Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom

Salam.. bersempena ulang tahun ke 2 blog ciktom[dot]com, cik tom ingin berkongsi rezeki hasil income blog cik tom dengan menganjurkan satu giveaways buat semua pelawat blog cik tom. Harap dapat penyertaan yang mengalakkan dari blogger. Jomlah join ramai-ramai meriahkan giveaway cik tom.

cik tom punye banner

Syarat-syaratnya;

1. Wajib buat satu post entri berkaitan giveaways ini untuk melayakkan penyertaan anda. Tajuk entri adalah bebas.

2. Dalam entri, sila nyatakan dari mana permulaan korang kenal blog ciktom samaada blogwalking, google search, first time kenal untuk join giveaways ataupun mana2 je.

3. Nyatakan artikel mana yang terbaik di blog anda sendiri (blog peserta) berserta link dan sebab kenapa korang suka artikel tersebut. Buat seperti promosi artikel terbaik blog anda ye.

4. Tidak dibenarkan guna blog contest. Entri mesti dibuat di blog utama.

5. Tarikh tutup giveaway ialah 31 OGOS 2012 dan mungkin lagi awal bergantung pada budi bicara cik tom.

6. Penaja boleh turut serta dalam giveaway ini tapi pihak penganjur iaitu cik tom dilarang sama sekali. hehe…

7. Setiap penyertaan perlu masukkan di akhir artikel; “Artikel ini penyertaan bagi giveaway Cik Tom ditaja oleh JebengOtai, Papa Mifz, Amna, Kak Mahh, Dania Eryati, Onlajer, Nazri, Hatiputera, Eiela, Rina Avail, Akhiyy, Hafizul, Puanbee dan KeretaHitam.”

Senarai hadiahnya ialah;

1. Post entri paling menarik dan kreatif- RM50 + keychain handmade+ 2 brooch x 1 pemenang

2. Cabutan pertama– RM30 x 1 pemenang

3. Cabutan kedua, ketiga– RM20 x 2 pemenang

4. Cabutan keempat– shawl + 2 brooch handmade + keychain handmade x 1 pemenang

5. Cabutan ke 5, 6, 7–  sepasang brooch handmade+ keychain handmade+ pendrive case handmade+ hp strap handmade x 3 pemenang

6. Cabutan ke 8, 9 – Original Laptop Sleeve Case Berjenama Esprit x 2 pemenang

7. Cabutan ke 10– Perfume + Bracelet x 1 pemenang

8. Cabutan ke 11– Minuman Fiber – Green Fit x 1 pemenang

9. Cabutan ke 12, 13, 14, 15, 16- RM10+ shawl+ inner x 5 pemenang

10. Cabutan ke 17, 18, 19 dan 20- RM10 x 4 pemenang

**Peserta bawah 50 orang akan cik tom cabut sendiri. Kalau >50 akan guna khidmat random.org.

#Senarai peserta akan di update dalam entri >>SENARAI PESERTA GA<<
#Senarai gambar hadiah berbentuk barangan dalam entri >>SENARAI HADIAH<<

Hadiah giveaway ini mungkin bertambah sekiranya bilangan penaja bertambah dan juga income blogging cik tom makin meriah. So, doakan cik tom dan penaja murah rezeki boleh dapat lagi banyak hadiah + hadiah lumayan dan insyaAllah percentage peluang untuk menang lagi tinggi. hehe =)

Jika ada yang berminat untuk menaja giveaways cik tom ini boleh hubungi di ruang contact diatas. Kelebihan cik tom akan backlink dan review blog/ fanpage penaja dalam blog cik tom. Tajaan wang tunai akan di bank in kan oleh cik tom sendiri manakala hadiah berbentuk barangan akan dipos oleh pihak penaja kepada pemenang untuk memudahkan urusan. Pengumuman insyaAllah selewat-lewatnya seminggu selepas tarikh tutup.

-Cik tom dah tutup terima penaja dan sekarang fokus pada penyertaan peserta. Jom join ramai2. Cabutan hadiah sehingga 16 cabutan hadiah + 1 untuk entry menarik –

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

247 thoughts on “Giveaways Kedua dari Blog Cik Tom

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

error: Content is protected !!