DIY Hiasan Bilik Tidur Pengantin Baru Simple

Assalamualaikum dan salam ceria.. Kebanyakan persiapan majlis perkahwinan cik tom ialah buat sendiri termasuk makanan bagi doorgift, bunga tangan, dulang hantaran, meja beradat. Termasuklah juga DIY hiasan bilik tidur pengantin baru simple. Pelamin dan set khemah bersama kerusi serta meja je yang cik tom sewa.

DIY Hiasan Bilik Tidur Pengantin Baru Simple

Hasil dekorasi bilik pengantin ni hanya buat suka hati je. Takde spesifik hasil idea dari google search di internet tapi selalu dah pergi kenduri kahwin orang lain kan. Ceduk la juga idea dari sana serba sedikit. Selain, berdasarkan konsep guna bahan sediaada, dipinjam dan juga guna bunga lebih yang sudah dibeli.

Entri berkaitan; Alhamdulillah Selesai Majlis Perkahwinan Cik tom

Cadar Pengantin Baru Trend Terkini

Untuk bahan asas bilik pengantin sudah semestinya cadar pengantin kan? Masa nak beli cadar pengantin tu cik tom confuse samaada nak beli cadar jenis satin beropol ke?atau cadar patchwork?atau cadar cotton biasa je?

Kalau diikutkan trend terkini bagi cadar pengantin ialah jenis patchwork. Tapi ciktom rasa kurang gemar pulak nampak serabut dengan corak patchwork. Macam kurang sesuai dengan dekorasi untuk bilik pengantin cik tom. So, cancel dari list cadar pengantin.

contoh cadar patchwork sesuai untuk cadar pengantin
Cadar patchwork pengantin

Next, cadar pengantin kain satin jenis beropol. Kain satin ni kebanyakan jenis panas. Lepas tu harga agak mahal dalam RM200-RM600. Kebiasaan pakai sekali je waktu kahwin. Kemudian simpan dalam almari. Contoh paling dekat ialah adik cik tom. Bila tanya kenapa dah tak pakai cadar satin beropol tu katanya tak best dan tak sesuai pakai hari biasa.

cadar pengantin satin
Cadar pengantin satin beropol

Jadi cik tom ambil keputusan hanya beli cadar cotton kosong biasa bersama comforter secara online. Cadar macam ni kainnya pun sejuk. Malahan sesuai pakai bila2 masa je. Tak mudah berkedut dan tak perlu penjagaan teliti macam kain satin. hoho..

Korang agak2 berapa harga set cadar cotton ni?? Harga yang cik tom dapat ialah RM105* termasuk postage ke Terengganu. Murah kan? hihi…
(*Harga mungkin berubah mengikut peredaran masa)

Satu set cadar plain cotton mengandungi;

  • 2 sarung bantal
  • 2 sarung bantal peluk
  • 1 cadar cotton saiz queen
  • 1 comforter tebal

Boleh dapatkan pelbagai jenis cadar yang menarik di Facebook; Salmyrahayu Ridzwan atau Whatsapp; 017-4394602.

Entri berkaitan; DIY Bunga Tangan Pengantin Mudah dan Murah

Okay setel cadar pengantin. Seterusnya untuk kain backdrop. Asalnya cik tom dah beli kain meter kolor putih saiz 2m x 2 helai untuk backdrop bilik tapi kecil pulak bila pasang. Akhirnya tukar untuk kegunaan skirting meja beradat.

Alhamdulillah dikelilingi oleh orang yang baik2 dan murah hati. Kakak ipar kepada adik Yaty pinjamkan untuk majlis ciktom sebanyak 9 keping kain backdrop jersi warna cream. Kain ni digunakan untuk backdrop pelamin, bilik pengantin dan juga meja beradat.

Malahan diorang turut tawarkan 2 set baju pengantin lelaki dan perempuan beserta aksesori kepada cik tom. Semuanya secara PERCUMA! Sayangnya cik tom cuba tak sesuai dengan cik tom yang pendek! haha..

Terharu sangat. Terima kasih banyak Uda dan Kak june. 🙂

Entri berkaitan; DIY Dulang Hantaran Barang Kahwin Simple

Dekorasi bilik pengantin simple dan murah

Untuk 2 bunga dalam pasu tu cik tom beli RM14.90 setiap satu dari Kaison. Asalnya beli untuk kegunaan meja beradat tapi ubah kepada bilik pulak. Rasa lagi sesuai letak bunga tu di sisi kepala katil.

Untuk bunga dinding pulak SIL, Kak Zie buatkan dari bakul dan gam bunga dari koleksi yang sediada & recyle bunga purple risik dari pihak lelaki sebelum ni. huhu..

Manik berurai, bunga purple dan rama-rama gantung tu semua koleksi sediaada.

Bantal I♥U jugak dari koleksi sediaada.

Berapa Kos DIY Hiasan Bilik Tidur Pengantin Baru Simple

Kos DIY Hiasan Bilik Tidur di bawah hanyalah jenis ringkas dan cik tom buat sebenarnya untuk cukup syarat sahaja. Sebab biasa golongan mak cik2 ni suka benar nak masuk bilik pengantin. Pengantin pun takde bergambar kat bilik pengantin. hehe..

Jenis Barang Harga per unit x kuantiti Jumlah
Set cadar plain RM105 RM105
Bunga purple dalam pasu RM14.90 x 2pcs RM29.80
Bunga dinding DIY bahan sediada        —
Manik berurai, rama2 & bunga kecik Bahan sediada        —
Bantal I♥U Bahan sediada        —
Kain backdrop jersi cream Pinjam        —
JUMLAH KESELURUHAN RM134.80

Kos yang cik tom keluarkan untuk hias bilik pengantin ni termasuk set cadar ialah RM134.80. Nampak kedekut kan? Tapi konsep majlis perkahwinan cik tom buat sehabis jimat boleh dan tetap terasa kemeriahan nak kahwin. haha..

Yang buat hiasan bilik pengantin cik tom ialah SIL, Kak Zie dan juga adik cdah. Memang orang kuat di sebalik tabir persiapan majlis perkahwinan cik tom.

Manakala set perabot bilik pengantin pulak ayah cik tom yang beria nak sponsor belikan baru walaupun cik tom cakap tak payah guna perabot sediaada. Kira dah macam tradisi jugak la setiap kali anak2 kahwin ayah akan belikan set perabot baru.

cara hias bilik pengantin
My new SIL, Kak Lina yang maniss 🙂

Lagipun dekorasi bilik pengantin ni semua hanyalah adat. Termasuk semua menda lain seperti pelamin, baju pengantin, makan beradat, bla..bla… Yang wajib hanyalah akad nikah.

Tapi entahla kalau tak buat langsung bising pulak mulut orang luar. Memang tak hidup dengan mulut orang. Cik tom memang suka fikir banyak perkara. Nak jaga air muka family jugak kan. Hidup bukan seorang dalam dunia ni. Buat asal syarat sudah, kalau bising lagi lantak la. haha..

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “DIY Hiasan Bilik Tidur Pengantin Baru Simple

  • October 29, 2016 at 2:01 am
    Permalink

    Buat patut padan sudah,yang mampu dengan bajet kita.bukan diaorang nak tolong pun kalau kita tak ada duit nanti lepas kahwin

    Reply
    • November 16, 2016 at 3:57 pm
      Permalink

      iye memang betul tue…dah 2 bulan kahwin ni..ciktom rasa bersyukur bt kawin simple je..ada kawan yang kawin bt grand menyesal..lepas kawin duit kering..tue xtermasuk pinjam duit..sib baik dia pinjam duit dengan adik beradik sendiri je..bukan loan dgn bank or along..

      Reply
      • November 16, 2016 at 9:58 am
        Permalink

        ciktom fikir long term..lepas kawin panjang lagi hidupnya..takkan nak habiskan saving selama ni hanya untuk majlis kahwin sehari je..tapi ini pendapat cik tom la..bagi yang suka belanja besar..apa salahnya kalau sanggup..hehe

        Reply
    • November 13, 2016 at 12:32 am
      Permalink

      takde pulak..idea menarik jugak tu..hihi

      Reply
    • November 16, 2016 at 9:59 am
      Permalink

      alhamdulillah tak berhutang kahwin ni..elakkan diri dari belenggu berhutang..hati pun tak tenteram..

      Reply
  • November 2, 2016 at 2:56 pm
    Permalink

    Pening jugak nak kawenkan anak dan nak kawen ye CC….banyak duit nak kena keluar ….
    Tapi kadang tu kalau simple sangat mcm tak best jugaklah CC….. tak nampak mcm pengantin huhu….
    Tapi yelah apa pun ikut bajet diri sendiri….nak buat apa menyusahkan diri
    Jom baca entri terkini okje …Rabu yang senduMy Profile

    Reply
    • November 13, 2016 at 12:34 am
      Permalink

      memang pening proses nak kahwin ikut adat melayu ni..ikut agama islam mudah je…memang simple tak nampak pulak kahwin tapi itu la semua bergantung pada bajet dan kena fikir..hidup selepas kahwin lagi banyak pakai duit..kahwin sehari je..takkan nak tanggung hutang atau bebanan kewangan lepas kawin. kalau mampu boleh la meriah..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE