Embah Jid Pertaruhkan Lagu Irama Malaysia “Joget Kuasa Cinta”

Embah Jid Pertaruhkan Lagu Irama Malaysia “Joget Kuasa Cinta” | Assalamualaikum dan salam sayang… Sedikit kekecewaan bila ciktom lihat anak muda generasi baru kini lebih mengagungkan muzik negara luar seperti rap, jazz dan kpop. Sehinggakan zaman kegemilangan irama melayu 90-an makin tenggelam dan suram. Teringat lagi ciktom antara artis gah memartabatkan irama lagu ialah Noraniza Idris dan juga Dato’ Sri Siti Nurhaliza hasil sentuhan lirik lagu Pak Ngah seprti lagu Cindai, Dikir Puteru dan banyak lagi. Ciktom suka sebab lagu irama melayu inilah yang banyak memartabatkan bahasa melayu. Sayang sangat bila lagu irama melayu ni makin kurang dipertengahkan di radio atau kaca televisyen.

LAGU IRAMA MALAYSIA / ETNIK KREATIF SEMAKIN KETANDUSAN

Senario ini agak membimbangkan kerana tidak seharusnya irama Malaysia lenyap begitu sahaja tanpa penyambung legasi.

Adakah kurangnya komposer yang berminat untuk mencipta lagu, tiada sambutan pada musim kini atau tidak relevan untuk diteruskan??? Atau mungkin irama malaysia ini patut disuntik nafas baru untuk kekal relevan di mata anak muda?

Yang menggembirakan hati baru-baru ni ciktom dapat tahu dari kawan ciktom, ena yang terkini mewarnai dunia seni dengan lagu Irama Malaysia ialah EMBAH JID. Eh siapa pulak Embah Jid ni kan? Ciktom tertarik untuk tahu lebih lanjut mengenai beliau dan jom sama-sama baca kisah perjuangan beliau.

SIAPA EMBAH JID DAN KENAPA BELIAU MUNCUL DALAM SENI MUZIK???

Encik Majid bin Rawino merupakan anak jati Muar yang berusia 50 tahun. Menetap di Kampung Baharu Melayu Batu 28, Lenga Muar Johor. Sudah berkahwin dan mempunyai 3 orang anak. Meminati seni tarian sejak berusia 13 tahun sehingga sekarang. Panggilan mesra “TOK JID” oleh orang kampung dan dalam seni muzik beliau digelar “EMBAH JID”.

Embah Jid Pertaruhkan Lagu Irama Malaysia "Joget Kuasa Cinta"

KENAPA PANGGILAN EMBAH JID???

**Bagi orang berketurunan jawa merujuk kepada nenek/datuk.
Nenek = Embah wedok
Datuk = Embah lanang

**Ada juga sumber mengatakan embah = Emak + Abah
Maka Tok Jid yang memang berketurunan jawa mahu nama komersialnya dikenali sebagai EMBAH JID iaitu “EMBAH” (TOK) “JID” (ORANG BARU) yang memberi makna kepada diri beliau melalui pepatah melayu “Tiada yang lama, maka tiadalah yang baru” .

Embah Jid bersama keluarga yang sentiasa menyokong beliau
Embah Jid bersama keluarga yang sentiasa menyokong beliau

PROFIL EMBAH JID :-

– YDP Sek. Keb. Batu 28, Lenga –
– Pengerusi Muwahfakat Zon Lenga –
– Penerus Zapin Lenga dan Ceracap Inai –
– Ketua Kampung Baharu Batu 28, Lenga –
– Pensyarah Jemputan Fakulti Tari ASWARA, KL –
– Pengerusi Masjid Kampung Baharu Batu 28, Lenga –
– Tokoh Seni Budaya oleh Jabatan Kebudayaan Negara 2014 –

EMBAH JID MAHU MEMBERI NAFAS BARU DI DALAM IRAMA MALAYSIA PADA ERA 2020

Apabila ciktom melihat profil beliau, ciktom merasa bangga dengan segala pencapaian dan kagum dengan semangat beliau yang masih aktif di dalam meneruskan legasi seni tarian seperti zapin dan joget. Maka disebabkan minat yang terlalu mendalam dan ingin menarik lebih ramai lagi belia muda untuk bersama-sama menaikkan semula seni melayu, Embah Jid bakal mengeluarkan single pertama lagu “Joget Kuasa Cinta“.

LAGU “JOGET KUASA CINTA” TARUHAN EMBAH JID DALAM IRAMA MALAYSIA

Lagu ciptaan BROJAM ini merujuk kepada “bercinta dalam tarian” dimana satu pasangan yang mula jatuh cinta semasa menari. Umpama cinta di hati dan cinta pada tarian itu berjalan seiring. Beliau pertaruhkan lagu berunsurkan JOGET kerana orang seni pasti akan peka pada gerakan dan kesopanan yang perlu ada.

Embah Jid Pertaruhkan Lagu Irama Malaysia "Joget Kuasa Cinta" tarian
Tarian Zapin

Menurut Embah Jid lagi, tarian mempunyai tatasusila dan kesopanan tertentu. Contohnya, Zapin Lenga mempunyai unsur islamik. Tertib kiraan bermula dengan 2 (1 tidak disebut merujuk kepada Tuhan yang Satu), 3,4 dan 6,7,8. (5 tidak disebut merujuk kepada Rukun Islam) dan Zapin Lenga berbeza daripada zapin lain. kerana pergerakan pusing melawan arah pusingan jam seperi tawaf mengelilingi Kaabah.

Seronok bila kita dapat menimba ilmu dari orang yang berpengalaman. Semoga lagu joget ini bakal memberikan sinar baru kepada Embah Jid dan juga kepada semua orang supaya menghargai bakat seni dan seni tarian irama Malaysia.

Kepada anda semua yang berminat untuk tahu lebih lanjut mengenai Embah Jid boleh ikuti beliau di laman sosial berikut. Jom sokong lagu irama Malaysia kita.

PROFIL EMBAH JIDĀ 

Facebook: https://www.facebook.com/dijame.emajid

Instagram: https://www.instagram.com/dijameemajid/

Jangan lupa untuk dengarkan Embah Jid Pertaruhkan Lagu Irama Malaysia “Joget Kuasa Cinta“!

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

5 thoughts on “Embah Jid Pertaruhkan Lagu Irama Malaysia “Joget Kuasa Cinta”

  • September 3, 2019 at 12:59 pm
    Permalink

    Bagus usaha Embah Jid ni, mudah-mudahan ramai artis anak muda yang nak menyanyikan dan anak-anak muda generasi baru akan mengikutinya….

    Reply
  • October 4, 2019 at 7:33 pm
    Permalink

    betul.. tak dinafikan yang generasi kita sekarang ni dah mula tak kenal mcm mana lagu irama malaysia dan etnik kreatif.. sbb lagu2 genre mcm ni semakin ketandusan… tahniah kepada embah jid sbb ambil inisiatif sebegini untuk ketengahkan balik irama malaysia untuk generasi masa kini…

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE