Ephyra Idaman Saya

Assalamualaikum dan Salam Sayang…. Cik tom nak buka cerita bab “Ephyra” hari ni ye! Masa first baca email dari Eyriqazz, cik tom tertanya-tanya; “Hmm macam pernah dengar je perkataan “Ephyra” ni tapi dekat mana ye??”

Dah try refresh tapi still tak ingat jugak. So, cik tom terus jenguk blog Eyriqazz. Bila jenguk je  “Review Ephyra- Testimonial Selepas 30 hari“. Terus cik tom terpegun… Wahh!! seriously muka Eyriqazz memang nyata ternampak perubahan ketara lepas 30 hari consume Ephyra!

Cik tom pun buka lagi entry “Apa itu Ephyra?“. Namanya unik dan comel kan??

Jelita dengan Ephyra
Jelita dengan Ephyra

Ephyra ni sebenarnya satu minuman antioksida berasaskan kolagen, yang paling sedap, dalam bentuk sachet yang dihasilkan daripada gabungan mantap rumusan terunggul dari alam semula jadi di seluruh dunia, (L-Glutathione, Astaxanthin, Acai Berri, Acerolla Ceri, Marigold Flower Extract, Acacia Gum, Superberi & Serbuk Tomato)yang merawat, memperbaharui dan seterusnya menyerlahkan lagi keserian dan kesihatan dalaman dan luaran.

Kandungan Ephyra
Kandungan Ephyra

1. Nak cuba Ephyra sebab KOTAKNYA CANTIK & MENARIK

Bila tengok gambar packaging “Ephyra” betul2, baru cik tom teringat yang cik tom suka sangat tengok kotak Ephyra yang cantik & menarik yang kawan cik tom punya sampai kawan bagi hadiah kotak tue. Cik tom guna kotaknya buat letak Keychain hadiah dari kawan2. hee ;p

Cik tom dan kotak Ephyra :)
Cik tom dan kotak Ephyra

Memang first time tengok packaging kotak Epyhra ni bulan lepas, cik tom dah jatuh hati walaupun masa tu tak tau pe lagi pasal produk ni. Rasa memang dah ada chemistry dengan Ephyra ni. hehe 🙂

2. Nak cuba Ephyra sebab TESTIMONIAL NAMPAK ORIGINAL, NATURAL & BERKESAN

Sejujurnya cik tom langsung tak hairan kalau Epyhra guna Memey sebagai duta sebabnya bagi cik tom Memey ni memang dah muka sedia ada cun melecun before consume Ephyra. Cuma maybe nampak ketara lagi berseri, flawless, glowing mukanya selepas consume Ephyra.

Memey Duta Ephyra

Lepas baca beberapa testimonial dari blogger selain Eyriqazz, cik tom terus rasa cam jatuh hati je kat produk Ephyra. Terus perasaan membuak2 nak cuba consume Ephyra!

Kalau cik tom la ek… Kalau testimonial tue dari tuan yang memang kulit dah cun dan blog nye banyak sangat review produk kecantikan lain per month, cik tom kurang sikit nak percaya. hoho…. Tapi beberapa blogger ni cik tom tau jenis jarang review produk kecantikan dan yang paling penting gambar diorang takde unsur edit, photoshop, gambar time tue tak mekap & after mekap, menghadap cahaya or tak dan sebagainya.

Testimonial Eyriqazz Selepas 30 hari Consume Ephyra
Testimonial Eyriqazz Selepas 30 hari Consume Ephyra

Kalau tak percaya korang boleh baca review, testimonial dan gambar asli without edit kat blog diorang;

Testimonial Customer Ephyra
Testimonial Customer Ephyra

3. Nak cuba Ephyra sebab MASALAH MUKA & BADAN CIK TOM

Cik tom teringin nak cuba Epyra ni! Nak tengok berkesan tak Ephyra untuk masalah luaran dan dalaman diri cik tom ;

  1. Muka jenis kulit berminyak. Nak2 time tengahari ke petang memang makin berminyak2 muka. Kalau lap tu agak2 boleh buat minyak masak. haha. ;D
  2. Liang pori muka yang besar.. Segan kalau tak pakai bedak memang lagi nampak lubang besar kat muka. huhu..
  3. Muka mudah berjerawat..lagi2 kalau tengah stress..muka naik jerawat cam cendawan tumbuh lepas hujan gituu…sob3..
  4. Dah naik jerawat, dah setel jerawat hilang.. tup2 problem baru pulak- parut jerawat. Cuma muka cik tom ni kira Alhamdulillah okay jugak parut cepat hilang! Makan tomato banyak2. huhu..
  5. Lingkaran hitam bawah mata. Aiyookk ni paling pening rasa muka kurang berseri bila ada hitam bawah mata. Dah ala-ala mata panda jadinya. hehe…
  6. Sistem pembuangan kurang lawas.
  7. Nak slim kan badan. Actually xde testimonial kuruskan badan lagi. Tapi kalau dah sistem penghadaman lancar, makan supplement ni mudah rasa kenyang. InsyaAllah long term pengambilan maybe badan jadi kurus or dapat berat yang ideal. Mana tau kan?
  8. Bila ke petang, badan kurang bermaya dah nak mengajar class pukul 4-6 petang.

4. Nak cuba Ephyra sebab SELAMAT CONSUME EVEN TIME PREGNANT

Masalah muka berjerawat & resdung ni cik tom dah alami dari form 1 lagi. Sekarang dah umur 27 tahun. Kira dah 14 tahun muka ada masalah jerawat. Dah macam-macam jenis doktor, cara moden dan tradisional dah cik tom cuba. Pernah jumpa 2 doktor pakar jerawat lagi. Memang dah beribu habis duit hanya kerana nak setel masalah jerawat ni. Alhamdulillah dah makin okay sekarang ni tak seteruk zaman remaja dulu. Hormon dah stabil sikit kot. haha…

Ephyra sesuair utk BF mum
Ephyra sesuai utk BF mum

Doktor ada nasihat cik tom follow up consume ubat klinik dia lepas 6 bulan treatment, tapi tak nak la consume for long term ubat ni bahaya & then siap cakap tak boleh pregnant sepanjang consume. Nampak bahaya dah kat situ. Isk..isk.. Tapi Ephyra ni tengah pregnant or breastfeeding pun still boleh makan Ephyra. 🙂

5. Nak cuba Ephyra sebab HARGA BERPATUTAN & HANYA 1 JENIS CONSUME

So, cik tom ada makan supplement natural-based punye dan Alhamdulillah supplement tue memang OKAY sangat dengan diri cik tom cumaaa.. supplement ni kurang lengkap kalau makan 1 jenis je. Kena tambah 2, 3 jenis lagi supplement produk ni baru okay! So, kalau total up semua sekali jenis supplement tue dalam tak sedar harga dah melebihi harga satu produk Ephyra ni!

Hasil Kecantikan Kulit dengan Ephyra
Hasil Kecantikan Kulit dengan Ephyra

Sejujurnya cik tom bukan jenis suka sangat makan banyak2 jenis supplement. Kadang-kadang 1 jenis tue je pun liat. haha… so, cik tom nak cari 1 jenis je dan lengkap merangkumi kesihatan dalaman & luaran sekaligus. Yang cik tom nampak skang memang Ephyra ni satu produk yang lengkap merangkumi semua. Tak perlu nak consume banyak produk!

6. Nak cuba Ephyra sebab RASA EPHYRA SEDAP & ENAK

Cik tom pernah makan 2 jenama collagen yang berbeza; satu bentuk powder dan satu lagi capsule. Memang kedua-duanya produk ni bagus cuma yang powder tue erkkk baunya je cik tom dah tak sanggup nak minum. Yang capsule tue pulak besar gedabak nak masuk dalam anak tekak ni. Sekali je makan terus fullstop.

Minuman Collagen Epyra- Nadiafarahida.com
Minuman Collagen Epyra- Nadiafarahida.com

Tapi based on testimonial, ramai cakap rasa Ephyra ni best ala truti-fruti dan ada jugak cakap rasanya macam gula-gula SUGUS. Ada rasa masam-masam dan manis gitu.

7. Nak cuba Ephyra sebab ADA TOMATO

Cik tom memang suka cuba segala produk berasaskan tomato. hehe.. Bila tau je salah satu kandungan Epyhra ni ialah serbuk tomato. Lagi excited cik tom nak cuba.

Fungsi Kandungan Tomato dalam Ephyra
Fungsi Tomato dalam Ephyra

 

8. Nak cuba Ephyra sebab DIJAMIM HALAL OLEH JAKIM & SELAMAT OLEH KKM

Salah satu sebab paling utama cik tom nak cuba Ephyra ialah produknya telah diluluskan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) means kandungan selamat untuk dimakan serta ianya telah diluluskan HALAL oleh pihak JAKIM. Lagi bertambah yakin cik tom untuk mencubanya.

Sijil Halal Jakim & Sijil KKM

9. Nak cuba Ephyra sebab SESUAI UNTUK WANITA & LELAKI 

Produk Ephyra ni bukan sesuai untuk wanita je tau. Lelaki pun sesuai jugak consume. Suami Memey, Norman Hakim pun makan jugak Ephyra ni. Selain tue, blogger Eyriqazz, Benashari, Pejam Othman dan ramai lagi. Malahan umur 1 tahun ke atas boleh consume Ephyra ni cam blogger Yana bagi anak dia umur 1 tahun lebih minum Ephyra.

10. Nak cuba Ephyra sebab BANYAK KELEBIHAN EPHYRA

Alamak sori terlampau excited sangat sampai tak sedar terpanjang pulak entry ni. haha… Takpelah halalkan jelah.. Kelebihan Ephyra cik tom dah ada cerita kat atas dan ada dalam gambar jugak. Mostly dah tau kan. 🙂

New update: Nak dapat ephyra boleh beli terus di website EPHYRA. Lebih terjamin takdelah korang ragu-ragu ori ke tak kan?? Boleh layari website ephyra dengan klik>> EPHYRA

 

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

17 thoughts on “Ephyra Idaman Saya

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE