Gugup dan Gementar di Malam Pertama

Maaf ya. Harap takde yang salah faham entri blog ini. Yaty rasa terpanggil untuk berkongsi tips mengatasi perasaan gugup dan gementar ketika malam pertama dengan rakan-rakan serta pengunjung blog ciktom.

Pasti ramai pasangan yang bakal melangsungkan perkahwinan kadangkala akan mengalami masalah kegugupan dalam perhubungan seks di malam pertama.

Gugup dan Gementar di Malam Pertama
Gugup dan Gementar di Malam Pertama

Lahirnya perasaan gugup ni kerana tidak yakin dengan diri sendiri yang mungkin tidak hanya berlaku pada pasangan yang baru berkahwin bahkan pada pasangan yang sudah lama berkahwin. Yaty nak share tips bagaimana nak atasi perasaan gemuruh malam pertama yang yaty amik inputnya dari majalah Inspirasi Pengantin.

1. Positif dan tidak tergesa-gesa

Pasangan suami isteri perlu sentiasa positif dan tidak tergesa-gesa untuk memberikan yang terbaik pada pasangan masing-masing. Ini adalah malam pertama bersama pasangan yang dikasihi dan berjanji untuk bersama selamanya jadi perlu bersedia menerima pasangan seadanya.

2. Persiapan diri

Siapkan diri secara fizikal dan juga mental. Untuk mengelakkan diri dari berfikir bukan-bukan, sebaiknya menghiaskan diri dengan memakai pakaian yang memikat dan wangi-wangian supaya dapat meningkatkan lagi rasa keyakinan dalam diri untuk hadapi malam pertama bersama pasangan.

3. Ikhlas dan jujur

Mulakanlah segalanya dengan perbuatan yang jujur dan ikhlas tanpa perlu dibuat-buat terhadap pasangan. Bercakaplah perkara yang menyenangkan hati sehingga pasangan merasa terbuai-buai dengan perasaan kasih sayang.

4. Berbincang dengan pasangan

Berbincanglah secara baik dengan pasangan tentang perasaan yang dirasakan tapi sebaiknya pastikan ianya tidak menyebabkan pasangan terasa hati dengan sikap yang terlampau jujur padanya.

5. Ilmu pengetahuan seks

Lengkapkan diri dengan pengetahuan seks yang betul dan mengikut ajaran Islam yang sebenar untuk menyiapkan diri di malam pertama. Pelajari cara yang betul untuk bersama pasangan agar ianya menjadi satu kenangan indah. Untuk tambah ilmu pengetahuan mengenai malam pertama boleh layari website; Indahnya Malam Pertama Pengantin.

6. Sentiasa tersenyum

Sentiasa tersenyum agar dapat ketenangan dan apabila pasangan turut merasa gugup untuk bersama, selang-selikan tindakan dengan gelak ketawa atau kata-kata lucu supaya perasaan menjadi gembira dan ceria. Ianya untuk mengelakkan suasana malam pertama menjadi tegang.

Sharing is caring

yaty rushdi

Saya merupakan penulis ketiga di blog ciktom[dot]com. Sebelum ini saya pernah mempunyai blog personal hanya sebagai diary saja iaitu Sophisticated Girl Life. Saya sekarang menanti detik untuk diijabkabul. Atas suggestion cik tom, saya akan share segala pencarian maklumat dan tips mengenai kisah pertunangan (september 2013) dan perancangan perkahwinan saya (mac 2014) di dalam blog ini. InsyaAllah semoga semuanya berjalan dengan lancar. amin..

22 thoughts on “Gugup dan Gementar di Malam Pertama

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE