Post navigation

Fast Track Diploma Sains UiTM (AS120)

Posted on by

Cik tom nak share mengenai maklumat fast track Diploma Sains UiTM (AS120). Untuk entry ni cik tom siap call koordinator bagi diploma sains uitm shah alam iaitu Puan Zuraida sendiri dan juga ber”sms” dengan kawan cik tom, Roszaaharah yang juga merangkap lecturer diploma sains di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Terima kasih pada keduanya atas maklumat yang diberi bagi fast track diploma sains uitm.

logo uitm

Puan zuraida maklumkan kepada cik tom yang fast track bagi diploma sains uitm hanya untuk sambung kursus degree biologi dan degree teknologi perabot (furniture). Bagi yang bertanyakan fast track bagi sambung medic. Sorry buat masa sekarang takde lagi tawaran untuk fast track bagi sambung ke medic atau senarai kursus yang lain.

Bagi yang bertanya bagaimana nak mohon fast track?? Cara nak apply fast track diploma sains ini ialah korang boleh apply semasa semester ke 3 diploma sains. Apakah syarat bagi permohonan fast track diploma sains?? Syarat nak mohon ialah berdasarkan average pointer untuk sem 1 dan 2 iaitu minimun 3.0 ke atas. Bagaimanapun penentuan akan dibuat selepas keluar result semester ke 3. Kalau pointer korang maintain bagus juga pada semester 3 insyaAllah korang akan dapat buat fast track terus ke degree semester 1. Maksudnya 3 semester diploma+6 semester degree=9 semester (4 tahun setengah).

Bagi yang berminat nak sambung belajar medic (perubatan), pergigian, farmasi dan subjek yang tough boleh je tapi pastikan korang habiskan diploma sains selama 6 semester iaitu 3 tahun dengan average pointer sekurang-kurangnya 3.8 dan ke atas. Bagi yang nak sambung degree kejuruteraan kimia, biomolekul, kimia gunaan, fizik industri, teknologi bio-komposit, kimia analisis forensik sekurang-kurangnya pointer 3.0 atau 3.5 ke atas. Bagi kursus lain di fakulti sains gunaan seperti degree biologi, kimia, fizik, teknologi perabot, teknologi persekitaran sekurangnya pointer 2.75 ke atas.

Korang boleh baca jugak 2 entry cik tom mengenai Diploma Sains UiTM (AS120)
1. Review: Kursus Diploma Sains UiTM (AS 120)
2. Senarai Subjek atau Syllabus Diploma Sains UiTM (AS120)

********************************************************
klik sini

29 thoughts on “Fast Track Diploma Sains UiTM (AS120)

  1. cik tom..apa beza dia fast track dengan yg biasa ni..bila fatin tgk2 balik mcm sama ja waktu kami habs bljr. kawan-kawan fatin ada yang ambik fast track..
    dan bila diorang abis nanti fatin rasa tak lari banyak sangat waktu dengan kami yang diploma biasa ni abis study degree.

    dan nak tnya kat cik tom..betul ka klu fatin guna yahoo dan bukannya gmail akaun nanti google akan delete.. fatin dah dapat kepastian yang pihak google hanya akan delete blogger yang x active dari thun 2007 tapi masalahnya sekrang ramai yang masih bertanyakan perkara ni..pening juga fatin..xtau mana yang betul..bantu fatin jap hehe
    fatin hanani recently posted..Contest 3 in 1sticky postMy Profile

  2. Salam Cik Tom.
    Siap telefon kawan-kawan lagi tu. Memang info yang macam ni yang perlu dicari oleh blogger. Beri bantuan kepada pembaca untuk mencari maklumat yang diperlukan mereka.
    Sabahan Bloggers Club recently posted..Adsniaga internet advertising communityMy Profile

  3. salam, cik tom… sy nk tnya skit… kalau pelajar dip sains nk smbung degree dlm bidang medik, pergigian, atau farmasi, so buat degree 2 taun jgk ke?

    • kalau sambung ke pergigian tetap seperti plan pengajian yang asal..contohnya pergigian tetap selama 4 tahun..takde pengecualian kredit..takde kes pendek masa sebabnya masa diploma sains punya sllybus berlainan dengan degree medik, farmasi dan juga pergigian..

  4. adeh ingat bajet nk sambung degree physics ikut fast track…pointer ok dah (alhamdulillah)…

    nasib baik diploma depa kasi jalan laju2

    • takpe abiskan je dulu diploma tue n then baru futher fizik..or utk maklumat lanjut boleh tanya dengan ketua program if tiba2 ada fast track untuk degree physic…

  5. cik tom, nk tnye serba ckit psl diploma sains. boleh ke hbskan diploma sains (Uitm) lps tu nak masuk ijzah kejuruteraan kimia(Uitm)? dan brape cgpa min yang diperlukan kalau nak masuk?

    • boleh yunk..ciktom xpasti berapa min cgpa utk masuk ijazah kejuruteraan kimia..tapi kawan cik tom yang dapat tue pointer dia 3.3 ke atas…

  6. can i ask something??what if we take diploma pharmacy and how long the duration??Im planning to do medic in local Universities like USM,UKM .. :) and,Is the competition higher cuz i heard most local Uni will give first priority to those STPM leavers and matriculation students :) Thank you :))

    • yes dear…diploma pharmacy at uitm is 3 years. usually any local uni will give first priority to their own student first (diploma student) to further study in degree before accept stpm or matriculation stdt..

  7. nk tnye plezzzzzz jwb,,,apa silibus diplma sains adkh bljr bljr bio , kim ,fiz and mte tu semua…then klo fast track ke ijazh biologi ,,mean diploma hanya 3 sem mean 1 tahun setengh.,,then trus ijazah 8 sem…begitu ke