#throwback: Hasil Pecah Tabung Korea

Assalamualaikum dan Salam Sayang… Maaf ini entri throwback2014 sebab ada yang email cik tom bertanyakan mengenai berapa jumlah tabungan cik tom ke korea pada tahun lepas. Banyak ke tak hasil pecah tabung misi ke korea cik tom berdasarkan entri; Tabung Korea | Misi Ke Korea 2014.

Baca: Tips Berjimat Menabung Duit Syiling Cara Mudah

Cik tom dah tertunai misi ke Korea selama 8 hari 7 malam dari 20 Mei 2014 sehingga 27 Mei 2014.

Tabung Korea | Misi Ke Korea 2014
Tabung Korea | Misi Ke Korea 2014- [Source]

Tabung korea ni dah lama cik tom pecahkan pada 6 Mei 2014 lepas. Dah setahun lebih. hihii… Rupa tabung masih comel sebelum cik tom pecahkan tabung misi ke korea.

Tabung misi ke korea sebelum dipecahkan
Tabung misi ke korea sebelum dipecahkan

Hasil Pecah Tabung Korea

Selepas dipecahkan tabung Korea cik tom berjaya menghasilkan RM926. Hasil tabungan cik tom ni ialah selama 5 bulan dari bulan Disember 2013 sehingga awal Mei 2014.

BacaTips Berjimat Cermat Versi Cik Tom

Cara cik tom menabung ialah setiap kali dapat gaji cik tom akan simpan at least RM50 ke dalam tabung. Kemudian kalau dapat bayaran pengiklanan banner atau untung affliate bro Hairul di blog pun cik tom akan masukkan dalam tabung ni jugak. Tabung cik tom ni duit kertas semata-mata. Langsung tak masukkan duit syiling.

pecah..erk buka tabung dengan pembuka tin
pecah..erk buka tabung dengan pembuka tin

Apa kelebihan dengan menabung ni??

Antara kelebihannya yang pernah cik tom experienced ialah dapat beli kereta kelisa secondhand secara tunai, habis bayar PTPTN, bercuti di luar Malaysia iaitu korea serta vietnam dan juga bercuti di Malaysia. Dapat belikan hadiah serta gembirakan hati emak ayah serta adik beradik.

Kelebihan lain bagus untuk emergency case atau untuk bayaran insurans atau maintenance kereta. Cover untuk duit raya dan baju raya famili. Yang ni kalau tabung korang ada certain target la untuk apa ye selain simpan dalam bank.

Baca: Habis bayar pinjaman PTPTN

Baca: Tips beli kereta terpakai.

Entri cik tom sepanjang di korea pun tak terbuat. huk3… Tue tak termasuk lagi entri percutian ke melaka, cameron highland, lata meraung dan vietnam. Harap2 cik tom diberikan kekuatan untuk menaip jugak sebelum berakhirnya tahun 2015 ni.

Sharing is caring

ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber. Sebarang persoalan atau pengiklanan/advertorial/review sila hubungi ciktom; tomatogurl86[at]gmail.com...gantikan [at] dengan @

20 thoughts on “#throwback: Hasil Pecah Tabung Korea

    • November 19, 2015 at 12:28 am
      Permalink

      memang ada target nak beli rumah tapi ada masalah nak buat loan..so end up ciktom dah terbeli tanah..hihi

      Reply
    • November 19, 2015 at 12:27 am
      Permalink

      ni entri throwback..memang dah ke korea pun pertengahan tahun lepas..hihi

      Reply
  • November 15, 2015 at 11:32 pm
    Permalink

    Fuyoo saving hampir 1k menabung

    Reply
    • November 19, 2015 at 12:27 am
      Permalink

      tue sikit je kot..ada yang simpan banyak lagi dari tue

      Reply
    • November 19, 2015 at 12:24 am
      Permalink

      yup ciktom memang suka buat tabung ada target skang ni..dulu ciktom menabung untuk menyimpan dalam tabung haji..

      Reply
  • November 16, 2015 at 12:04 pm
    Permalink

    waa banyak tu.. kena terapkan nilai menabung lepas ni kalau nak melancong!

    Reply
    • November 19, 2015 at 12:22 am
      Permalink

      senag je buat satu tabung utk target melancong..pastu disiplin kat diri menabung setiap hari..atau boleh jugak kalau nak menabung specific jumlah cam rm5, rm10, rm50 atau sebagainya.

      Reply
  • November 16, 2015 at 3:08 pm
    Permalink

    wauuu.. mmg kene beli tabung yg mmg xdpt bukak melainkan kene pecah.. baru lah berdisiplin sikit kan..
    Jom baca entri terkini seraa …Donut gebu gebasMy Profile

    Reply
    • November 19, 2015 at 12:19 am
      Permalink

      beli tabung kedai rm2 je..eh rm2.12 dah pas gst..hehe…tabung tu besi xboleh bukak..nak bukak memang kena guna penebuk tin tu,,

      Reply
    • November 19, 2015 at 12:18 am
      Permalink

      entah2 hang yang korek malam2 xsedar kot..hehe..

      Reply
  • November 18, 2015 at 2:11 am
    Permalink

    Dahsyat tu, dapat beli keta kelisa dan melancung ke sana sini. dgn hasil wang menabung.. mmg berbaloi.

    saya pula, tabung yg ada utk simpan lebihan duit syilling dlm dompet.. tak pernah kira lain jumlahnya..

    Reply
    • November 19, 2015 at 12:04 am
      Permalink

      kereta kelisa tu hasil menabung dari kecil lagi..haha…
      melancung pi korea tu salah satu penyumbang ialah income affiliate bro hairul..terima kasih byk2 bagi peluang ciktom promosi 🙂

      Reply
    • November 25, 2015 at 5:26 pm
      Permalink

      bukan belanja cendol untuk anak je..bapak dan emak pun boleh..hahha

      Reply
    • October 20, 2016 at 12:47 pm
      Permalink

      sudah selamat ke koreanya tahun 2014 yang lepas..ini artikel lama.

      Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

CommentLuv badge

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Optimization WordPress Plugins & Solutions by W3 EDGE