Entry dan Komen Mencarut, Maki Hamun, Kata Kesat

Salam… Isu kali ini cik tom nak ceritakan mengenai ragam blogger yang suka mencarut, memaki-hamun, mengeluarkan kata-kata kesat di dalam entry blog sendiri mahupun di dalam komen blog orang lain. Best sangat ke mencarut ni? Apa hukum mencarut? Buat tambah dosa je mencarut ni bukan dapat faedah lain pun. Baru-baru ini, entry blog cik tom ada terima 3 komen berunsurkan maki hamun dan mencarut dari seorang blogger perempuan. Masih muda dan bersekolah lagi pulak tue.

Tak tahulah apa motif budak tue komen entry blog cik tom macam tue sekali sedangkan cik tom tak kenal pula siapa gerangan diri dia sebenar. Siap bagi link blog dia. Memang berani budak ni tapi cik tom tak nak la bagi trafik free kat budak ni. Lagipun memang blog budak perempuan ni teruk. Semua entry blognya penuh dengan emo, memaki-hamun, menyumpah dan kata-kata kesat kat kawan sekolah dia.

komen maki hamun

Mencarut merujuk kepada perbuatan maki-memaki ataupun pengeluaran kata-kata kesat. Mencarut adalah kelakuan yang tidak membawa sebarang faedah. Perbuatan ini bukan sahaja membazir masa, malah mampu menjejaskan mentaliti pengamalnya. Selain itu perbuatan mencarut akan mengurangkan rasa hormat orang ramai terhadap diri seseorang. Seseorang itu dianggap kurang beradab, dan mempunyai mentaliti yang kurang matang.

**************************

Sabda Rasulullah saw bermaksud: “Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, maka hendaklah dia berkata yang baik atau dia diam.” – (Hadis riwayat Bukhari dan Muslim).

Sebab itu apabila ingin bercakap elok berhati-hati agar tidak terlajak kata sehingga sukar untuk ditarik balik. “Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata badan binasa“.

Untuk mengelak diri terperangkap dengan fitnah mulut, dalam banyak keadaan adalah lebih baik berdiam diri. Bahkan jangan sekali-kali bersama-sama orang yang sering mengucapkan perkataan buruk kerana ditakuti ia akan berjangkit. Ingatan itu dinyatakan dalam firman Allah bermaksud: “Dan kami dulu (di dunia) selalu mengambil bahagian memperkatakan perkara yang salah, bersama-sama orang yang memperkatakannya.” – (Surah al-Muddasir, ayat 45)

Imam Ghazali ketika membicarakan mengenai dosa lidah boleh membinasakan seseorang dalam kitabnya Ehya’ ulum al- Din menyebut:

“Antara dosa lidah ialah: Menuturkan kata-kata yang keji (al-fuhsy), memaki (al-sab), dan menggunakan bahasa yang lucah (bazaah al-lisan). Perkara-perkara di atas adalah tercela, dilarang dan sumbernya adalah daripada sifat keji dan tercela.”

Imam Ghazali seterusnya membawa beberapa Hadis yang melarang umat Islam melakukan perbuatan-perbuatan yang keji itu. Antaranya Hadis-Hadis berikut yang bermaksud: “Hendaklah kamu menjauhkan diri daripada menutur kata-kata yang keji, kerana Allah tidak suka kata-kata yang keji dan perbuatan menyebarkan kekejian” (al-Hakim dan Ibnu Hibban); “Kata-kata yang lucah dan perbuatan mendedahkan perkara yang tidak harus didedahkan itu adalah dua cabang daripada sifat-sifat munafik” (al-Tirmizi).

Setelah menyebut Hadis-Hadis diatas, Imam Ghazali mengulas : “Itulah hadis-hadis yang mencela percakapan yang keji (alfuhsy). Adapun takrif dan hakikatnya ialah: mengungkapkan perkara yang kotor dengan ungkapan yang terang. Kebanyakkannya berlaku pada perkataan yang menyatakan hubungan kelamin dan perkara yang berkaitan dengannya (seperti alat-alat kelamin). Kerana menjadi kebiasaan bagi orang-orang yang rosak akhlaknya menggunakan ungkapan yang nyata dan keji pada perkara-perkara tersebut.

Tetapi orang-orang yang soleh mengelak daripada menyebut perkara-perkara tersebut secara terang, sebaliknya mereka menyatakannya dalam bentuk kiasan dengan menyebut perkataan yang hampir dan berkaitan dengannya. Terdapat perkataan lucah yang dianggap keji menyebutnya, yang mana kebanyakkannya digunakan untuk memaki dan menghina.” (Rujukan; al- Gha’zali, al- Ehya, jld. 3).

**************************

Sesungguhnya tutur kata baik diumpamakan mutiara kata yang disukai oleh orang ramai. Kata-kata yang baik meletakkan penutur sebagai orang disenangi dan dicontohi kata-kata itu untuk kebaikan.

Manakala perkataan tidak baik dikeluarkan dari mulut tidak ubah nilainya seperti najis. Tentunya orang waras tidak akan menyukai najis. Najis dikaitkan dengan segala tidak baik dan hina. Jadi, begitulah pandangan yang sesuai kepada mereka yang menuturkan sesuatu perkataan tidak baik.

Kita sendiri yang membuat pilihan sama ada nak mengeluarkan kata-kata bak mutiara atau sebusuk najis. So, kita boleh fikir sendiri nak jadi orang baik ke atau sebaliknya. Rasanya semua orang dikurniakan otak dan akal yang waras. Gunalah sebaiknya dan jadilah manusia serta blogger yang berhemah. Budi bahasa budaya kita.

Sumber rujukan: Halaqah.net [Suami suka mencarut dan menghina]

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

38 thoughts on “Entry dan Komen Mencarut, Maki Hamun, Kata Kesat

    • September 17, 2011 at 6:31 pm
      Permalink

      cik tom rasa camtu gak akak..sebab dia komen tue kat entry resepi..cam pelik je..hehee

      Reply
    • September 17, 2011 at 6:30 pm
      Permalink

      ye betul tue…pandai betul naimul berkata2..

      Reply
    • September 17, 2011 at 6:22 pm
      Permalink

      hehe..sebab bersabar la cik tom buat entry yang penuh ilmiah ni..kalau dah xsabar lain jadinya..heee

      Reply
  • September 16, 2011 at 7:09 am
    Permalink

    orang nak tambah pahala, bukan buat dosa kering/basah..

    *banyak resipi best ni! 🙂

    Reply
    • September 17, 2011 at 6:32 pm
      Permalink

      harap budak tue di beri kesedaran..amin..

      Reply
    • September 17, 2011 at 6:38 pm
      Permalink

      tue la..cik tom pun harapkan dia dpt kesedaran..insyaAllah..

      Reply
  • September 16, 2011 at 10:00 am
    Permalink

    jangan dilayan orang suka maki2 ni.biadap orang2 macam tuh.
    Jom baca entri terkini maya_mustwany …KASUTMy Profile

    Reply
    • September 17, 2011 at 2:33 pm
      Permalink

      tak layan pun…comment tue pun dah selamat masuk trash..saja buat entry untuk tegur menegur sesama blogger dan juga peringatan untuk diri sendiri akan datang…

      Reply
  • September 16, 2011 at 11:39 am
    Permalink

    xsuka baca blog yg suka mencarut2 ni. buang masa je. huhu

    Reply
    • September 17, 2011 at 2:24 pm
      Permalink

      yup betul..memang buang masa baca blog mencarut..lagipun kl terbiasa baca kan jadi terpengaruh pulak..so sebaiknya cuba elakkan..

      Reply
  • September 16, 2011 at 11:49 am
    Permalink

    maki hamun tu contohnya marahkan seseorang itu celaka, sial atau yang sewaktu dengannya.
    mencarut ni lagi tinggi sikit level dia sebab carut tu ada sebut kemaluan lelaki atau perempuan..

    apa jadi kat budak kecik yang tengok internet tiba2 terbaca perkataan maki hamun atau carut? mahu jahanam pemikiran kanak2 semalaysia.
    Jom baca entri terkini ROJAK …Malaysian Boy or American Boy?My Profile

    Reply
    • September 17, 2011 at 2:20 pm
      Permalink

      owh thanks untuk definisi tue..hee…tue la budak2 zaman skang ni mudah terpengaruh tue kecik2 dah pandai maki hamun dan mencarut…

      Reply
  • September 16, 2011 at 12:38 pm
    Permalink

    hii salam kenal iya dari vira .. 🙂
    jangan lupa mapir keweb vira iya di http://www.rumahkiat.com/ vira mau berbagi pengalaman nih.:)
    wah bagus juga iya blog ka2 … ^_^ good luck iya…..

    Reply
    • September 17, 2011 at 1:13 pm
      Permalink

      maybe sebab budak2 kot dia mudah terpengaruh dengan kawan2 dan tak tahu adab susial..

      Reply
  • September 16, 2011 at 11:31 pm
    Permalink

    tu lah bila diri mula nak marah,bermacam benda bisa terkeluar dari mulut sndiri,,terima kasih atas nasihat ni cik tom^^
    Jom baca entri terkini achie …Maafkan Saya Pakcik..My Profile

    Reply
    • September 17, 2011 at 12:44 pm
      Permalink

      nasihat ni pun untuk diri cik tom sendiri..sebab bila marah kdg2 kita dah sedar apa yang kita cakap..hee

      Reply
  • September 17, 2011 at 1:07 pm
    Permalink

    Salam,
    Ni gambaran :: – di mana-mana saja pada alam, negeri, persekitaran, rumah tangga hinggalah dalam diri kite wujud harmoni tenang bahagia maka kita akan gembira dan selalu berkata-kata dengan manis dan sopan. Orang yang gemar berkata kasar mencarut dsb menggambarkan jiwa tak tenang kacau, persekitaran porak peranda hidupnya tiada hala tuju dan ia tersingkir daripada kedamaian hidup.
    Jom baca entri terkini musi …Ketaatan setiap MuslimMy Profile

    Reply
    • September 17, 2011 at 7:02 pm
      Permalink

      ramai yang cakap sebab jiwa kacau jadikan diorang mencarut dan sebagainya..sebab tue kita kena berbalik pada ajaran islan untuk dijadikan asas pengangan dalam hidup..

      Reply
  • September 17, 2011 at 6:54 pm
    Permalink

    X suka org mcm ni cik tom. x kira la di laman org ke fb ke, lg lg2 blog sendiri yg di promosikan sana sini. Bila sampai maki2 carut2 kontrevesi jatuhkan org sana sini. melalak sana sni.

    Apakah itu yang nak di tunjukkan pada user di landasan global melalui blog? tunjukkan pada golongan pelapis? pada agama lain? pada blogger luar?

    Huh~ Down
    Jom baca entri terkini shah blogger …Fungsi Backlink Nofollow dalam Index SeoMy Profile

    Reply
    • September 20, 2011 at 12:56 pm
      Permalink

      sabar2..jangan down..kita doakan orang camni dapat hidayah/ kesedaran dan berubah..insyaAllah..amin..

      Reply
    • September 20, 2011 at 12:10 pm
      Permalink

      entah la akak..tapi harap budak yana ni diberi kesedaran…insyaAllah..

      Reply
    • January 1, 2012 at 10:07 pm
      Permalink

      entah la..maybe jugak kot sebab nak tarik perhatian sebab tue xbagi link…nanti xpasal2 dpt free trafik..hehe

      Reply
  • February 10, 2012 at 12:06 pm
    Permalink

    esya rasa..bdk remeja mmg mudah tpengaruh dgn kata-kata.Apa yang kwn kita ckp kita ikut..sedangkan kita tidak tahu apa kaitannya dngan kata2 mencarut tu..saya juga mcm tu semasa saya masih form1, dulu saya bsekolah agama , silap2 org tanya saya pasal couple pon saya tak tahu..tapi..alhamdullilah saya dpt jugak ubah sikap saya.amin

    Reply
    • February 21, 2012 at 10:47 pm
      Permalink

      yup maybe…thanks for pandangan esya..alhamdulillah esya dpt ubah sikap ke arah yg lebih baik.hrp2 yg ln pn camtu…amin..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!