Getha Pillow Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Getha Pillow Sesuai Untuk Seisi Keluarga | Assalamualaikum dan Salam Sayang… Semakin berusia ni, suami asyik mengadu sakit bahu dan belakang badan. Nak pergi berurut pulak musim COVID 19 ini memang tak boleh la kan untuk close contact. Kena sentiasa beringat untuk keep social distancing. Jadi memang kesian sangat tengok suami ciktom ni hari- hari mengadu sakit. Walaupun dia kerja dari rumah (WFH) sepanjang PKP tapi suami ciktom ni dia tengah semangat nak mendekorasi rumah. Semua dia buat sendiri secara DIY, lagi bertambah penat.

Dalam masa sama bila penat, sakit bahu, sakit belakang ni. Suami tak selesa, lagi kerap berdengkur dan air liur basi pun banyaknya keluar. Sampai masam bau bantal! Kesan bantal hampir nak jadi peta dunia! haha…

Ciktom pun jadi stress tengok keadaan ni dan tanya pendapat kat adik tentang masalah ciktom ni. Adik ciktom suggest ciktom dapatkan bantal jenama Getha untuk baiki postur tidur suami supaya dapatkan tidur yang berkualiti dan optimun.

Ciktom terus google dan survey Getha pillow review dan majoriti bagitahu memang best dan berbaloi dapatkan Getha Pillow ni. Bila ciktom cuci mata kat website Getha ni baru tahu ada pelbagai jenis bantal yang dihasilkan mengikut masalah yang kita hadapi. Contoh nak bantal untuk yang aktif bersukan, side sleepers. back sleepers, awet muda dan pelbagai pilihan lagi. Ada banyak lagi produk lain Getha ni jual nanti ciktom selit dalam cerita dibawah ye.

Getha Pillow Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Lepas dah survey ciktom ambil keputusan untuk beli 4 jenis bantal untuk seisi keluarga ciktom. Yang bestnya Getha ni juga sediakan bantal sesuai dari peringkat umur newborn (bayi baru lahir), kanak-kanak, remaja sehinggalah orang dewasa tau. Kira macam One Stop Centre semua jenis bantal dan tilam mengikut usia dari baru lahir sehingga ke dewasa ada dijual.

Getha Pillow Review Ciktom

  1. GETHA Contour Latex Pillow
  2. GETHA 3D Junior Latex Pillow
  3. Baby Shower Combo E ( Getha Baby Dimple Pillow + Getha Baby Latex Bolster)
  4. Apa Itu Getha?
  5. Ciri- ciri Getha 100% Natural Latex
  6. Macam Mana Cara Nak Beli Bantal Getha

GETHA Contour Latex Pillow

Hasil dari bacaan review ciktom baca ialah Getha Contour Latex pillow ini antara bantal yang terlaris jualannya di Malaysia yang sesuai sangat untuk yang jenis tidur mengiring dan penat bekerja seharian. Kira bantal ni memang sesuai untuk suami dan juga ciktom. Ciktom beli 1 je sebab bantal ni lebar. Boleh share je tidur. haha… Tapi bila dah try rasa best ni, maybe nak beli satu lagi jenis lain pulak.

#1- Rekabentuk bantal sesuai untuk side sleeper dan back sleeper

Reka bentuk bantal contour ni sesuai untuk badan serta memberikan sokongan untuk kepala, leher, bahu serta tulang belakang suami. Sokongan ini penting untuk melembutkan titik tekanan dan secara tak langsung mengurangkan gangguan tidur.

Contoh postur tidur mengiring suami ciktom yang bagus dan betul untuk tulang belakang. Jadi tidur pun selesa dan berkualiti tanpa gangguan sakit bahu atau belakang selepas bangun dari tidur.

Posisi tidur mengiring (side sleeper)
Posisi tidur mengiring (side sleeper)

Ini pulak kalau postur tidur terlentang (back sleeper), tapi suami ciktom sebab jenis kuat berdengkur dan keluar air liur basi. Jadi dia lebih prefer tidur secara mengiring je. Lebih selesa dan tidur berkualiti.

Posisi tidur terlentang {back sleeper)
Posisi tidur terlentang (back sleeper)

#2- Sistem Pengudaraan Yang Baik

Kalau tengok betul-betul bantal ni ada beratus lubang bertujuan untuk sistem pengudaraan yang baik dan memastikan aliran udara keluar masuk. Ini memberikan keselesaan pada suami ciktom untuk tidur tanpa rasa panas oleh aliran haba atau lembap dari peluh yang keluar.

Siap suami cakap; “Uish, sedapnya tidur bantal getha ni. Jangan tak terjaga nak pergi kerja dah la. haha..”

#3- Antifungal

Macam ciktom cakap kat atas suami jenis tidur ada air liur basi. hehe.. Jadi salah satu fungsi bantal ni ialah antifungal yang menghalang sebarang pembiakan kulat pada bantal.

#4- Material getah asli yang berkualiti

Dulu pernah terbuka satu bantal ciktom beli dan terkejut tengok dalam tu kat surrounding tu je span dan tengah2 tu habuk macam bahan buangan kitar semula. Tengok pun rasa geli dan kotor. Buka tu pun memang berdebu. Tanpa ciktom sedar bantal tu tak tahu source dari mana lagi mudah jadi asbab penyakit.

Berlainan dengan bantal getha ini dari sumber semula jadi bumi iaitu pokok getah. Ianya mesra alam dan tidak membahayakan alam sekitar.

#5- Tidur berkualiti menjamin hidup

Yang ni paling ciktom titik beratkan untuk suami untuk elak dia moody bila bangun pagi. Biar dia dapat tidur berkualiti, bila dapat tidur yang secukupnya mood dia pun happy. Kita isteri pun sama- sama happy. hehe..

Nak pergi kerja pun semangat bila bangun keesokkan harinya.

GETHA 3D Junior Latex Pillow

Ciktom tertarik nak beli sangat bantal Adira ni salah satu sebab adira ni suka berebut bantal dengan ayah dia. haha.. Sedangkan bantal ayah dia tinggi dan langsung tak sesuai untuk usia Adira. Jadi untuk mengelakkan perebutan dan juga bantal yang sesuai dengan peringkat umur Adira, ciktom ambil Getha 3D Junior Latex Pillow. Bantal 3D Junior ni sesuai untuk tidur terlentang (back sleeper) dan juga tidur mengiring (side sleeper).

#1- Sesuai dari kanak- kanak 2 tahun ke atas

Adira umur 2 tahun lebih dan memang sesuai sangat umur ni guna bantal Getha 3D Junior Latex Pillow.  Saiz bantal ni sedang elok dengan adira, tak terlalu tebal dan terlalu nipis serta reka bentuk bantal ni sesuai untuk adira.

#2- Material getah (latex) asli

Materialnya getah asli yang dibasuh sebelum proses pembuatan untuk memastikan kebersihan. Malahan ia juga material berkualiti yang tahan kulat.

#3- Tahan lasak dan mengekalkan bentuk asalnya tanpa berlekuk

Adira ni salah satu hobi dia suka melompat. Semua tempat dan ruang ada dia akan melompat termasuk la atas bantal. Ciktom selalu membebel bila dia lompat tu satu risau jatuh kan. Selain tu. kesan bantal jadi berlekuk dan kepam.

Budak suka melompat atas bantal
Budak suka melompat atas bantal

Bantal getha ni elok je balik pada bentuk asal tanpa berubah langsung bentuk asal bantalnya. So, hati ibu pun senang.

#4- Hypoallergenic semula jadi (sesuai untuk penghidap alergi)

Adira ni jenis sensitif habuk dan mudah selsema juga semenjak PKP ni. Ianya tidak beracun, hypoallergenic semula jadi dan sesuai untuk penghidap alergi dan asma. Jadi sesuai sangatlah bantal untuk adira yang sensitif atau alergi habuk.

#5 – Sistem pengudaraan baik (tidak perangkap haba)

Bantal ni terdapat lubang untuk aliran udara keluar dan masuk bagi mengelakkan haba terperangkap. So, biasa tengok adira lama-lama tidur mesti berpeluh dan basah bantal. Bila ciktom tengok dia tidur dengan bantal kepala getha ni alhamdulillah berkurangan peluh dia.

Baby Shower Combo E ( Getha Baby Dimple Pillow + Getha Baby Latex Bolster)

Idea menarik kalau korang nak beli hadiah untuk bayi baru lahir atau nak beli untuk bayi sendiri pun boleh terdapat banyak set untuk bayi baru lahir under Set Baby Shower ni tau. Ciktom pilih Baby Shower Combo E untuk anak ciktom, Indera atas sebab berikut;

#1- Sesuai dari bayi 0 bulan

Getha Baby Dimple Pillow adalah bantal latex yang sesuai untuk bayi anda dari berumur 0 bulan sehingga setahun.

Kalau ciktom tahu dari awal brand ni confirm dah beli sebelum Indera lahir lagi. Tapi takpe better late than never kan?

#2- Antibakteria dan selamat

Untuk keselesaan indera, memang ciktom titik berat bab antibakteria ni. Direka dengan 100% latex (getah) asli, ianya antibakteria serta telah diuji dan diluluskan bahan yang terkandung di dalam bantal mengikut piawaian ECO di Eropah.

Ciri-ciri bantal antibakteria bagus dapat menghalang debu, alergi dan kulat. Indera pun memang sangat selesa sangat tidur dengan Dimple Pillow. Alhamdulillah takde selsema atau batuk.

#3- Sistem pengudaraan yang baik

Indera kan kuat tidur dan normal bayi baru lahir ni banyak terbaring. Jadi bila terbaring je kepala cepat panas serta berpeluh.

Bantal ini direka dengan ruang udara yang kecil membolehkan udara segar mengalir melalui bantal untuk memastikan haba badan dan tiada kelembapan sepanjang si kecil tidur.

 

#4- Mengelakkan Flat Head

Sebelum ni ciktom rasa asal beli je bantal baby tu nampak comel. hihi.. Dulu waktu kakak okay takde masalah kepala. Sekali turn adik Indera suka betul tidur mengiring belah kanan. Yang menyedihkan kesannya kepala Indera jadi flat head belah kanan.

Ciktom ada baca tips dari doktor yang bagitahu kalau bayi bawah setahun masih boleh baiki flat head ni dengan menggilirkan bahagian kepala yang tidur dan juga guna bantal yang betul iaitu berlekuk di tengah seperti reka bentuk Getha dimple pillow ni.

#5- Sesuai untuk tummy time

Dalam pakej ni dapat juga 1 bantal peluk comel; Getha Baby Latex Bloster. Bolster ni sesuai dari umur 0 bulan – 3 tahun. Ciktom suka sebab bloster ni dengan ciri-ciri prevention suffocation (mengelakkan bayi lemas). Tengok betapa selesanya Indera tummy time atas bantal peluk mini getha ni. Ciri-ciri lain seperti sistem pengudaraan, anti fungal, anti bakteria, tahan lasak sama seperti dimple pillow.

Apa itu Getha?

Nama ‘Getha‘ berasal dari perkataan asli Malaysia untuk getah iaitu ‘Getah’ . Nama ini bersifat simbolik dan angat terkenal dengan identitinya menggunakan susu getah asli 100% Malaysia. GETHA memberikan gaya hidup mewah dan keselesaan kepada pelanggan serta produk inovatif dengan cara yang boleh dipercayai dan profesional di seluruh dunia.

Logo dan nama jenama berasal dari konsep hidup bersama dengan daun yang menandakan konsep hijau dan dua elemen titisan air.

Ciri-ciri GETHA 100% Natural Latex

Oleh sebab kat atas tu ciktom dah banyak bebel kelebihan yang ciktom dapat rasakan selepas penggunaan 2 minggu bantal ni. Ini ialah ciri-ciri bantal dan tilam Getha yang ciktom ambil di website Getha. Senang korang nak tengok dan baca yang dah summarize. hihi..

Getha Pillow Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Ini yang ciktom suka Getha sebab bukan emak ayah je dapat pakai bantal sesuai dengan keperluan, tapi juga anak- anak. Sekali sampai semua bantal tu semua orang happy dapat bantal masing- masing. hee…

Kalau ada rezeki ciktom nak beli tilam Getha pulak lepas ni dan juga bantal untuk emak ciktom di kampung. Biarlah emak dapat tidur atas bantal yang selesa dan berkualiti macam Getha ni.

Macam Mana Cara Nak Beli Produk Getha

Korang yang berminat nak beli produk Getha ni boleh beli secara online je macam ciktom. Senang nanti adik posmen hantar terus depan pintu pagar rumah. Tak payah susah- susah nak keluar beli. Jimat minyak, tenaga dan masa. Jadilah pengguna yang bijak.

Untuk maklumat lanjut korang boleh layari dan buat pembelian online di website:

Website: https://shop.getha.com.my/
Facebook: https://www.facebook.com/GethaBedding/
Instagram: https://www.facebook.com/GethaBedding/

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

3 thoughts on “Getha Pillow Sesuai Untuk Seisi Keluarga

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.