Erti Sebuah Kepercayaan

Kepercayaan kepada Tuhan yang paling utama dan sepenuh hati. Kepercayaan pada manusia perlu berpada-pada dan tidak sepenuhnya. Kali ini cik tom ingin memberi pandangan peribadi pada erti sebuah kepercayaan dalam sesuatu perhubungan. Tidak kisahlah hubungan percintaan, persahabatan atau jenis hubungan yang lain.

Bagi cik tom apa gunanya sebuah perhubungan jika tiada kepercayaan. Apa gunanya kita berkongsi cerita dengan seseorang jika hanya sekadar untuk meluahkan dan tidak meminta ianya untuk dipercayai? Tidak kisahlah samaada sesuatu yang dikongsikan itu satu rahsia atau sekadar suka-suka. Walaupun kepercayaan itu tidak pernah diminta, tapi ianya tetap hadir atas tanda ikhlas dan mempercayai pada seseorang walaupun ianya bukanlah kepercayaan sepenuhnya 100%.

Hati ini diibaratkan pantai, kepercayaan itu diibaratkan benteng. Bila mana pantai itu selalu dilandai ombak laut serta sudah roboh/ tiada pula benteng untuk menahan pantai dari ombak. Maka kian lama ianya makin terhakis dilandai ombak. Seperti mana juga sesebuah hubungan jika tiada kepercayaan dan sentiasa pula dilanda dugaan yang mampu mengugat hati sehingga wujud perasaan tawar hati untuk meneruskan sebuah hubungan yang telah lama terjalin.

Jadi janganlah pandang remeh sebuah kepercayaan yang telah diberikan, biarpun diri ini tidak pernah meminta diberi kepercayaan. Kerana sekali ia tercalar sukar untuk dipulihkan lukanya.

Sebenarnya kerana kepercayaan yang hadir itulah sesebuah perhubungan dapat dipertahankan. Andai tiada kepercayaan, mustahil sebuah perhubungan itu dapat diteruskan melainkan atas kepentingan tertentu semata-mata. Wallahualam…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

40 thoughts on “Erti Sebuah Kepercayaan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!