom kita lihat Kad Laporan Lengkap Pencapaian 2013 – 2018 beserta misi baru Johor yang telah dirasmikan oleh YAB Dato’ Mohamed Khaled Nordin menerusi website www.dekadbaharujohor.my.

Nota jari:  Psstt… Negeri Johor, satu-satunya negeri di Malaysia yang berjaya bentangkan laporan prestasi dan pencapaian sepanjang 5 tahun. Kad Laporan menarik dengan infografik yang  kreatif. Seronok cik tom baca.

#TeamJohor #DekadBaharuJohor #MuafakatBangsaJohor

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

32 thoughts on “Pencapaian Negeri Johor dalam Dekad Baharu Johor

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!