Fakta dan Cara Nak Kenal Emas

Assalamualaikum dan salam sayang buat semua… Dengan hobi baru bulan ini cik tom akan rajinkan diri untuk update apa-apa info mengenai emas yang cik tom rasa menarik untuk tatapan diri cik tom dan juga perkongsian semua. Semenjak seminggu dua ni cik tom rajin pergi menyelongkar entry2 yang menarik dari website perniagaan emas mengenai kelebihan melabur emas jongkong/ dinar emas tapi rasanya belum berminat lagi untuk ke arah beli jongkong emas/ dinar emas buat masa sekarang. Akan datang tak tahulah. Tapi bagi sesiapa yang berminat elok beli sekarang sebab harga emas masih murah. Dengar2 cerita harga emas bakal naik akhir tahun ni sehinggalah tahun depan. Wallahualam…

Fakta dan Cara Nak Kenal Emas

1. Jenis-jenis emas yang popular di pasaran Malaysia
2. Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas
3. Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?
4. Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)
5. Kandungan Emas Dalam Barang Kemas
6. Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)
7. Apa yang Harus di Beli?

Gambar emas

i. Emas 10 atau 999 – 24K – 99.9% kandungan emas (24K gold, adalah emas tulen)
ii. Emas 950 – 23K – 95.4% kandungan emas (23K gold, kandungan emas hanya 95.4% sahaja. 4.6% lagi adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam)
iii. Emas 916 – 22K – 91.6% kandungan emas (22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam)

Tanda-tanda lain pada Perhiasan Emas

Selain dari tanda karat pada perhiasan emas, ia juga perlu disertai dengan tanda atau cop dagangan untuk mengenal pasti pembuatnya. Tanda negara asal barangan mungkin juga akan disertakan. Di kebanyakan negara di dunia undang-undang menghendaki setiap barang kemas secara jelas dicop dengan simbol karat. Ia sering dikawal melalui sistem “Hallmarking” yang berasal dari London di “Goldsmiths’ Hall” mulai abad ke 14. Hari ini “Hallmarking” adalah diwajibkan di Belanda, Mesir, Britain, Peranchis dan Bahrain.

Di Malaysia, kebiasaan cop diletakkan di kancu barang kemas dengan cop samaada emas jenis 999, 916 dan jenis-jenis emas yang lain dan ada juga dicop dengan karat seperti 22k, 18k, 14k. Ada juga dicop berserta dengan tempat pengeluaran barang kemas seperti HB (habib jewel). Jika tiada undang-undang yang mengawalnya, pengilang akan sewenang-wenangnya mengecop sendiri barang kemas mengikut cop tanda perusahaan mereka termasuk karat dan ketulenan.

Mengapa Emas di Campur Dengan Logam Lain?

Emas tulen tidak praktikal dan tidak sesuai untuk dipakai sehari-hari kerana lembut. Jadi ia perlu dicampur dengan logam lain supaya lebih keras dan tahan lasak. Menambahkan logam lain sebagai campuran “metallurgists” membolehkan anda menukar warna emas. Paladium atau nikel boleh ditambah untuk mencipta emas putih. Tembaga di tambah untuk menghasilkan warna mawar atau merah muda.

Emas diguna Sebagai Salutan (Coating)

Berbagai kaedah mekanikal digunakan untuk menerapkan lapisan emas kepada logam selain emas supaya sesuatu barang kemas itu menjadi jauh lebih murah. Semakin tebal lapisan emas disalutkan, bemakna semakin tahan lama dan sukar logam di dalamnya terdedah disebabkan hakisan.

Kandungan Emas Dalam Barang Kemas

Kebanyakan barang-barang kemas baru telah ditanda yang menunjukkan berapa banyak dan apa jenis emas digunakan untuk salutan. Contoh 22K gold, kandungan emas hanya 91.6% sahaja. 8.4% adalah campuran besi, pasir atau lain-lain logam. Ini berdasarkan kandungan emas sebanyak 91.6%.

Emas diguna Sebagai Saduran (Plating)

Saduran emas adalah proses yang menggunakan kaedah elektrolisis. Lapisan emas pada barang kemas yang menggunakan kaedah saduran biasanya lebih nipis berbanding dengan emas dalam bentuk emas salutan, mungkin anda pernah terdengar istilah-istilah seperti mencuci emas atau mengilatkan barang kemas secara percuma setahun sekali apabila membeli barangan kemas mereka, ini menggambarkan lapisan emas yang disadurkan sangat tipis dan tidak bermanfaat atau tahan lama dan perlu di sadur semula.

Apa yang Harus Di Beli?

Emas tumpat (solid gold) adalah tahan lama, ia merupakan pilihan yang terbaik untuk perhiasan anda. Jenis salutan atau saduran yang mungkin menyebabkan reaksi alergi atau alahan. Jika anda mempunyai alergi terhadap nikel atau logam lain, pilihlah yang mempunyai kandungan emas seperti emas 18K atau 22K. Emas tumpat senantiasa mempunyai nilai samaada belian, jualan atau gadaian. Walau bagaimanapun ianya tetap bergantung kepada kemampuan kewangan masing-masing.

Nak tahu atau tak emas tue betul atau palsu, boleh pergi periksa lebih lanjut dekat mana-mana kedai emas berdekatan atau sistem pajak gadai Islam, Ar-Rahnu.

Sumber asal: Bagaimana Membeli Perhiasan Emas

p/s: Kalau nak kahwin nanti nak minta hantaran dalam bentuk dinar emaslah. huhu…

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

45 thoughts on “Fakta dan Cara Nak Kenal Emas

    • October 20, 2011 at 1:25 pm
      Permalink

      bagi cik tom minat pakai barang kemas tue no 2…1st ciktom tengok kelebihan jangka masa panjang untuk simpanan emas dalam bentuk emas perhiasan (barang kemas)..

      Reply
    • October 20, 2011 at 1:23 pm
      Permalink

      sekarang turun berbanding harga masa raya..tapi bakal naik lagi.. harga emas sentiasa naik sbb emas tak terikat pada kadar inflasi…contoh zaman rasullullah sehinggalah sekarang 1 dinar (emas) masih lagi boleh beli seekor kambing. Tapi nasi lemak zaman kita sekolah dulu kalau harganya 50 sen tapi sekarang dan seringit lebih walaupun pada kuantiti dan kualiti yang sama. So nampak tak perbezaannnya. means harga emas sentiasa naik dari tahun ke setahun…

      Reply
  • October 20, 2011 at 2:36 pm
    Permalink

    teringin nya nak beli emas lagi..
    tapi untuk akak yg berpendapatran sederhana ni
    tk boleh la nak beli selalu…
    raya ke,harijadi ke baru la nak merasa..:P

    mak akak kat kampung
    ada buat pelaburan ems .
    memang untung..
    Jom baca entri terkini diana …blog lelaki dan blog perempuanMy Profile

    Reply
    • October 20, 2011 at 3:45 pm
      Permalink

      ala xpe akak..kalau ada rezeki lebih boleh beli..simpanan dalam wang tunai kertas pun perlu akak..kalau semua duk beli emas susah jugak..ciktom lebih prefer emas dlm bentuk emas perhiasan dari emas jongkong..

      Reply
    • October 20, 2011 at 3:52 pm
      Permalink

      yelah akak..bagus minta emas untuk hantaran..fikir masa akan datang..hee

      Reply
    • October 27, 2011 at 2:31 pm
      Permalink

      serba sedikit penerangan yg cik tom amik dari rujukan blog emas yg lain2..

      Reply
    • November 26, 2011 at 1:30 pm
      Permalink

      xboleh2..kalau gadai pun untung+modal 2-2 isteri simpan..hee

      Reply
  • October 20, 2011 at 4:00 pm
    Permalink

    sama macam apa yg pensyarah cakap minggu lepas..
    sekarang dah musim dagang-dagang emas…

    *kepada perempuan yg bakal berumahtangga jgn minta duit hantaran just mintak emas 1kg je.. Huhuhu~~

    Simpan2.. cukup tahun gadai..

    P/s : Jangan lupa keluarkan zakat ye.. cara pembayaran dan pembhgian zakat emas sila rujuk pada kaunter2 yang terpilih ditempat anda.. Hehe=)

    Reply
    • November 26, 2011 at 2:07 pm
      Permalink

      pergh 1kg…mampu ker lelaki2 kat luar sana??hehehe…

      Reply
    • November 26, 2011 at 3:13 pm
      Permalink

      biasa yg mahal tue la best..hehe..alah mbeli menang memakai 😉

      Reply
  • October 20, 2011 at 6:24 pm
    Permalink

    betul, emas asli..memang cair..kena campur benda lain, baru leh jadi keras.

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:24 pm
      Permalink

      pakar emas pun bagi pendapat tue..hik3

      Reply
  • October 20, 2011 at 9:40 pm
    Permalink

    wahh class n bgs entry ni ciktom 🙂
    Emas benda yg sentiasa meningkat harganya; Begitu juga tanah. Manakala kereta pasti akan turun harganya 😀 ..

    Mak kata nak kenal emas kikis je sket mcm kat kedai emas tu buat haha
    Jom baca entri terkini shah blogger …Template Mesra Seo — Blogger BlogspotMy Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:42 pm
      Permalink

      rugi la kalau kikis emas tue..tauke kedai tue kikis xpe boleh lebur guna balik..hehe

      Reply
    • November 26, 2011 at 3:43 pm
      Permalink

      wah dinar pun bagus jgk untuk pelaburan emas..ramai yg dah join..good luck!

      Reply
    • October 21, 2011 at 10:23 pm
      Permalink

      memang pelaburan emas ni menguntungkan tapi untuk jangka masa panjang baru nampak hasilnya…kalau setakat 2,3 bulan je tak banyak untungnye..

      Reply
    • November 26, 2011 at 3:50 pm
      Permalink

      memang menguntungkan tp utk jangka pnjg la..1 lg beli emas ni ikut kemampuan…hii

      Reply
  • October 21, 2011 at 10:51 pm
    Permalink

    Walaupun sekarang harga emas turun sedikit, tapi akan naik balik nanti dan akan terus naik sampai bila2. Sekarang ni dah ramai org melabur untuk emas… Jai x taulah bila lagi, fulus kureng sikit..he3
    Jom baca entri terkini Jai …Terapi Spa Ikan Penyebab HIV Dan Hepatitis BMy Profile

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:49 pm
      Permalink

      memang ramai yg melabur emas..tapi ikut kemampuan..kl xmampu jgn smpi meminjam duit beli emas…sbb emas ni pelaburan jangka pnjg..

      Reply
  • October 22, 2011 at 12:57 am
    Permalink

    tak nak emas,nak berlian je cik tom..boleh??hehee

    ada niat nak kawin la tu..bila cik tom??heheee

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:50 pm
      Permalink

      haha…mana ada nak kahwin..tunggu calon meminang la..hee…berlian beli mahal tp kl nak jual balik dah jatuh/ susut nilai…rugi..

      Reply
  • October 22, 2011 at 1:19 am
    Permalink

    ohhh tak sangka emas ada dicampur dengan logam lain. heee. x tahu saya cik Tom . ~..~”

    Reply
    • November 26, 2011 at 3:52 pm
      Permalink

      up yunk..emas ni mmg dicmpr unsur lain sbb sifat emas tulen lembut so xsesuai nak buat perhiasan yg jenis berukir/berlian..so sbb tue cmpr unsur lain nk bg keras..

      Reply
    • November 26, 2011 at 4:45 pm
      Permalink

      pernah dgr jgk info tue..beli emas fizikal..jgn beli emas dlm btk sijil or account je..

      Reply
    • November 26, 2011 at 4:48 pm
      Permalink

      betul tue akak..mmg untung beli emas ni…sesekali melaram time ada majlis pun ok kan..xde nmpk 0 sgt..hee

      Reply
  • January 5, 2012 at 5:05 pm
    Permalink

    baru je p beli tadi…
    amek dua keping..
    buat koleksi utk hantaran kawen..haha

    Reply
    • January 10, 2012 at 11:07 pm
      Permalink

      wah best tue..dah nak kawin ek?tahniah2!

      Reply
  • January 26, 2012 at 10:48 am
    Permalink

    cik tom ada buat pelaburan emas tak.. kalo ada, boleh kongsi.. mesti menarik.. hehe

    Reply
    • January 29, 2012 at 12:32 am
      Permalink

      cik tom buat pelaburan emas beli barang kemas @ emas perhiasan je setakat ni. takde lagi beli jongkong emas atau dinar emas..in future insyaAllah..

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!