DIY Dulang Hantaran Barang Kahwin Simple

Assalamualaikum dan salam sejahtera… Cik tom nak kongsikan pengalaman cik tom DIY dulang hantaran barang kahwin simple dan murah je bajetnya. Cik tom memang lebih sukakan dekorasi yang simple sebab lebih nampak esklusif kononnya.

Tapi biasa la mulut2 orang yang melihat gubahan dulang hantaran kahwin ciktom tu ada la komen cakap simple sangat la. Sikit sangat bunganya la. Ada siap tanya siapa yang beli bunga untuk gubahan? Ke kena paksa dengan seller kedai sebab nampak bunga hantaran cik tom tu BURUK. Mulut takde insurans benor. hahaha..

Semua barang persiapan cik tom yang beli dan pilih 100% kan tu majlis kahwin cik tom. Ikut suka hati cik tom la nak buat macam mana kan. Bukan minta duit diorang pun buat semua tu. Pandai komen negatif aje. Takpelah buruk di mata orang lain asalkan nampak cantik di mata cik tom.

Entri berkaitan; Alhamdulillah Selesai Majlis Perkahwinan Cik tom

Idea Gubahan Dulang Hantaran Simple Dan Terkini

Cik tom ambil idea asal dari contoh dulang hantaran kahwin di facebook. Tapi alter ikut kesesuaian stok bunga yang cik tom beli. Dulang hantaran cik tom ialah 9 dulang semuanya berbalas 7 dulang dari pihak lelaki. (jumlah bilangan dulang hantaran mestilah dalam angka ganjil seperti 5, 7, 9, 11…. dan jumlah hantaran dari pihak perempuan lagi banyak dari lelaki)

Idea dulang hantaran dari facebook
Idea dulang hantaran dari facebook

Senarai Barang Hantaran Untuk Pengantin Lelaki

  1. Goldbar Public Gold 1 gram
  2. Buku Indahnya Hidup Bersyariat – Ustaz Ismail Kamus
  3. Baju Melayu+butang berserta sampin
  4. Set belt dan wallet
  5. Jam tangan
  6. Perfume Dexandra
  7. Coklat Ferrero Rocher
  8. Sejadah
  9. Sireh

Tips Untuk Jimat Belanja Gubahan Dulang Hantaran Kahwin

Salah satu cara cik tom jimat, cik tom guna bekas dulang hantaran plastik silver yang sediaada ayah beli waktu kenduri sebelum ni. Kain alas dulang pun pinjam yang mak cik kaler gold. Jadi jimat kat situ tak keluarkan kos untuk beli/ sewa dulang dan kain alas dulang.

Daun sireh pun ambil kat pokok sireh jiran sebelah rumah je dan bakul rotan recylce je guna bakul majlis perkahwinan abang sebelum ni. hehe..

Tips mudah nak jimat gubahan hantaran ni korang cuba pinjam dengan jiran/saudara mara atau guna bahan sediaada untuk jimatkan kos. Kalau semua sewa/ beli baru, naya jugak banyak nak guna duit. Kalau dah terlebih mampu boleh belanja suka hati.

gubahan hantaran tunang kahwin simple dan murah

Kos Gubahan Dulang Hantaran Barang Kahwin Simple

Jenis Barang Harga per unit x kuantiti Jumlah
Gabus bentuk petak RM3.50 x 9pcs RM31.50
Pembalut gabus RM2.50 x 9pcs RM22.50
Glue Stick RM0.40 x 5pcs RM2.00
Ribbon Peach 5pcs RM13.50
Bunga sejambak RM14.90 x 3pcs RM44.90
Bunga foam RM0.55 x 35pcs RM19.25
Gabus untuk sireh RM1.50 x 1 pc RM1.50
Basikal lace RM9.90 x 1pc RM9.90
JUMLAH KESELURUHAN RM123.15

Jadi anggaran harga untuk hiasan satu barang pada dulang hantaran ialah;

RM123.15 / 9 dulang = RM13.69

Kalau diikutkan riben peach dan glue stick tue jugak cik tom guna untuk hiasan pada bahagian lain seperti doorgift, guestbook dan lain-lain. Tapi takpe untuk senang kira sekali je dalam modal hiasan dulang hantaran.

DIY Dulang Hantaran Barang Kahwin Simple

Bahan hiasan seperti bunga dan basikal lace cik tom beli di Kaison. Manakala gabus, pembalut gabus dan riben cik tom beli di Megalace. Gabus untuk sireh pulak beli di Era Nona. Banyak betul tempat cik tom shopping barang kahwin sebab beli sikit2 bukannya sekaligus.

Harga Sewa Dulang Hantaran Kahwin/ Tunang

Cik tom ada survey jugak harga sewa bagi dulang hantaran kahwin/ tunang dan harga paling rendah cik tom jumpa ialah RM20 per dulang. Itu pun jenis yang simple macam dalam contoh facebook pada gambar pertama. Kebanyakannya bridal buat offer RM300 untuk upah/ sewa bagi 9 dulang hantaran. Ini harga waktu cik tom survey in between Jun-Ogos 2016. Harga mungkin berubah dari masa ke semasa.

Mana lagi bagus buat sendiri atau sewa dulang hantaran?

Semuanya terletak pada bajet korang. Kedua-duanya ada pro dan cons tersendiri. Jika rasa tak yakin nak buat sendiri dan ada bajet lebih boleh sewa atau upah je butik bridal buatkan. Kelebihannya jimat masa, cantik dan gubahan lebih nampak profesional.

Tepuk dada tanya hati.

hiasan dulang hantaran terkini dan simple

Oleh sebab cik tom dan suami sama-sama minat bab emas ni. Kitorang setuju untuk berbalas hantaran emas 999 berat 1 gram dengan kad Happy Birthday sempena birthday suami cik tom pada 11 September. Manakala suami hadiahkan emas kad Wedding Day. Gambar kad Wedding Day nanti next cik tom cerita dengan mas kahwin cik tom. Jumlah wang hantaran biarlah rahsia.

barang hantaran emas public gold

Entri berkaitan; DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah

Cik tom nak ucapkan banyak terima kasih pada SIL, kak zie dan adik cdah yang banyak tolong buat gubahan hantaran bersama-sama. Adik beradik dan ipar duai memang banyak tolong menolong dalam mempersiapkan majlis cik tom pada bulan lepas. Tanpa pertolongan diorang rasanya pasti majlis tidak dapat berjalan dengan lancar.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

29 thoughts on “DIY Dulang Hantaran Barang Kahwin Simple

    • October 27, 2016 at 10:15 am
      Permalink

      rupanya memang ramai lagi yang suka design simple.
      makin lama makin tinggi value emas..yg brg lain makin lama makin reput dan takde value..kecuali value kenangan..hihi

      Reply
    • October 27, 2016 at 10:05 am
      Permalink

      aah lagi jimat..walaupun stress jgk sikit2 time nak buat tu..tapi seronok jugak bila tgok hasil tangan sendiri..hihi..

      Reply
    • October 27, 2016 at 10:02 am
      Permalink

      terpaksa merajinkan diri sebab dulang hantaran utk kahwin diri sendiri jgk..hihi
      menarik jgk tu..tapi wife anuar kreatif!semua hasil tangan cantik2..

      Reply
  • October 25, 2016 at 6:44 pm
    Permalink

    Betul sangat tu CT….yg penting kita tengok cantik hikhik…..ikut bajet kita lagi . Org nak cakap apa, cakaplah…

    Kira kreatif jugaklah CT ni…. hakak dulu semua kakak ipar yg buatkan, hakak sediakan diri jer hihi…

    Reply
    • October 27, 2016 at 9:54 am
      Permalink

      betul asal kita nampak cantik sebab kita yang nak kahwin dan keluarkan bajet..hehe..
      eh ini kakak ipar pun banyak tolong dengan adik sekali…alah google je contoh gambar hantaran..pastu try2 tiru buat..haha

      Reply
  • October 25, 2016 at 6:50 pm
    Permalink

    Pandai membuat hiasan kat hantaran niee. Mungkin blh bekerjsama..

    Reply
    • October 27, 2016 at 9:49 am
      Permalink

      boleh je kalau win2 situation..hihi..
      tak nak try pengiklan di blog ciktom ke?antara hot keyword jugak pasal persiapan kahwin ni..hehe

      Reply
    • October 27, 2016 at 9:32 am
      Permalink

      ciktom tu dah macam nickname..bukan title cik or puan..hehe..kena beli domain puantom.com pulak..hehe

      Reply
    • October 27, 2016 at 8:50 am
      Permalink

      bila terdesak atau nak terbaik untuk majlis sendiri ni..dari tak pandai pun buat2 pandai..hasil carian contoh hiasan dulang hantaran dari internet memang banyak membantu..

      Reply
    • October 27, 2016 at 8:43 am
      Permalink

      yup bagi taste yang sukan style simple lagi nampak menarik..tapi mak cik2 biasa suka yang banyak bunga merimbun dalam hantaran..ciktom ni pun kak ipar dan adik yang byk tolong buatkan..terima kasih naimah.

      Reply
  • October 28, 2016 at 4:16 pm
    Permalink

    Skrg dah simple2. Cuma satu je. Family yg still tua2 x suka gini, still nak tuala jadi angsa

    Reply
    • October 28, 2016 at 10:51 pm
      Permalink

      yup memang betul..kalau generasi lama tak suka yang simple..senyum jelah dengar omelan diorang..hihi

      Reply
    • November 13, 2016 at 12:36 am
      Permalink

      amboi akhirnya ayat hang guna..haha…
      terima kasih atas doa hang suh gua cepat2 kawin selama ni..hihi

      Reply
    • November 16, 2016 at 9:56 am
      Permalink

      buat sendiri jimat dan puas hati ikut taste kita sendiri..

      Reply
  • November 2, 2016 at 12:19 am
    Permalink

    Cantiknyaa. Nak tanya bunga sejambak atas dulang tu memang dah cantum camtu ataupun puam gam kan?

    Reply
    • November 16, 2016 at 9:55 am
      Permalink

      bunga sejambak atas dulang tu memang ada dah jenis sejambak macam tue..ciktom beli di kaison..then nak bagi kembang lagi..ciktom cantum dengan 5 kuntum bunga jenis foam…

      Reply
  • November 2, 2016 at 8:52 am
    Permalink

    memang banyak nak guna duit bila nak kahwin ni…mana yang boleh berjimat,kita jimatkan kan…bolehlah duit tu dipakai untuk lain² perkara

    Reply
    • November 13, 2016 at 12:52 am
      Permalink

      bukan banyak guna duit time kahwin je..lepas kahwin pun byk..so kena backup terus duit untuk kelangsungan hidup lepas kawin jugak..

      Reply
  • March 27, 2017 at 11:06 am
    Permalink

    wowww simple tapi cantikkk. suke2. boleh buat rujukan untuk wedding bff. mase bff bertunang awal tahun hari tu kelam kabut gubah hantaran malam sebelom majlis sebab takde idea. nasib baik semua brg dah ade heee. boleh lah gune idea Cik Tom untuk wedding die nanti.

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE