Diriku Yang Sengal Part 2

AMARAN: ENTRY NI PANJANG DAN MEMBOSANKAN…
Hai blogger2 tersayang…kali ni cik tom nak buat entry ni kesinambungan dari entry “Diriku yang sengal Part 1”. Harap semua bersabar baca entry cik tom kali ni. Sebenarnya cik tom agak segan nak sambung bila entry sebelum ni semua bagi semangat untuk cik tom terus stay kursus tue dan cakap semua tue dugaan. Rasanya cik tom tak tergolong dalam golongan yang betul2 sabar dan berazam tinggi kot. 

Ok la sambungan dari lecturer perempuan dan abang driver yang hensem tue tolong angkat barang cik tom masuk dalam kereta. Encik xxx yang dah tipu cik tom cakap nak tolong cik tom tue datang bila semua barang dah siap di angkat. Tak gentleman langsung dan tak dapat dinafikan encik xxx ada ciri2 lelaki lembut dan yang paling pelik cik tom tak nyatakan dientry sebelum ni. Encik xxx ni panggil cik tom “AKAK”. Haha.. nak terguling dan terbeliak mata cik tom masa mula2 dia panggil cik tom akak. Tapi best jugak. Miahaha…

Encik xxx: akak pergi la uruskan penginapan tue dengan encik yyy (abang driver) tue ye. Saya ada urusan lain.
Cik tom: ok. Terima kasih encik.


Tapi sebenarnye encik xxx ni tak mengotakan janji pada abang cik tom sebab sebelum ni dia janji akan hantar cik tom sendiri dan bagi blok yang paling hampir dengan tempat cik tom nak belajar tue tapi yang berlaku sebaliknya. walaupun nama satu kolej tapi bangunan cik tom belajar tue terletak diluar kawasan pagar kolej tue. Kira bangunan besar kedua berpagar kat sebelah pulak.

Bila sampai je disana, kitaorang pun jumpa la encik zzz pulak. Tup2 sampai sana encik zzz cakap semua blok dah penuh. Blok yang kosong ialah blok yang paling baru dan paling jauh sekali dari tempat belajar cik tom. Cik tom cuba membodek encik zzz tapi tak berjaya kerana diriku yang tak cun. Hik3..

Encik zzz: maaflah awak. Semua blok dah penuh. Yang kosong blok C sebelah ni je.
Cik tom: eh jauh tue encik..saya takde transport dan saya sorang pulak tue perempuan. Susah la kalau saya nak ulang alik. Sebelum ni encik xxx dah janji nak bagi saya blok J. Tak kan tak boleh kot selit saya sorang je encik.
Encik zzz: memang tak dapat la. Kalau kosong pun nati akhir bulan 10 la. Ramai yang kuar masa tue.
Cik tom:susah la camni. Dah la sorang je. Tempat pun jauh. Hurm.. (buat2 muka kesian)
Encik zzz: ala dekat je. Bukan jauh sangat pun.
Cik tom: dekat la encik naik transport. Cuba jalan kaki. Sunyi pulak tue.
Encik zzz: terdiam seketika. Erk..tak dapat nak buat apa dah. Isi borang ni dan bayar rm20 untuk deposit kunci bilik. (muka malas nak layan)
Cik tom: hurm ye la… (isi borang)
Encik zzz: weh ko baca tak paper semalam yang pasal budak kena tangkap rm 100k tue??
Encik yyy: entah aku tak tahu. Nape?
Cik tom: yang pasal kena tangkap edar pil kuda tue ke??eleh dah tau student sini kan.. tengok cakap ipt kat kxxxx pun dah boleh agak ipt mana. (tiba2 dengan lancang cik tom menyampuk)
Encik zzz: a’ah pelajar sini. Pandai awak agak. kenal sangat la budak tue. Selalu bawak……(skip perbualan mengumpat ni)

Setel isi borang, cik tom ditunjukkan blok dan kedudukan bilik. Tingkat 3 dan takde lif. Takpe dah biase jugak masa belajar time diploma dan degree dulu.

Encik yyy:eh awak, saya minta maaf boleh tolong setakat ni je. Saya tak boleh tolong angkat sampai atas sebab tue hostel perempuan.
Cik tom: takpelah encik. Terima kasih banyak2 dah tolong setakat ni.
Encik yyy: takpelah dah kerja saya. Kesian awak sorang2 perempuan. Eh awak ada amik tak no telefon encik xxx??kalau ada apa2 senang nati.
Cik tom: adeh.. terlupa encik saya tak amik no telefon sape2 pun.
Encik yyy: takpe awak amik kad saya ni. Ada apa2 call saya je. insyaAllah saya tolong mana mampu.
Cik tom: terima kasih..(terharu encik yyy ni baik giler. Masa tue rasa nak nangis je. Tapi tahan beb)

Cik tom terus mengangkat semua barang seorang diri ke tingkat 3. Siap masukkan semua barang dan berkenalan dengan adik2 di bilik tue. Adik2 kat situ pun terkejut dan cakap jauh. Tup2 ayah call.

Ayah: cam mana dah dapat bilik?
Cik tom: dapat dah. Dah siap masuk pun.
Ayah: dapat bilik dekat mana??jauh tak??
Cik tom: jauh giler la nak jalan kaki. (suara sedih)
Ayah: roomate macam mana??tempat makan dekat tak??bla2…. (masa ni dah ade riak2 cik tom nak nangis bila banyak giler soalan2 yang ditanya oleh ayah)
Ayah: jap nak call abang die.

Beberapa minit kemudian…

Abang die: La nape ayah cakap dapat hostel jauh tadi??
Cik tom: Dah semua yang lain penuh.
Abang die: ni geram ni cakap tak serupa bikin. Dari awal pagi tadi dah banyak giler problem macam tak nak terima student perempuan je. Kalau tak nak terima tak yah la amik. Dah2 kemas barang. Abang die patah balik datang amik sekarang jugak!!! (abangku yang memang seorang yang panas baran tapi penyayang)
Cik tom: (terdiam)..erkk..tapiiii…
Abang die: takde tapi2..buat turun barang nati abang pi amik.. ayah setuju suruh amik jugak.


Terjadi la episod dimana dengan malunya cik tom buat turun balik semua2 beg dan barang2..hahaha..terus balik dan dalam perjalanan abang cik tom asyik membebel je pasal pengurusan situ. Maybe dah memang takde rezeki cik tom kat situ kot. Cik tom pasrah+gembira jugak. Tak suka tempat tue..hihi..

Dan keesokkan hari pukul 10 pagi, cik tom call pihak pengurusan yang urus interview tue cakap tarik diri. Yang tak boleh blah lepas tue cik tom telah di call sendiri oleh encik xxx dan disindir cakap kenapa dia tak dimaklumkan dan tak sempat belajar dah tarik diri. Serta beberapa gangguan lain. Geram cik tom off hp tue 1 hari semalam. Ada lagi sebenarnya masalah masa nak tarik diri tue tapi malas rasa nak cerita panjang lagi..noktah~

p/s1: sengal kan kisah cik tom ni??hihi…tunggu rombongan meminang je la jawabnye..ekekee(ketawa pengopi tegar)..
p/s2: ni entry autopulished..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Diriku Yang Sengal Part 2

  • September 21, 2010 at 3:34 pm
    Permalink

    banyaknye dugaan…maybe tu hint yg mmg bukan rezeki cik tom kat sn… jgn sedih2 ye..

    Reply
  • September 21, 2010 at 3:41 pm
    Permalink

    wah..sukanya ellen bila dah baca part 2…suspen jer ni, ellen rasa tindakan famili ciktom 2 sesuai sgt..tak per nanti ada rezeki yang lebih baik dr ni..anggap saja semua yang berlaku ni ada hikmah di sebaliknya…Good luck dear…

    Reply
  • September 21, 2010 at 3:42 pm
    Permalink

    betul2 dugaan ni..kira xjadi la cik tom berkursus ye..takpe lah nak wat camne dah xde rezeki..mungkin ada rezeki di tempat lain yg lebih elok dan lebih selamat…

    Reply
  • September 21, 2010 at 3:50 pm
    Permalink

    part gelak ekekee tu aku suka..
    like!!!

    Reply
  • September 21, 2010 at 4:12 pm
    Permalink

    @nana: entah la..mungkin..hehe..tengs dear..lap u..

    Reply
  • September 21, 2010 at 4:15 pm
    Permalink

    @ellen:wah ellen..terharu cik tom..tengs dear..ni cayang ellen lebih..hug2 ellen..

    Reply
  • September 21, 2010 at 4:18 pm
    Permalink

    @sweetsal:memang bidang yang cik tom pernah belajar ni mencabar dan lebih sesuai utk lelaki..huhu

    Reply
  • September 21, 2010 at 4:20 pm
    Permalink

    @padin: amik la ekekee ko banyak2…ekekee 100x~

    Reply
  • September 21, 2010 at 4:40 pm
    Permalink

    wah..
    xtau nk ckap ape.

    tp…ayah mmg caring giler.
    erm…walaupun garang.

    Reply
  • September 21, 2010 at 5:27 pm
    Permalink

    sempoi ah ayh n abg u,dear..xde rezeki lah kat situ nmenya..takpe2..rezeki nie kite xtau..ada kat mane2..neway,gud luck soon.. 🙂

    Reply
  • September 21, 2010 at 6:55 pm
    Permalink

    @seepot:betul2..ayah cik tom memang caring giler..sayang ayah..lala~

    Reply
  • September 21, 2010 at 6:56 pm
    Permalink

    @chegu:tengs dear..harap2 camtu la..amin…

    Reply
  • September 22, 2010 at 1:58 am
    Permalink

    Adoi..
    Masalah2..
    Panas baran ye abg awk..
    Bgs gak tindakan dia tu..
    Dah janji tapi x kotakan c encik xxx tu kan?

    Reply
  • September 22, 2010 at 2:32 am
    Permalink

    @tieah: mmg mslh kalo org panas baran..nak bangkang cakap pon takut beb…yup encik xxx tak cakap serupa bikin…huhu..

    Reply
  • September 22, 2010 at 3:31 am
    Permalink

    comel je ayah cik tom,,.

    Reply
  • September 22, 2010 at 3:46 am
    Permalink

    @kila:first time dgr org ckp ayah cik tom comel..hihi..kalo ckp kat ayah konpem kembang semangkuk la ni..miahaha~

    Reply
  • September 22, 2010 at 5:55 am
    Permalink

    Weehuu ~ Rupanya.. Seperti dijangka.. cewah.. kalo stay pun.. cakap sama juga.. ahakz.. Apapapun.. Sempoi.. kalau saya.. siap dorang tu.. pengurusan yang teruk.. nasib xjadi bos sna.. ahakz..

    Reply
  • September 22, 2010 at 10:45 am
    Permalink

    @aretikz: wah kalo awk jd bos kat sana konpem2 mantap nih..haha

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE