Fast Track Diploma Sains UiTM (AS120)

Cik tom nak share mengenai maklumat fast track Diploma Sains UiTM (AS120). Untuk entry ni cik tom siap call koordinator bagi diploma sains uitm shah alam iaitu Puan Zuraida sendiri dan juga ber”sms” dengan kawan cik tom, Roszaaharah yang juga merangkap lecturer diploma sains di UiTM Kuala Pilah, Negeri Sembilan. Terima kasih pada keduanya atas maklumat yang diberi bagi fast track diploma sains uitm.

logo uitm

Puan zuraida maklumkan kepada cik tom yang fast track bagi diploma sains uitm hanya untuk sambung kursus degree biologi dan degree teknologi perabot (furniture). Bagi yang bertanyakan fast track bagi sambung medic. Sorry buat masa sekarang takde lagi tawaran untuk fast track bagi sambung ke medic atau senarai kursus yang lain.

Bagi yang bertanya bagaimana nak mohon fast track?? Cara nak apply fast track diploma sains ini ialah korang boleh apply semasa semester ke 3 diploma sains. Apakah syarat bagi permohonan fast track diploma sains?? Syarat nak mohon ialah berdasarkan average pointer untuk sem 1 dan 2 iaitu minimun 3.0 ke atas. Bagaimanapun penentuan akan dibuat selepas keluar result semester ke 3. Kalau pointer korang maintain bagus juga pada semester 3 insyaAllah korang akan dapat buat fast track terus ke degree semester 1. Maksudnya 3 semester diploma+6 semester degree=9 semester (4 tahun setengah).

Bagi yang berminat nak sambung belajar medic (perubatan), pergigian, farmasi dan subjek yang tough boleh je tapi pastikan korang habiskan diploma sains selama 6 semester iaitu 3 tahun dengan average pointer sekurang-kurangnya 3.8 dan ke atas. Bagi yang nak sambung degree kejuruteraan kimia, biomolekul, kimia gunaan, fizik industri, teknologi bio-komposit, kimia analisis forensik sekurang-kurangnya pointer 3.0 atau 3.5 ke atas. Bagi kursus lain di fakulti sains gunaan seperti degree biologi, kimia, fizik, teknologi perabot, teknologi persekitaran sekurangnya pointer 2.75 ke atas.

Korang boleh baca jugak 2 entry cik tom mengenai Diploma Sains UiTM (AS120)
1. Review: Kursus Diploma Sains UiTM (AS 120)
2. Senarai Subjek atau Syllabus Diploma Sains UiTM (AS120)

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

29 thoughts on “Fast Track Diploma Sains UiTM (AS120)

  • May 21, 2011 at 11:29 pm
    Permalink

    cik tom..apa beza dia fast track dengan yg biasa ni..bila fatin tgk2 balik mcm sama ja waktu kami habs bljr. kawan-kawan fatin ada yang ambik fast track..
    dan bila diorang abis nanti fatin rasa tak lari banyak sangat waktu dengan kami yang diploma biasa ni abis study degree.

    dan nak tnya kat cik tom..betul ka klu fatin guna yahoo dan bukannya gmail akaun nanti google akan delete.. fatin dah dapat kepastian yang pihak google hanya akan delete blogger yang x active dari thun 2007 tapi masalahnya sekrang ramai yang masih bertanyakan perkara ni..pening juga fatin..xtau mana yang betul..bantu fatin jap hehe
    Jom baca entri terkini fatin hanani …Contest 3 in 1sticky postMy Profile

    Reply
  • May 23, 2011 at 12:27 am
    Permalink

    sesuai untuk adik2 lepasan spm..

    jgn lepaskan peluang untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yg lebih tinggi lg..
    Jom baca entri terkini Rahmad …Entri Lucifer banyak peminatMy Profile

    Reply
  • May 23, 2011 at 10:36 am
    Permalink

    Salam Cik Tom.
    Siap telefon kawan-kawan lagi tu. Memang info yang macam ni yang perlu dicari oleh blogger. Beri bantuan kepada pembaca untuk mencari maklumat yang diperlukan mereka.
    Jom baca entri terkini Sabahan Bloggers Club …Adsniaga internet advertising communityMy Profile

    Reply
  • May 24, 2011 at 5:10 pm
    Permalink

    wahhh,kalau sya x ambik sns, ambik banking.hee hari tuh dapat offer fast trek Finance dekat dungun,tapi x pegi..huhuu

    Reply
  • May 29, 2011 at 11:45 pm
    Permalink

    adehh pening 😛

    lame tak singgah cik tom.com =)
    Jom baca entri terkini anamizu …AL QURAN PALSUMy Profile

    Reply
  • August 8, 2011 at 1:50 am
    Permalink

    salam, cik tom… sy nk tnya skit… kalau pelajar dip sains nk smbung degree dlm bidang medik, pergigian, atau farmasi, so buat degree 2 taun jgk ke?

    Reply
    • August 15, 2011 at 6:03 pm
      Permalink

      kalau sambung ke pergigian tetap seperti plan pengajian yang asal..contohnya pergigian tetap selama 4 tahun..takde pengecualian kredit..takde kes pendek masa sebabnya masa diploma sains punya sllybus berlainan dengan degree medik, farmasi dan juga pergigian..

      Reply
  • September 17, 2011 at 4:11 pm
    Permalink

    thanx 4 the info. .berguna sngt bt hanie yg tgh amik diploma sains skrg nie:-)

    Reply
    • September 17, 2011 at 7:00 pm
      Permalink

      ur welcome…good luck for final exam!

      Reply
      • September 17, 2011 at 7:18 pm
        Permalink

        thanx ciktom:-). .insyaAllah..i will do my best. .

        Reply
        • September 20, 2011 at 12:52 pm
          Permalink

          insyaAllah.. 😉

  • October 9, 2011 at 9:33 pm
    Permalink

    adeh ingat bajet nk sambung degree physics ikut fast track…pointer ok dah (alhamdulillah)…

    nasib baik diploma depa kasi jalan laju2

    Reply
    • October 12, 2011 at 1:35 pm
      Permalink

      takpe abiskan je dulu diploma tue n then baru futher fizik..or utk maklumat lanjut boleh tanya dengan ketua program if tiba2 ada fast track untuk degree physic…

      Reply
  • November 13, 2011 at 6:35 pm
    Permalink

    cik tom, nk tnye serba ckit psl diploma sains. boleh ke hbskan diploma sains (Uitm) lps tu nak masuk ijzah kejuruteraan kimia(Uitm)? dan brape cgpa min yang diperlukan kalau nak masuk?

    Reply
    • November 27, 2011 at 4:02 am
      Permalink

      boleh yunk..ciktom xpasti berapa min cgpa utk masuk ijazah kejuruteraan kimia..tapi kawan cik tom yang dapat tue pointer dia 3.3 ke atas…

      Reply
  • February 1, 2012 at 12:49 pm
    Permalink

    can i ask something??what if we take diploma pharmacy and how long the duration??Im planning to do medic in local Universities like USM,UKM .. 🙂 and,Is the competition higher cuz i heard most local Uni will give first priority to those STPM leavers and matriculation students 🙂 Thank you :))

    Reply
    • February 22, 2012 at 10:19 am
      Permalink

      yes dear…diploma pharmacy at uitm is 3 years. usually any local uni will give first priority to their own student first (diploma student) to further study in degree before accept stpm or matriculation stdt..

      Reply
  • March 10, 2012 at 7:07 pm
    Permalink

    nk tnye plezzzzzz jwb,,,apa silibus diplma sains adkh bljr bljr bio , kim ,fiz and mte tu semua…then klo fast track ke ijazh biologi ,,mean diploma hanya 3 sem mean 1 tahun setengh.,,then trus ijazah 8 sem…begitu ke

    Reply
    • May 4, 2012 at 11:54 am
      Permalink

      cik tom ada update slybus baru diploma sains..sila rujuk sini; http://bit.ly/ILCC3S..
      kl fast track ke degree bio..means diploma sem 3 (1thn setengah) n degree bio 6 sem (3 tahun)…

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!