Happy Birthday Kak Diana Senyum-Senyum ^_^

Happy birthday kak diana. Siapa yang tak kenal kak diana senyum-senyum yang ada anak comel nama maisara tue?? Blog kak diana ni memang blog favourite cik tom kalau online sebab blognya BEST! Setiap entry yang akak diana buat ni memang rasa tepat je masuk dalam hati dan buatkan cik tom tersenyum sorang-sorang bila baca entry kak diana. Sesuai dengan tagline pada header “Senyum-Senyum”.

kak diana senyum senyum

Kak diana memang seorang blogger yang kreatif dan rajin. Tiap2 hari lebih 3 entry kak diana ni publish. Cik tom jarang online so biasanya kalau sekali online akan godek2 entry lama akak. Sebab setiap entry kak diana memang uptodate dengan isu semasa samaada kat luar mahupun dalam dunia blog. So pe2 hal boleh refer kat blog akak je. hehe..

Follower kat blog pun dah 2249 orang. Ada yang cakap alah follower je riban? Kak diana ni bukan setakat follower je ramai, tapi yang paling best ramai pembaca setia. Setiap kali post entry ramai yang akan datang komen bagi pendapat.

Siapa cakap blogger suri rumah ni asyik cerita pasal anak-anak dan masak2 je? Kat blog kak diana ni macam-macam ada (*macam iklan astro pulak. hehe..). Kat blog kak diana ni pun ada share Tutorial bagi sesiapa nak cuba boleh belajar dengan kak diana.

Antara entry kak diana yang cik tom suka;

1) Otak suri rumah tak berkembang???

2) Kenapa perlu buat entry bila nak masuk dalam bloglist kamu??

3) Blog orang lelaki dan blog orang perempuan

4) Komen terbaik

5) Sibuk je nak ambik tau jumlah follower orang :p

Kalau nak ikutkan banyak lagi entry yang cik tom suka especially tentang kisahΒ maisara. Suka baca gelagat maisara yang comel tue. hehe…

Happy birthday yang ke berapa ni kak? hehe… Dapat hadiah apa dari abg lan? *sibuk je nak tahu.. huhu… Semoga akak berbahagia bersama famili tersayang dan terus sukses dalam dunia blogging. amin… ^_^

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

41 thoughts on “Happy Birthday Kak Diana Senyum-Senyum ^_^

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE