Gambar dan Resepi Original dari Blog Cik Tom ke?

Assalamualaikum……….

Ada yang bertanyakan cik tom, semua entry resepi tue memang original cik tom masak dan gambar masakan hak milik cik tom ke? Tak copy gambar dan entry dari blog lain?

Setakat ini semua gambar masakan ialah hak milik cik tom kalau cik tom dah letak watermak ciktom.com. Itulah gunanya watermark untuk lindungi hakcipta gambar pemilik asalnya.

Lagipun masakan cik tom share biasa-biasa je bukan taraf chef, hotel 5 bintang or pro memasak pun.

Mana-mana gambar masakan yang bukan dari blog ni biasanya akan dinyatakan di dalam entry contoh; resepi ketupat sotong.

Masakan yang bukan cik tom masak sendiri juga akan cik tom maklumkan contoh; resepi kentang putar @ mashed potato ala KFC. Dan cik tom telah minta izin dari pemilik asalnya seperti emak, adik-beradik, kak ipar dan kawan-kawan.

Bunga Raflesia
Bunga Raflesia- sumber: geotingsatu

Kalau korang jumpa gambar atau ayatnya sebijik cuba baca betul2 entry tue. Siapakah penulis asalnya seperti entry di beberapa blog yang sempat cik tom jumpa kat google;

  1. Resepi Aiskrim Jagung (gambar & entry copy 100% kredit tanpa link)
  2. resepi ayam paprik (langsung tak bagi kredit ayat dicopy bulat2 cuma buang cik tom.. haha),
  3. resepi air buahcocktail, ( copy resepi tanpa gambar & xde kredit)
  4. resepi aiskrim coklat oreo (blog pusat sumber sekolah tapi tak pandai bagi kredit sumber dari mana?)
  5. resepi tempe 3 rasa (gambar & entry copy 100% tapi ada link kredit)
  6. adeh…bagi backlink pulak kat diorang sebab malas nak screenshot..huhu

Kalau nak copy resepi dipersilakan. Cik tom memang izinkan je. Tak kedekut pun. Cuma harap ada kredit beserta link ke entry asal blog cik tom. (jangan pulak nanti ada kes copy bulat2 satu blog cam blog cik laili> Klon blog cik laili)

Isu copypaste entry blog ni dah lama dan cik tom naik muak dah. Tue tak termasuk entry jobdirumah, 8share, tutorial2, tips2. Kalau idea sama bagi cik tom tue normal tapi kalau dah ayat sebijik2 sama. Cik tom bukan buta K. Cuma sebelum ni malas nak bising je.

Tapi gerammmmmm bila entry kita penat2 buat & gambar amik sendiri orang lain cakap macam kita pulakkk yang copy…

Mungkin ada yang akan cakap….

Kenapa nak buat entry? Kalau tak buat, senyap jelah.. 

Dah namanya cik tom ni blogger. Setiap berlaku mesti nak buat entry penjelasan supaya orang seperti anda..anda & anda jelas dan takde salah faham akan datang.

Kalau betul entry & gambar bukan original dari blog cik tom, owner gambar & entry boleh datang tuntut dengan cik tom & tunjuk bukti anda. So, korang yang tak tau apa tue tak perlu nak assume banyak ye.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

18 thoughts on “Gambar dan Resepi Original dari Blog Cik Tom ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE