Hampir Lemas Di Pusat Taman Laut, Pulau Redang

Sebelum ini, cik tom ada sharekan cerita Pengalaman Ciktom Sepanjang Bercuti Di Pulau Redang. Memang seronok dan sempoi dengan pelbagai aktiviti dan peristiwa menyeronokkan dan tak kurang juga mencemaskan. Bagi sesiapa yang nak tahu serba sedikit info ringkas dan gambar mengenai Pulau Redang boleh baca di entry; Maklumat Ringkas bercuti di Pulau Redang Pulau Tercantik di Malaysia. Untuk kali ini cik tom nak ceritakan kisah cik tom yang hampir lemas semasa aktiviti snorkelling di Pusat Taman Laut, Pulau Redang.

Pusat taman laut, pulau redang

Pada hari kedua cik tom bercuti di Pulau Redang, cik tom bersama kawan sekelas pergi ke Pusat Taman Laut bagi aktiviti snorkelling. Diakui walaupun rumah cik tom berdekatan dengan laut tapi cik tom jarang mandi laut apatah lagi tak tahu berenang. Semasa disanalah, buat pertama kalinya cik tom belajar berenang. Memang lawaklah sebab banyaknya badan cik tom tak bergerak langsung. Cik tom berenang pun still berada di tempat yang sama.

pemandangan dasar laut pulau redang

Setelah belajar beberapa kali, cik tom, zara dan bella pergi berenang ke tengah laut sedikit untuk melihat batu karang dan bagi ikan makan roti. Memang seronok sangat bagi ikan makan roti dan lihat batu karang secara live kat dasar laut.

Bagi ikan makan roti

Tengah asyik cik tom tengok dan bagi ikan makan roti, tanpa sedar cik tom dah hampir hanyut ke sebelah arus yang kuat. Masa tue, cik tom terus panik dan tertelan air laut yang masin giler. Cik tom cuba cari zara dan bella tapi tak nampak pun diorang. Pastu cik tom ternampak seorang budak lelaki ni, terus cik tom pergi dan cakap kat dia, “Awak tolong saya, saya dah tak larat nak berenang ke darat”. Tak sempat budak tue jawab terus cik tom pegang tangan dia. Time tue tak fikir dah malu ke dosa pegang2 ni. Yang cik tom fikir satu je “aku lemas”. Huk3…

Lelaki ni suruh cik tom terbalikkan badan bagi muka menghadap ke langit supaya cik tom tak tertelan air laut yang masin tue. Bermulalah sesi men “rescue” cik tom. Tiba-tiba tengah tarik tue datang pula pengiring cik tom, amri. Dia paut sebelah lagi lengan cik tom. Lepas dia datang budak lelaki tue pun terus pergi. Agaknya dia pun tak larat jugak kot? Hehe..

Tapi amri ni suruh pulak cik tom terbalikkan badan dan suruh berenang sekali juga dengan dia. Apalah datang rescue tiba-tiba suruh berenang jugak. Cik tom pun cuba jugaklah berenang sampai ke darat walaupun cik tom rasa takde efek apa pun. Hikhik.. ;p

Bergambar di taman laut, pulau redang

Terima kasih pada naim (budak lelaki yang first selamatkan cik tom) dan amri (pengiring merangkap kawan cik tom) kerana sudi selamatkan cik tom yang tak pandai berenang ni. Hehe.. Alhamdulillah nyawa cik tom masih panjang. Naim dan Amri.. Jasamu dikenang.

Pemandangan batu karang di dasar laut pulau redang

Agak-agak kalau takde yang selamatkan cik tom dan umur cik tom tak panjang maybe blog ni sunyi tak terupdate ek. Rasa-rasa korang bakal rindu cik tom tak? Ish mengarut pulak kan. Apa pun yang pasti setiap orang akan menghadapi saat kematian satu hari nanti.

Pantai pulau redang cantik dan menarik

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

78 thoughts on “Hampir Lemas Di Pusat Taman Laut, Pulau Redang

  • May 9, 2011 at 4:18 pm
    Permalink

    tak tau nak gelak ke nak kesian dengan cik tom bila baca entry ni…
    sekarang cik tom dah pandai berenang ??
    akak pun tak pandai berenang..:p
    Jom baca entri terkini diana …MimpiMy Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 9:00 pm
      Permalink

      haha…amik 2-2 je akak..kesian dan gelak terus…tapi kalau kawan2 cik tom semua gelak je time dengar citer cik tom ni…erk still tak pandai berenang..heee

      Reply
    • May 11, 2011 at 8:58 pm
      Permalink

      hahaha….semua kot akan gelak kalau ingat cerita lawak ni..konon lemas pakai life jacket..hik3…
      erk last pic glamer pakai spek zara..hee

      Reply
  • May 9, 2011 at 4:24 pm
    Permalink

    cik tom!! alhamdulillah cik tom selamat…

    adah pun ade pengalaman hampir lemas gak dulu….ade ke masa adah ckp kat pak sedare adah, adah lemas die wat derk je sebab ingat adah tpu..adesss…sib baik ada abg adah perasan…huhu…

    adah suka mandi laut dulu2…:)
    Jom baca entri terkini adah …Ibu yang da best!My Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 8:51 pm
      Permalink

      yup alhamdulillah selamat..hee…owh adah pun pernah hampir lemas?tak sangka ramai rupanya kawan2 blogger ada pengalaman hampir lemas…alhamdulillah semuanya selamat..

      Reply
    • May 11, 2011 at 8:37 pm
      Permalink

      jomlah emiey akan datang bawak family bercuti ke pulau redang..memang cantik pemandangannnya..berbaloi datang bercuti kat sini.

      Reply
  • May 9, 2011 at 4:35 pm
    Permalink

    cik tom patut blaja berenang dulu tu..
    kalu da pandai..kene mahirkan lagi..

    air ni xle buat main2..
    hak terer berenang pom bole lemas
    kalu xkena cara atau air deras..

    la..akak bebel kat cik tom lak..hehee
    alhamdulillah cik tom selamat..len kali ingat2 deh..
    Jom baca entri terkini sarahnajwan …-KEK HARI LAHIR DAN HARI IBU-My Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 8:33 pm
      Permalink

      erk tue la degil..kan dah kena bebel dengan akak sarah comel…hehehe…sorry ye akak…lain kali janji tak buat lagi…huk3

      Reply
    • May 11, 2011 at 8:32 pm
      Permalink

      hehee..biasalah baru jumpa laut yang cantik dan ikan comel..tue sebab tak ingat dunia..hehe

      Reply
    • May 11, 2011 at 8:31 pm
      Permalink

      yup..alhamdulillah cik tom selamat dan dipanjangkan umur..

      Reply
    • May 11, 2011 at 8:31 pm
      Permalink

      tau2 je mish..tue la pengajaran jangan asyik sangat layan ikan sampai xingat dunia..heehe

      Reply
  • May 9, 2011 at 5:42 pm
    Permalink

    hehe . lucu eh cik tom ni . terkenang pulak sy masa hampir lemas jugak dulu . time belajar berenang jugak tapi still gak kat tempat yg sama . hehe . apa2x pun . alhamdulillah cik tom selamat . cik tom , mai la singgah belog sy . i’m still baru kat dunia belog ni 🙂
    Jom baca entri terkini eraa …KASIH IBU MEMBAWA KE SYURGA My Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 8:30 pm
      Permalink

      hehe…lucu part belajar berenang tak gerak2..yang lemas tue memang mendebarkan..huhu…
      ok cik tom dah singgah blog eraa..comel ^_^

      Reply
      • May 11, 2011 at 11:01 pm
        Permalink

        hehe . tuh la . lucu pula kn kalo ingat2x balik nak berenang bila dah tua2x mcm nih bdn xgerak . hehe . sy hari tuh balik2x kaki kebas sbb nak sangat pandai berenang . xjuga berjaya . hehe . thanks cik tom . befday sehari je beza . hehe . apa fb cik tom ? nnt kite add . cik tom approve ek ? hehe

        Reply
    • May 11, 2011 at 5:39 pm
      Permalink

      yup akan cuba lebih berhati2 next time..
      boleh2 je ciktom jadi tour guide..
      nak datang bgth la..hee

      Reply
  • May 9, 2011 at 6:24 pm
    Permalink

    alahai ciktom.. tu la nak berenang snorkling takmo ajak fariq..
    kalau tak boleh fariq temankan ciktom bagi makan ikan.. erm…
    Jom baca entri terkini Fariq …Minum Arak Adalah Perkara BiasaMy Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 5:22 pm
      Permalink

      nanti lain kali la cik tom ajak fariq…tapi fariq pandai berenang tak?kalau tak pandai berenang cik tom pun tak nak la ajak fariq..huhu..

      Reply
    • May 11, 2011 at 5:21 pm
      Permalink

      yup alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk memperbaiki amalan yang tak cukup lagi..

      Reply
  • May 9, 2011 at 6:36 pm
    Permalink

    tensen kan tak tau berenang. k chun pun sama ler. nyaris tenggelam dalam sungai. sampai sekarang pobia air. teringin sungguh nak berenang

    Reply
    • May 11, 2011 at 5:11 pm
      Permalink

      memang tension akak..tengok orang lain pandai berenang tapi cik tom langsung tak reti nak berenang,,,huk3…owh akak ada fobia ek..xpe lama2 hilang…

      Reply
  • May 9, 2011 at 6:39 pm
    Permalink

    nasib ada penyelamat dunia yg menyelamatkn cik tom..hehe

    Reply
    • May 11, 2011 at 5:03 pm
      Permalink

      alhamdulillah umur cik tom masih panjang…penyelamat dunia memang berjasalah…hii

      Reply
    • May 11, 2011 at 4:41 pm
      Permalink

      tue la akak..alhamdulillah selamat…hmm..tak encem tapi macho…hik3..

      Reply
  • May 9, 2011 at 7:14 pm
    Permalink

    alhamdulillah selamat….

    Reply
    • May 11, 2011 at 4:35 pm
      Permalink

      yup alhamdulillah selamat dan dipanjangkan umur untuk perbaiki amalan cik tom yang tak cukup lagi..huk3

      Reply
  • May 9, 2011 at 8:37 pm
    Permalink

    Ehem2.. ni yg wat jeles ni.. ish3x~ cuba diri ini disana, boleh jadi rescue ranger.. har3x~

    Reply
    • May 11, 2011 at 4:34 pm
      Permalink

      erk jeles?jeles nak pergi berenang juga ker?jom2…heeehe..

      Reply
    • May 11, 2011 at 4:27 pm
      Permalink

      yup betul kalau tak pandai berenang boleh snorkelling…sebab airnya tak dalam pun..cetek je cuma cik tom ni pendek..hehe…

      Reply
  • May 10, 2011 at 12:42 am
    Permalink

    pandai juga ciktom posing ya? kah3

    Reply
  • May 10, 2011 at 2:23 am
    Permalink

    Dengar kabar cik tom lemas itu pasal cepat-cepat lawat awak ni. Alhamdulillah selamat jugak awak. Nasib baik ada hero tu. Kalau tak ada, tak taulah apa jadi kak cik tom kan.
    Lain kali, nak berenang, cik tom kena bawa sekali pelampung, selipar itik tue. Senang nak berenang sikit. 🙂
    Jom baca entri terkini shamizu …Gula Naik Harga dan Jangkaan Gelagat Orang RamaiMy Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 4:03 pm
      Permalink

      tenkiu sudi jenguk..tue la nasib baik ada hero yang sudi selamatkan cik tom…cik tom dah pakai life jacket tapi gabra kan semua jadi kelam kabut..huhu

      Reply
    • May 11, 2011 at 3:50 pm
      Permalink

      wsslm…cik tom berenang pakai life jacket…erm tak pandai la berenang…adam pandai berenang ek…huhu

      Reply
  • May 10, 2011 at 4:03 am
    Permalink

    Owner pupuchik.com datang menyinggah di pagi hari :] Tak boleh tidur, asyik batuk now and then je.

    Anyways, pengalaman hampir lemas juga pernah berlaku pada Nisa sewaktu Nisa kecil. Badan ditarik ombak, dua kali berpusing-pusing dalam ombak besar tu. But alhamdulillah, nyawa masih panjang untuk meneruskan hidup ni but at the same time terfikir, kenapa Allah tak ambil saja nyawa ni, so that saya tak perlu lakukan dosa-dosa di dunia ni. Pasti ada hikmah disebaliknya…

    Reply
    • May 11, 2011 at 12:59 pm
      Permalink

      pengalaman mematangkan diri kita…yup setiap yang berlaku pasti ada hikmahnya…

      Reply
    • May 11, 2011 at 12:39 pm
      Permalink

      silap tue…sediakan pelampung sebelum berenang la decrewz..payung tue untuk hujan…hehe…

      Reply
  • May 10, 2011 at 10:44 pm
    Permalink

    tapak kaki berlekuk kot tu yang susah nak berenang.. 🙂

    Reply
    • May 11, 2011 at 11:29 am
      Permalink

      jom la solihin pergi bercuti kat pulau redang..memang best..ajak famili bercuti kat sini memang berbaloi2…huhu
      erk kelas renang?takde masa pulak nak ambil..hee

      Reply
    • June 15, 2011 at 2:50 am
      Permalink

      ass’kum…tak pernah p pulau redang ker??alaa…keciannyer awak…sy org pulau redang..lau nak mai cakap yer…jangan lupa singgah kat umah kite yer…….

      Reply
    • May 11, 2011 at 11:05 am
      Permalink

      heheh..tue la darurat,…tapi pastu serius segan giler kot…tak tahu jugak berenang..masa tue la jugak cik tom baru belajar..hehe

      Reply
      • May 12, 2011 at 2:03 pm
        Permalink

        hahah tgh cemas apa pon tak mustahil.. tak pndai brnang trus terer hahaha

        Reply
        • May 13, 2011 at 8:30 pm
          Permalink

          hahaha..betul tue..masa tue fikir nak selamatkan diri je…

  • May 11, 2011 at 1:47 pm
    Permalink

    haha, cik tom2!! kalau sampai ajal, rindu lah tok pada cik tom!! hehe

    hurm, kan ade pelampung, awat nak lemas gak.. hehe

    Reply
    • May 11, 2011 at 3:22 pm
      Permalink

      hehe…tok memang kena rindu kat cik tom kalau ciktom dah takde nanti…
      pelampung tak bawa…tapi ada pakai life jacket..

      Reply
  • May 11, 2011 at 3:40 pm
    Permalink

    Yang penting jangan panik kalau kita tahu kita nak lemas….sebab kalau kita panik dan mengelabah…tenaga dan daya fikir kita lemah…bila dah lemah badan kita tak kuat nak kayuh (bagi timbul)..kalau tak ada orang selamatkan kita,kita akan terus karam! nauzubillah…syukurlah..
    Jom baca entri terkini mankuchai …Catatan Hari IbuMy Profile

    Reply
    • May 11, 2011 at 5:00 pm
      Permalink

      betul..sebab cik tom panik la jadikan cik tom rasa lemah nak berenang balik dan juga asyik tertelan air laut je..

      Reply
    • May 13, 2011 at 8:28 pm
      Permalink

      memang la kelam kabut time dah lemas…masa tue blur..huk3

      Reply
    • May 13, 2011 at 6:25 pm
      Permalink

      lemas sebab asyik sangat bagi ikan makan roti dan tengok batu karang yang cantik kat dasar laut tue..huhu

      Reply
  • June 15, 2011 at 2:44 am
    Permalink

    ass’kum..lemas yer???ermmmmmmm…..nsib baik cik tom pakai jaket kan?,lau tak tentu dah lemas….lain kali hati2 yer…sy ni orang tempatan di pulau redang…..lau mai pulau redang bagitau yer…….bolehla kite kenal…nak kawan2 jer…..

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE