Post navigation

Hidup Berani Gagal Untuk Berjaya

Posted on by

Hidup berani gagal untuk berjaya. Bukanlah bermaksud gagal untuk selamanya tapi berusaha untuk berjaya serta tidak gentar menghadapi kegagalan dalam proses mengecapi KEJAYAAN. Dalam hidup ini kita harus berani untuk mencuba perkara baru. Walaupun mungkin risikonya ialah kegagalan tapi ingat ianya mungkin juga sebuah permulaan untuk satu kejayaan.

Kegagalan itu kadang-kala mengajar untuk kita bertindak dengan lebih teliti dan berhati-hati. Agar kita tidak sentiasa leka dan alpa dengan segala kejayaan diberikan olehNYA.

Cik tom sentiasa teringat satu pepatah Iban dari penulis buku Dare To Fail iaitu, “Agi Idup, Agi Ngelaban“- Selagi kita hidup selagi itu kita akan terus berjuang :) Yang penting kita jangan patah semangat untuk berjuang selagi kita hidup dan diberikan peluang olehNYA.

Sebaiknya sbelum kita mula berjuang, kenal pasti apa matlamat yang kita inginkan. Jika sudah pasti targetnya maka senanglah untuk kita merancang teknik perjuangan dengan teliti serta belajar dari persekitaran dan juga pengalaman. Cari kekuatan diri dan belajar untuk PERCAYAkan kebolehan diri kita sendiri.

Jika anda pernah melalui KEGAGALAN..
Jadikan itu satu pencetus semangat untuk kita terus berusaha dan berusaha.
Jadikanlah KEGAGALAN itu kunci kepada KEJAYAAN yang bakal diterima.
Pantang mengalah sebelum BERUSAHA habis-habisan.
Jika kita sentiasa BERJAYA, adakah kita akan merasa nikmat sebuah KEJAYAAN??

********************************************************
klik sini

This entry was posted in pendapat by ciktom. Bookmark the permalink.

About ciktom

Cik tom seorang part time blogger yang sangat sukakan dunia blogging dan buah tomato. Mula menulis blog 15 Julai 2010. Menaip segala ilham dari akal fikiran dan hati ke dunia alam cyber.

51 thoughts on “Hidup Berani Gagal Untuk Berjaya

  1. slm CT.bgs entir ni akk skrg tgh down ttg life n juga kerjaya.hrp ada pelangi menanti n akk x kan mdh mengaku kalah ^^

    #CT dh puas google tp x jmp cara nk selesaikan mslh ni.setiap kali akk ‘key in’ blog akk kt google search,terus jumped link ke youtube.mmg beri kesan pd blog sbb buat org mrh nk klik blog akk.

    x tau cara nk unlink youtube ke blog.blh x CT berikan tutorial atau link blogger yg dpt settlekan mslh akk ni.tq ye CT.

  2. Pingback: Titaniumface.com – Ni bukan blog gua. | EarnCent.com

  3. kesian LCW asyik dia jer yg nampak berjaya…harap terbuka di tempat lain Malaysia dapat hantar player lain bagi menguji tahap permainan…kalah menang tidak mengapa…yg penting dapat menilai tahap di takuk mana…