Dr Halina Isteri Dr Sheikh Muszaphar Guna Kaedah Bersalin Dalam Air

Dr Harlina isteri Dr Sheikh Muszaphar guna kaedah bersalin dalam air untuk melahirkan anak sulungan pasangan angkasawan negara. Sebelum ini cik tom pernah dengar dan lihat video kaedah bersalin dalam air dari video youtube. Kaedah lahirkan anak dalam air ini dipercayai dapat mengurangkan rasa sakit ketika bersalin. Tapi untuk gunakan kaedah lahirkan anak dalam air memerlukan pemantauan dari doktor yang terlatih kerana tersilap percaturan mungkin boleh menyebabkan anak yang dilahirkan mati lemas.

sheikh muzaffar dan dr harlina lahirkan anak guna kaedah bersalin dalam air

Angkasawan Negara, Datuk Dr. Sheikh Muszaphar Shukor kini bergelar bapa apabila isterinya selamat melahirkan bayi sulung mereka menerusi kaedah bersalin di dalam air. Dr. Halina Mohd. Yunos yang berkahwin dengan Sheikh Muszaphar pada 10 Oktober 2010 selamat melahirkan seorang bayi perempuan pada 21 Julai lalu.

Bayi seberat 3.6 kilogram itu dinamakan Sophea Isabella. Halina mengambil masa 18 jam untuk melahirkan bayi itu di Hospital Pantai Bangsar di sini. Halina kini adalah doktor bius di Hospital Selayang di sini. Ketika dihubungi, Sheikh Muszaphar berkata, dia sangat teruja dengan kehadiran bayi tersebut yang dianggap sebagai anugerah Ilahi paling istimewa. “Isteri saya dimasukkan ke hospital pada pukul 2 pagi Jumaat dan berjaya melahirkan anak pada pukul 9.08 malam.

“Dia memilih kaedah bersalin dalam air kerana kurang sakit selain lebih semula jadi,” katanya. Sheikh Muszaphar merupakan rakyat Malaysia pertama berlepas ke Stesen Angkasa Lepas Antarabangsa (ISS) pada 10 Oktober 2007 dan berada di stesen itu selama 10 hari bagi menjalankan pelbagai penyelidikan. Dia kemudian menjadikan tarikh keramat berlepas ke angkasa pada 10 Oktober itu untuk melangsungkan perkahwinan dengan Halina pada tahun lalu.

Sheikh Muszaphar yang kini bertugas sebagai Felo Penyelidik Utama Institut Sains Angkasa berkata, dia sudah bersedia untuk memikul tanggungjawab sebagai bapa. “Kami banyak membaca tentang cara mendidik anak-anak malah mendapat nasihat daripada kedua-dua orang tua kami supaya anak kami kelak berjaya kepada agama, negara dan bangsanya,” ujar beliau.

Dr. Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Bakal Dapat Anak Sulung Julai Ini 2011
Tahniah Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Halina Dapat Anak Perempuan Sulung
Gambar dan Nama Anak Dr Sheikh Muszaphar dan Dr Harlina

Sumber: kosmo.com.my

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Dr Halina Isteri Dr Sheikh Muszaphar Guna Kaedah Bersalin Dalam Air

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE