Gambar Model Baru Perodua Myvi 2011

Jom lihat gambar model kereta Perodua Myvi baru bagi keluaran 2011. Perusahaan Otomobil Kedua Sdn. Bhd. (Perodua) telah membuka tempahan untuk model kereta Perodua Myvi baru 2011 mulai 4 Jun 2011. Tempahan Perodua Myvi 2011 yang mula dibuka bermula 4 Jun 2011 lepas dengan hanya bermodalkan deposit sebanyak RM400.00 sahaja. Tempahan bagi kereta Perodua Myvi baru boleh dibuat di mana-mana 178 cawangan Perodua di seluruh negara.

Perodua-Myvi-Elegance-2011

Selain Perodua Myvi Extreme 1.5 yang merupakan salah satu model baru, Perodua Myvi 2011 model baru keluar dengan variasi lain seperti 1.3 Standard, Premium, Elegance and 1.5 Special Edition and Extreme. Perodua Myvi Elegance (automatik + cat metalik) dilengkapi spesifikasi paling lengkap, jadi harganya ditawarkan sebanyak RM57,908.00 (atas jalan dengan insuran).

Antara warna menarik bagi Perodua Myvi 2011 model baru versi Elegance ialah Ebony Black (hitam) dan Mystical Purple (ungu). Warna lain bagi Perodua Myvi 2011 ialah seperti Ivory White (putih), Glittering Silver (perak), Medallion Grey (kelabu) dan Pearl White (putih mutiara).

perodua myvi elegance

Perodua Myvi 1.3 akan dilancarkan tidak lama lagi manakala bagi Perodua Myvi 2011 model 1.5 liter Special Edition (SE) dan Extreme akan bakal dilancarkan hujung tahun ini. Perodua Myvi 1.5 SE dan 1.5 Extreme di jangka akan dijual pada harga RM 63K ke atas. Harga Proton Persona dan Saga FL 1.6L Executive jauh lebih rendah berbanding Perodua Myvi, namun dari segi persepsi dan sambutan pembeli amat menggalakkan bagi model Perodua Myvi.

perodua myvi elegance (2)

Perodua Myvi generasi kedua ini juga dikatakan mempunyai bentuk lebih kompak, sedikit kecil berbanding model asalnya. Namun menurut Perodua, ruang kabin masih lagi luas sama seperti model terdahulu. Berikut adalah spesifikasi yang terdapat pada Perodua Myvi 2011:

  • EPS: Electronic Power Steering
  • ABS with EBD & BA System
  • The latest modern new design: Projector headlamp
  • Dual SRS Air bags (All variant)
  • Automatic Shift lock part
  • ISO Fix Child Restraint System
  • 3 point rear seatbelt
  • Pre tensioner Seat belt with force limiter
  • Dash mounted gear shift
  • Electronic retractable side mirror
  • Fuel efficient
  • Built in GPS with DVD Player, MP3, USB, and Bluetooth

Berikut pula adalah harga bagi Perodua Myvi 1.3 baru untuk transmission manual dan automatik bagi harga tahun 2011 mengikut variasi Standard, Premium dan juga Elegance:

  • RM44,926.00 (M) Standard
  • RM47,726.00 (M) Premium
  • RM54,908.00 (M) Elegance
  • RM47,926.00 (A) Standard
  • RM50,726.00 (A) Premium
  • RM57,908.00 (A) Elegance

Model Perodua Myvi 2011 generasi terbaru akan dilancarkan pada Jun 16, 2011 iaitu pada hari Khamis ini yang dijadualkan akan dirasmikan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putra World Trade Centre (PWTC).

Sumber: Gambar Terbaru Perodua Myvi 2011-Harian Metro Online

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

23 thoughts on “Gambar Model Baru Perodua Myvi 2011

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE