DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah

DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah | Assalamualaikum dan salam sejahtera… Entri kali ni cik tom  nak berkongsi cara DIY buat bunga tangan pengantin cara mudah dan menjimatkan duit. Tak perlu beli bunga tangan dah siap yang memang kebanyakannya harga agak mahal.

DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah

Ketiga2 acara majlis perkahwinan iaitu akad nikah, kenduri pihak perempuan dan kenduri pihak lelaki dibuat sendiri by hand hasil kerjasama kreatif cik tom, SIL; kak zie dan juga adik; eda rushdi.

Majlis Akad Nikah: Bunga tangan calla lily (putih)

10 kuntum bunga tangan calla lily warna putih yang cik tom beli secara online dengan harga RM50 termasuk pos. Dah cari merata kat kedai bunga tapi tak jumpa bunga calla lily jenis saiz kecik. Kedai bunga jual yang bunga lily saiz besar.

Untuk buat bunga tangan ni memerlukan bunga calla lily, reben, manik berserta gam.

DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah

contoh bunga tangan calla lily cik tom

Bahan & Anggaran Kos Bunga Tangan Calla Lily;

10 kuntum bunga calla lily (RM50)
Sedikit reben putih (satu roll reben RM2.90-ciktom guna untuk bunga tangan akad nikah dan kenduri)
8 biji manik (bahan sediaada)
Gam

Anggaran kasar kos buat bunga tangan ni dalam RM51. Kalau beli bunga tangan pengantin jenis calla lily ni kat luar dalam RM80 untuk 10 kuntum tak termasuk kos pos.

Idea untuk lilitan reben pada bunga tangan calla lily ni cik tom ambil dari tutorial gambar di bawah;

tutorial buat bunga tangan cala lily

Majlis kenduri perempuan: Bunga tangan foam

Untuk bunga tangan waktu kenduri @ ada orang panggil waktu bersanding (ciktom tak bersanding just bergambar kat pelamin je), cik tom terinspirasi dari facebook; Afrah Bridal Accessories. Kat facebook tu banyak jual bunga tangan jenis foam, calla lily dan juga crown.

Oleh sebab harga bunga tangan jenis foam yang dijual majoriti dalam range RM80-RM120. Cik tom rasa tak sanggup nak perabih duit semata beli bunga tangan. Ke kedekut? haha…

Cik tom nak save bajet tapi nak melaram jugak. So, penyelesaian kita buat sendiri. Bunga foam ni cik tom beli di Kaison. 2 jenis warna. Satu plastik tu ada 36 kuntum bunga harga RM19.90. 2 plastik jadi 62 kuntum. Baki bunga foam selebihnya cik tom gunakan untuk hiasan dulang hantaran dan juga meja guestbook.

bunga tangan foam

Bahan & Anggaran Kos Bunga Tangan Foam;

26 kuntum bunga (RM14.30)
Sedikit bunga putih kecik
Reben putih (guna reben sama akad nikah)
Pemegang bunga (RM4)
Gam

Anggaran kasar kos untuk bunga tangan foam ni ialah dalam RM21. Lagi murah buat sendiri kan? Hati pun rasa puas dan seronok. Cik tom gubah bahagian bunga je. Reben tu 100% eda yang buatkan. Tutorial reben dia belajar dari youtube. Time dia buat tu cik tom dah selamat tidur. hihi..

bunga tangan foam

kenduri pihak perempuan

Majlis kenduri lelaki: Bunga Tangan Kaison

Untuk majlis kenduri di rumah lelaki pulak cik tom beli jambangan bunga yang dah siap susun dalam 1 jambak berharga RM18.90. Cik tom just amik sikit tali guni kolor coklat lilit pada batang bunga dan then adik eda siapkan reben. Sama jugak cara buat reben dari tutorial youtube.

bunga tangan pengantin

Bahan & Anggaran Kos Bunga Tangan Kaison;

Sejambak bunga Kaison (RM18.90)
Reben peach (RM1)
Tali (sediaada)
Gam

Anggaran kasar kos penyediaan bunga tangan ini dalam RM20.  Cik tom pun bercadang nak jual kesemua bunga tangan dan baju pengantin L/P dalam masa terdekat. Ada yang berminat boleh email cik tom di ruang hubungi. hehe…

Gambar semua bukan dari cameraman bertauliah dan hanya menggunakan handphone. hihi… Harap jangan bosan ye sepanjang minggu ini cik tom akan update mengenai segala persiapan kahwin.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE